Thursday, January 31, 2008

Busy + Ngantuk Tahap Cipan!

Akukan.. busy giler sekarang nie.. since last week.. Arinie jer mcm baru leh bernafas sikit but then aku takde mood nak bebel & update gambar pasal AJL aritu. Sekarang nie.. aku ngantuk giler2 nie.. tu yg sajer jer singgah bebel jap kat sini.. kekonon nak ilangkan ngantukk... ZZZZzzzzzzZZZZzzzz.... Kerja?? Addaaaaaa tapi??? Aku malassssss hehehehe.. ;)

Friday, January 25, 2008

Menghitung Hari

Fuhh.. saat2 akhir nak melepaskan diri kat dept sekarang nie mmg menyeksakan. This week aku betul2 diuji.. tension giler babas ahh... sib baik gak ler.. lately banyak gak cuti yg ada. Ikutkan my last day 15hb Feb. But then i'm not surelah camner.. paham2 jer lah supervisor aku nie.. betul2 menguji kesabaran aku tau.. This week boleh dikatakan everyday aku rasa nak nangis.. semalam betul2 kemuncak.. air mata pun dah bergenang jer.. tapi aku kuatkan semangat.. jgn mudah mengalah. Hehehe.. aku lak kaki melawan lak tu.. ahakss.. yealah takkan nak biarkan orang pijak kepala kiter kan? hehehehe... tapi mmg aku dah budget dah.. sure akan jadi lebih banyak songeh especially boleh dikatakan aku sekarang menghitung hari utk keluar dari sini. Oh yea yg kelakar kan.. semalam punya nakal laa kakak2 kat office aku nie.. diaorang leh diam2 rupanya ambik gambar aku.. which is reaksi aku bergaduh ngan bos aku.. hahahaha.. siot jerrr!!!

Well, thanks to separuh masa n jugak lynn... yg sedia mendengar keluhan hati nie & jugak teman or bawak aku gi jenjalan. Hehehhee.. Wpun minggu nie.. aku busy ngan kerja office & jugak latihan utk Juara Lagu, but then semalam aku diberikan cuti dari latihan.. terus aku plan ngan lynn gi window shopping!! Hehehehe.. ikutkan nak kenalkan lynn pada separuh masa.. tapi separuh masa lak busy this week. So next timelah.. hehehee.. Lynn.. jangan lupa tau cup cake adik nord tu.. pleassseeee remind me also!! hehehee...

Tuesday, January 22, 2008

Sharing is Caring...

Hehehe.. saje jer nak letak isi kandungan email yg aku dapat from one of my friends nie. Bagus juga kata2 dia n terdetik utk aku abadikan artikel tu kat sini utk menjadi ingatan pada aku n aku pun nak tujukan khas artikel ini utk kak mimi.. my beloved friend. :D

Tidak, Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dari biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah. Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah miliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda. Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta ditgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya. Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat disamping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia j! uga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka? Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu.. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik. Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya. Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "

Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.."

"`Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada...'
"

Tuesday, January 15, 2008

Semalaman sbg tunangan orang..

hehehe.. kelakar lak aku rasa tup2 semalam aku kena berlakon jadi tunangan orang laks. Baru jer bercerita ada orang nak masuk meminang aku.. tup2 kecoh lak aku kena berlakon jadi tunangan orang. Hampeh!!

Actually nak dijadikan cerita mmg aku baik dengan seseorang which is both of us anggap between us nie separuh masa macam lagu kumpulan The Lima tu. Hehehee.. Jarang jumpa.. hanya dia selalu call. Sbnrnya both of us nie macam ala2 kawan rapat ahh... hehehehe.. Sbnrnya bermulanya citer nie bila dia tiba2 tanya aku bila nak jadi gf dia? Then aku gelak jer.. n sejak tu both of us jadi baik.. especially dia nak kemana2 pun sometimes nak aku get involve. Time aku ok.. aku ok jer laa.. time busy tak lah. Lama2 berkawan aku rasa cam.. ok jer. Syiok gak separuh masa nie.. sbb tak terkongkong tak apa.. dia cool n rileks... sbb takde pun kitaorang act cam bf/gf.. cuma cam kawan baik. Aku pun hairan gak ngan dia nie sbb sometimes nak pilih barang..or nak beli barang pun akan call aku tanya which one is better?... hehhe.. kelakar. Aritu kenduri kawin sedara dia pun.. dia ajak aku join sekali.. eeiii tak mau aku.. segan ahh.. hehehehehe.. then aku tolak ngan baik.

Sekali semalam.. masa aku on the way nak gi minum2 ngan kawan2 superbike aku. Dia nie call.. tanya aku kat mana? n mintak tlg.. after aku kat sana.. leh tak join dia n adik dia jumpa this one photografer utk perkahwinan adik dia this coming March. Nak jadi citer mamat photografer nie mcm suka kat dia. Then terus dia ckp kat mamat tu.. dia dah bertunang.. n sbb tulah aku nie dijadikan mangsa berlakon jadi tunang dia. Mmg kelakar giler ahh semlm. Even adik dia pun sampai gelak n ckp.. sejak bila pulak laa ko nie dah bertunang!!.. hehehehe.. Tapi masa perbincangan pasal photografer tu.. sib baik ahh kitaorang semua tak gelak.. coz aku dah pesan awal2 kat kawan aku.. jgn buat citer yg terlampau bukan2.. coz kang takut aku yg gelak kat situ nanti. hehehehee... Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.. tapi aku tetap rasa kelakar.. Hampeh tul!!.. Aku ckp kat kawan2 aku arinie.. semalam merasa jap jadi tunangan orang! :D

Monday, January 14, 2008

Opening Show 2008 (Zoom-IN)

Fuhh.. i'm so so so tired!!!... But then aku PUAS. Camner nie?? Tapi inilah orang ckpkan.. if kiter buat sesuatu yg kiter suka, penat camner pun.. ok. Cuma biasalahkan bila penat tu.. mulalah nak mengomel.. hehehehe. Tapi alhamdulillah since aku dah tolak show abg ee on this Thursday, so this week aku rehat sikit. If ada pun dalam sehari kot utk show luar abg ee gaks.. just buat opening gambit. Kalau tidak.. arinie aku start latihan abg ee lak tau.. ayyyooo!!!... :D

Bila takde show nie.. mulalah kan otak memikirkan aktiviti lain yg boleh aku lakukan. Member office aku.. kak atie of course bersedia menunggu utk aktiviti shopping, lynn baru2 ajak kuar tapi aku lak dah ada plan nak gi potong rambut. Last2 2-2 potong rambut pada hari yg sama cuma berlainan kedai. Kan Lynn?? Hehehehehe... Tapi rasanya arinie aku nak rest dululah. Bila 2 minggu berturut aku terlibat dalam show rtm nie.. penat siottt.. amat terasa sekarang nie. Sampai pepagi buta tadi.. aku dah sibuk carik LIVITA... kekonon nak cari tenaga.

Just wanna share with you guys.. consider as one of my friends, proposed nak masuk meminang aku. Ayyooooo... tiba2 aku rasa takut giler.. n aku rasa cam tak bersedia. Senang ckp, aku memang tak nak.. hehehehe.. wpun both of us baik.. but then for me cukup sekadar kawan. So far dia pun mmg baik giler ahh ngan aku. Tapiiiii.. ntahlah i'm so sorry.. :( Orang nak ckp bodoh, bodohlah.. yang nak kawinnya aku.. bukan orang lain.. so buat apa aku nak buat sesuatu benda just utk memuaskan hati orang.. walhal ini ttg my life.. what ever it is.. aku yg kena face apa2 hal yg bakal tiba nanti. Mmg susah nak puaskan hati semua orang, mungkin ada yg bersetuju n ada yg tak bersetuju.. aku penat dah nak layan karenah orang sekeliling nie. Dulu pernah aku di lemparkan dengan kata2 yg aku kekonon pilih seseorang just sbb glamour.. but this time aku leh buktikan.. bukan glamour yg aku carik.. if aku pikirkan sbb glamour, then aku rasa aku leh accept jer mamat nie.. but then bukan itu yg aku utamakan. Yang paling penting keserasian.. biarlah orang itu boleh terima seadanya aku.. n begitu juga aku dapat menerima dia seadanya. Tiada paksaan. Wpun umur aku semakin meningkat tapi aku tak nak jadikan itu alasan utk aku just grab jer apa yg ada di depan mata. Aku pun nak macam orang lain di berikan hak utk aku memilih siapa yg aku suka.. tak kiralah siapa jugak dia! Yang paling penting sekarang, parents aku pun tak ckp apa.. so.. buat apa aku sibuk nak pikirkan apa yg orang lain kata. hehehehe... tul tak? ;)

Thursday, January 3, 2008

Aku geram!!

Korang tgklah anak buah aku nie.. heheheee.. geram betul aku dibuatnya... ahakss.. ngan badannya yg chubby rasa cam nak gigit jerrr.. Tersengih jer dia nie bila aku tgk dia.. Kakak aku ckp dia bukak semua baju dia n sibuk nak pakai stokin.. (sbnrnya kat kaki dia ada stokin berlainan warna). Aku geram sangat.. aku ambik dia masukkan dalam mesin basuh nie haa.. hahahahahaha.. comel lak tu.. ok jer dia.. tak nangis pun.. hahahahahhaa...

Dia nie tak pandai sangat ckp lagi.. adalah 2,3 patah perkataan yg dah dia boleh sebut.. cuma bila aku ajar sebut nama aku jer.. sure tak dapat.. asyik bila nampak aku jer.. mesti dia panggil.."accikkk" which is panggilan tu sebenarnya panggilan anak2 buah utk adik perempuan aku. Tapi dapat kat makcik kecik nie.. habis ngan aku2 dia panggil acik. hehehehe..

Sazlan's Dancer Grup

Inilah antara rakan2 yg biasa aku buat show sama2 if aku buat show ngan Abg Lan. Wpun aku bukanlah dancer tetap Abg Lan but alhamdulillah jika ada rezeki Abg lan akan offer show. Gambar nie aku snap masa Abg Lan belanja makan since kemenangan dia di Sehati Berdansa aritu which is pada 31 Dec lepas... selepas rehearsal konsert di sisimu. Sementara menunggu jam 10 show time dia.. we all keluar carik makan. Mmg kecoh & seronok tul ngan karenah masing2 especially masa we nak ke pizza hut nie.. Just imagine.. we all 6 orang nie leh sumbat dalam 1 keter jer.. hehehehe.. pastu kecoh ngan gelagat masing2.. aduhh.. nak pecah perut aku rasanya.

Show time pun.. oklah cam biasa tapi aku betul2 takut masa part nak menari lagu Ahli Fikir.. coz aku tak dapat nak biasakan sangat lagi step tu.. for them oklah coz dah biasa dengan step tu. Aku nie haa.. yg baru belajar n pastu dengan step yg ada duduk naik turun semua tu.. di tambah dengan keadaan buku lali ku yg tak 100% pulih lagi... kena lak pakai boot lak tu.. Ayyyooooo.. mmg cuak giler! Penat?? Takyah ckp ahh.. mmg tak larat giler especially bila dah nak berlari tukar baju dari lagu ke 3 nak ke lagu ke 4.. coz gapnya begitu singkat.. masa tu kalau ada kerusi roda orang tlg tolakkan rasa cam syiok sangat.. mmg aku dah tak larat giler.. berlari2 tau we all nie.. but alhamdulillah semuanya ok.

Masa nak balik.. we all terpaksa lepak dulu kat stadium since jalan jem giler... Sweet gak ler bila dia keep calling me update ttg jalan since dia dah gerak balik dulu. :) Hehehe.. kelakar kan.. selalu camtu.. bila jumpa depan ramai orang.. aku mesti tak tahu nak act camner... tapi oklah this time ada gak dia mencelah datang borak ngan aku. hehehe... n yang paling aku rasa kelakar masa nak salam masa memula jumpa.. tak sangka rupanya perkataan 'psssttt' meninggalkan kesan dekat dia! hahahah terkejut aku.. hahahhaa... Nyaris gak aku habiskan masa sepanjang new year tu ngan dia but since both of us takde idea nak gi mana.. pastu cam masing2 pun penat.. we all decide balik jer laa n rehat. InsyaALLAH ada masa we all jumpa lagi... :D

Happy New Year 2008!!

Gambar nie aku snap 2,3 hari b4 new year from balcony umah aku.. hehehehe.. Just imagine tak payah aku bersusah payah nak tgk bunga api ker masa new year coz from umah aku jer dah leh nampak.. but this year tak dapat gak aku tgk since di malam new year aku celebrate dekat shah alam di Konsert Di sisimu anjuran TV3.

Dah berlalu dah tahun 2007 kan? Cam biasa mcm2 pengalaman & dugaan yg aku tempuhi. Tak kiralah suka or duka. Tak perlulah rasanya aku huraikan.. biarlah semua tersimpan kemas di fikiran aku nie... tak kiralah kenangan manis or pahit semuanya akan ku simpan sebagai kenangan n yang paling penting akan aku jadikan ia sebagai satu pengajaran utk aku di masa depan. Masih jauh lagi perjalanan aku nie and sometimes if aku fikirkan bergenang jugak air mata nie if pikirkan betapa susahnya aku nak menghadapi hari2 yg mendatang dengan pelbagai dugaan but alhamdulillah.. berkat sokongan rakan2 terdekat & nasihat mereka... Aku masih lagi berdiri di sini even aku sendiri dapat rasakan aku semakin matang dalam menempuhi hari2 yg mendatang. THANKS to all my dear friends.

Alhamdulillah.. Aku pun tak tahu kenapa but then this year aku rasa mcm lebih bersemangat utk meneruskan perjalanan hidup aku nie. Alhamdulillah jugak sekarang.. rezeki aku semakin mencurah2 n hopefully berkekalan sampai bila2.. Aku pun akan transfer ke tempat baru insyaALLAH dalam bulan 2 nanti. Seronok sangat rasanya sekarang nie. Alhamdulillah sangat2 and bersyukur pada ALLAH.

To my beloved friends yg always be by my side.. THANKS.. coz tanpa korang, rasanya aku takkan sekuat ini untuk menempuhi segala cabaran hidup ini. :D

Sunday, December 30, 2007

Sehati Berdansa Final & Karaoke Session

Lupa lak aku nak abadikan kenangan di malam sabtu lepas. Aku sempat menyibukkan diri aku kat PICC utk tgk Final Sehati Berdansa. Hmm actually aku pun tak tahu nak sokong siapa.. but siapa jugak pemenangnya.. aku ok jer n tetap sokong. Aku ke sana sensorang since akak aku gi lewat sikit ngan abg ipar aku. Sesampai jer kat sana.. aku menyelinap jer masuk ke belakang stage coz aku takde tiket pun.. Terus aku ke tempat diaorang bersiap... Sib baik aku jumpa kawan aku aidil.. so aku lepak ngan dia ahh.. pastu yg kelakarnya tukang solek anne.. nampak jer aku terus dia grab aku n ckp.. ehh u nanti tlg i ok? kiter duk belakang jer laa standby kat belakang tolong anne tukar baju. Ayyoooo.. terus aku dapat tugas.. anne gelak jer.. hehehehe..
Kat sana aku nampak senior aku.. Sultanmuzaffar. Tapi aku tak tegur dia pun since nampak dia cam busy jer.. Aku dapat duduk depan gak ahh.. tapi takleh duk tengah2 since aku nak kena lari jap tuk tlg anne tukar baju.. so just nice seat we all, senang utk aku bergerak. Yang tak syioknya time V n Shidee menari lagu traditional tu.. aku tak sempat tgklah sbb bila anne settle jer lagu traditional aku dah lari ke belakang stage utk tlg anne. :(

For me, utk V n shidee mmg they all talented.. dapat menari dengan baik & cantik sekali. Congratulation!! Aku respect diaorang but kesungguhan Anne & wafi jugak tak dapat aku ketepikan coz dengan stunt2 yg berani diaorang lakukan.. aku salute giler!! coz aku sebagai dancer tahu betapa susahnya nak buat setiap aksi2 tu.. even banyak yg belom pernah aku buat pun. So even anne menari lari tempo tapi aku tetap salute dengan kebolehan dia n wafi utk buat aksi2 yg menarik tu.. Sbb tu bila anne settle jer menari lagu last tu.. aku sampai berdiri tepuk tangan sbb we all as a dancer tahu bukan senang nak buat step tu! Cayalahh Anne. ;)

Habis jer Sehati Berdansa.. aku tak tunggu lama.. coz masa aku awal2 sampai PICC aku terima phone call dari zimi dari grup sofaz. Dia ajak pi karaoke. Aku pun setuju coz dah lama giler plan tapi asyik tak jadi jer... Akukan ingatkan satu grup Sofaz tu akan ada.. tetapi rupanya.. hanya kawan2 luar zimi jer yg ada termasuk abg kandung dia. Apa lagi.. kaku jer la aku kat sana. Tapi oklah kawan2 zimi peramah so takdelah aku rasa kekok sangat. Diaorang paksa aku menyanyi tapi mati2 aku tak mau.. n sib baik zimi back up aku.. if not mati gue!!.. Yang kelakarnya.. sorang dari mereka tanya aku.. selalu lepak kat mana2 tak coz mcm familiar muka tapi tak tahu jumpa kat mana... n yg sorang lagi lak direct tanya zimi.. "Aku rasa cam familiar giler muka dia tapi aku tak tahu kat mana" hehehee.. zimi gelak jer.. Pastu bila zimi explain la yg aku nie dancer.. then berialah pulak sorang minah nie suruh aku menari.. aku punya marah kat zimi n sib baik zimi pun back up gak aku.. hehehe.. Fuuhh lega...

Thursday, December 27, 2007

Lelaki Oh! Lelaki

Hehehe.. biasanya Farah or Nana yg akan berceloteh panjang pasal lelaki nie.. but arinie.. hehehe tiba time aku laks. Fuuhh.. kekadang rasa cam nak tarik nafas panjang jer bila fikirkan pasal lelaki nie. Macam2 ragam ler diaorang nie.. sehinggakn harinie aku betul2 rasa cam fed-up giler... penat sangat nak layan karenah masing2 yg ntah apa2 ntah. Baik tua atau muda, baik yg single or hubby orang and baik yg di kenali or tidak di kenali. Nak kata aku putus asa dengan lelaki nie takdelah sampai ke tahap tu kan.. and aku pun admit tak semua lelaki sama.. ada yg baik n tak kurang ada yg tak berapa nak baik.. hehehehee.. terpulang pada hak masing2..
but here... aku nak luahkan perasaan rasa cam penat nak layan diaorang nie semua. Especially today!! Thanks to nuurah yg menjadi pendengar setia bebelan aku ttg lelaki arinie. For me sekarang.. sesiapa sahaja yg nak kenal dengan aku.. aku tetap mcm dulu.. i'm fine with it. Tapi masalah biasanya akan timbul bila dah start kenal tu.. macam2 jenis perangai aku jumpa la ... Terus terang aku ckp aku rimas dengan keadaan sekarang.. which is aku di ganggu dengan panggilan misteri dari org yg tak di kenali but dia kenal aku siapa, then aku jugak di ganggu dengan id2 yahoo messanger yg tidak di kenali & tak kurang jugak hubby2 orang yg penatlah aku nak layan. Layan yg aku maksudkan di sini ialah berkawan.. yelaah aku kena explain kang ada yg tak pasal2 kuarkan statement lain or membuat assumption lain. Berkawan macam biasa jer.. n which is aku layan semua sama.. tapi yg aku pelik.. ada yg ok tp tak kurang yg sendiri letak title yg aku nie gf dia.. aduuuhhh...

Biasanya diaorang nie akan jadi mcm too pushy. Itu mmg pantang aku la kan.. Semua tu mmg saja nak naikkan kemarahan aku laa tuu (hehehe).. kekadang aku penat sbb aku cuba nak jaga hati diaorang semua.. be kind to them.. be friend to them.. sbb dah kata nak berkawan kan?? tapi kekadang bila perangai masing2 n karenah masing2 tu macam2.. aku jadi hilang sabar sangat.. Tapi sebaiknya aku akan cuba cool down jugak dulu.. cuma bila dah tak tersabar tu.. haaa.. sendiri mau ingatlaa.. hehehee.. hmmm.. Ntahlerr... Tak pahamlah aku diaorang nie.. tapi apapun tak kurang ada yg very cool.. tpkan sikit sangat golongan yg macam nie... :( very limited editionlah org ckp.. hahahaha... tapi cool biarlah yg original.. bukan di buat2.. eeeeiii.. mmg susahlah.. n mmg penatlah..

Just imagine ek.. kang tak mau berkawan.. di katanya sombong.. dikatanya memilih.. bila berkawan kan.. mcm2 pulak perangai & karenahnya.. adddoooiiii... syusyah mak camnie nyah!!!

Wednesday, December 26, 2007

Sehati Berdansa!

Ini antara gambar semasa we all segerombolan pi bagi support to Anne ngan Wafi. Basically semua ada turun padang malam tu.. kecuali kak long, adikberadik anne yg lain seperti abg ipar aku & my sis, bell & wife (shasha), Darling & Baby semua ada. Aku bila dah sampai sana hehehe.. aku lepak ngan kawan2 aku.. yelah bila kat sana ibarat dah perjumpaan dancer2.. Lagilah yati & acid pun ada bagi sokongan kat V (coz bapak ayam diaorang kan abg lan hehehe), kareografer lak mmg we all kenal, pastu macam judge pun we all kenal hehehe.. tapi aku lepak ngan kak jet (wife abg ee).

This time aku ke sana, aku duk kat belakang jer coz aku di tugaskan utk tlg anne tukar baju dia. Hehehee.. So utk senang kuar masuk better aku duk belakang + lagipun boring giler recording this time coz banyak yg delay. End-up show habis dah nearly jam 12 malam. Pastu tgh2 aku syiok kat sana.. tup2 pakcik tu lak baru nak ckp nak ajak tgk movie.. aduuhhhh... tak dapek ahh nak nolong dah bagitahu last minit.. aku laks kat astro. Hmmm.. next time jer laa..

Habis show kat sana.. aku pun balik umah sendiri.. lepak kat umah lagi bagus... Oh yea.. kisah panggilan misteri sudah hampir ke penghujungnya.. n harinie confirm bukak 'kakak' yg buat call tu since orang misteri tu ada call aku arinie n dah KANTOI!.. Siapa dia ek??

Bersederhana di AidilAdha

Rasanya tak terlambat utk wish Salam AidilAdha kan?.. hehehe & Maaf Zahir Batin... Well this year aku tak balik kampung. Just duduk kat KL with my 2nd sister. Yang lain semua balik kampung. Ahakss.. Sambutan serba sederhana & ikutkan hati malas nak pakai baju kurung pun ada.. but then since aku akan melepak/ beraya kat umah mertua my sis.. so aku pakai jer laa. Hehehee...

Tak syiok actually raya kat KL nie.. coz kat terengganu raya haji sama sambutan dia lebih kurang raya aidilfitri. So, bila duk kat kl nie.. aku rasa kekok.. nak pi raya kat mana pun tak tau. hehehehe.. tapi selepas ke rumah mama (mak mertua akak aku) aku ke rumah kak ala.. raya cum ambik payment cum ambil custome utk bagi kat Kartina (wife Riezman) utk rancangan sehati berdansa tu. Hehehee...

Masa kat umah mama.. hehee.. bila adik beradik abg ipar aku berkumpul especially bila anne & wafi datang.. apa lagik.. topik perbualan more to rancangan sehati berdansa.. bertukar2 pendapat ahh we all.. n siot jer anne bila dia ckp "ehh jgn citer banyak2, nanti chienord bagitahu abg lan.. dia sokong vanida!" Aduuhhh... mana adalah.. pastu lagi buat aku merah muka bila abg ipar aku sibuk suruh aku buat demo utk anne.. kiranya bagi tips sikit.. pastu di sokong oleh mak mertua akak aku laks.. hahahhaa.. paham2 jer la mak mertua akak aku tu.. hehehehe..

Selepas di pujuk.. then aku bersetuju utk join they all malam tu utk pergi ke astro tgk rakaman sehati berdansa since my sister & Bro in law pun pergi + aku pun takde plan apa.

Wednesday, December 19, 2007

~Alhamdulillah~

Tiada perkataan yg terbaik rasanya boleh aku ucapkan kecuali Syukur pada ALLAH. Alhamdulillah berkat doa semua.. Aku berjaya dalam interview last week. Actually aku dapat tahu hari isnin lepas.. happynya tak terkata.. nak mengomel kat sini but then i'm too busy ngan kerja.. this week mmg ke sana ke sini aku ngan meeting. Takde masa pun.. arinie sib baik meeting yg di jadualkan harinie dah di bawa ke semalam.. so today aku rehat sikit n adalah masa utk aku mengomel dalam blog kesayangan aku nie. Minggu depan pun aku akan busy dengan meeting gak lagi.. Aku hanya sempat share khabar ini hanya dengan orang2 terdekat ngan aku jer..

Problem sekarang my bos tak nak lepaskan awal.. Dia ckp maybe around Feb, after chinese new year. Takpelah aku tak kisah sangat tapi lama2 pun aku takut jugak tempat baru lak nanti tak mau tunggu. Aku hapy sangat2 but at the same time aku sedih.. I love environment kat sini. Wpun takde lelaki2 handsome yg available kat sini but then kat sini akak2 kat sini sangat friendly.. & yg penting giler2 wpun semua kebanyakkannya mak2 orang. Mmg kepala diaorang nie BEST!! Itu yg paling akan aku rindui sekali... especially lawak kak nor.. yg mmg bersahaja jer orangnya.. n ayat2 yg kuar dari mulut dia tu mmg kelakar giler ahh.. hehehe.. Tapi kak nor ckp better for me to go there dari stuck kat sini.. once dah dapat peluang.. grab jer katanya.. Even when aku bagitahu diaorang aku dapat... they all semua bersorak gembira for me coz diaorang tahu camner aku pressure kat sini.

But itu hanya problem kecik.. the main problem sekarang big big bos tak tahu lagi nie.. Aku cuak giler nie.. hopefully dia lepaskan aku pergi.. dia baru masuk office arinie.. rasanya mesti by today sure my big bos akan inform dia.. Doakan yg terbaik sekali lagi yea kawan2.. Amin.

Wednesday, December 12, 2007

::Thanks::

Actually aku bosan sangat arinie.. takde mood nak buat kerja. Semalam syiok tul rasanya aku bercuti. Tapi cuti pun tak cukup rehat gaks :(
Pagi
Bangun seawal pagi.. terkejut coz dapat sms from my mummy wish me good luck. Then tak lupa aku minta restu from my daddy jugak. Alhamdulillah & Thanks. Bangun jer aku study sikit apa yg patut coz mlm tu tak sempat.. penat weii rehearsal kena kaw2 punya. Then around 10.30 sampai kat office lama. Seronok dapat jumpa kwan2 lama. Siap ada yg escot masa gi interview tu.. pastu ada yg selama nie kalau jumpa kiter just senyum jer.. sekarang siap datang n salam tuuu.. n siap ckp kiter selalu nampak awak dalam tv.. hahahahahaa.... perempuan tau bukan lelaki. hehehehe... terasa cam artis jap i.. hahahahhaa... Interview okla.. but aku tak letak harapan yg terlalu tinggi.. takut gaks since katanya ada sorang candidate lagi yg strong jugak. So tgk jerla.. ada rezeki adalah. insyaALLAH.. just hope yg terbaik for me.. but if not.. bertahan jer laa lagi. ;)
Petang
Lepas interview.. aku melepak kat amab.. berborak ngan kak atie.. berborak ngan bos lama.. seronok sangat.. semua mengalu2kan aku kembali ke sana. Around 4pm.. aku blah... aku ke sungai wang.. malas nak balik since cam tak berbaloi coz aku ada show kat Westin hotel malam tu. So, tak mau lambat... aku cepat2 ke area sana dulu. Giler jammed jalan. Aku rasa syukur sangat aku cuti.. if not aku takut tak sempat sampai kat tempat show pun. Show oklah.. cam biasa.
Malam
Habis show.. we all lepak makan jap kat coffee house bawah tu. Food yg aku order pelik giler.. siap cam bergerak2 cam ada ulat lagi.. eeeeiii... hehehe.. padan muka kan? hehehehe.. nak sangat order makanan pelik2. hahaha... Around 10.. aku balik umah.. dah dekat nak sampai umah.. tup2 tak disangka aku dapat phone call dari dia. Hehhehee.. aku ingatkan dah merajuk giler ngan aku.. hehehee.. tapi oklah.. dia ajak aku tgk movie.. sib baik mood aku tgh ok semalam. then we all gi tgk movie.. yg kelakarnya.. aku setuju jer kan? tak tahu pun tgk citer apa.. dia call balik reconfirm on the show time.. then baru aku ke sana.

Show start 12.15am. Oklah.. memula aku tanya citer apa? Dia jawab.. THE COMPASS.. heheheh bodoh punya aku.. percaya bulat2.. yealah mana aku tahu latest movie skrg.. tak sempat nak ambik tahu pun.. hahahah.. aku pun diam jer sehinggalah citer tu di tayangkan.. then aku pandang dia.. eeeeiii geram betul aku rasa sbb sebenarnya citer SUNDAL BOLONG!!.. Hammpeehhh dah ler tgh malam.. siot jer.. Then the most saat yg cuak aku rasa.. bila masa on the way balik.. seawal jam 2 pagi tu.. aku sensorang drive balik umah.. tgh otak duk ckp.. jgn ingatkan pontianak tadi.. tup2.. aku tgk kat depan.. jalan ditutup sebelah.. n bila aku lalu.. aku perasan ada sesuatu yg duduk melintang di tgh jalan n aku terpaksa perlahankan kenderaan masa dekat ngan benda tu coz dia makan jalan sebelah lagi gak sikit. Bila betul2 sampai tepi.. aku intai dari tempat aku.. menyirap jap darah coz rupa2nya.. benda yg di tutup dengan newspaper tu ialah mayat orang.. uwaaaaaaa!!!!!! menciiiiii.... aku ngadu kat dia.. n dia siap tepon aku n pesan.. bacalah apa2 yg patut jangan bagi hantu tu follow aku balik.. Binawe punya kawan... hahahahahaha....

Monday, December 10, 2007

Doakan yg terbaik...

Kawan2.. doakan yg terbaik utk aku yea esok? Ntahler.. takdelah menaruh harapan yg tinggi pun but i just try my best.. mana tahu kot2 ada luck kat situ. Boleh laa aku lari dari terseksa di sini. Doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar yea? Amin ya rabbal alamin....
*****************

Thursday, December 6, 2007

Dilema seorang aku...

Actuallykan.. hehehe.. sebenarnya aku tension kat tempat kerja.. bukan sbb apa.. tapi just because of my bos kecik.. hehehe.. perangai dia nie.. hmm ntahler tak reti nak ckp.. aku tahulah mana ada bos yg tak mendatangkan tension kan.. but then dengan dia nie aku rasa melampau.. sampaikan if dulu, aku nak ambil cuti pikir panjang.. but then sekarang.. tak sabar2 nak cuti.. akukan ngan bos yg nie.. bukan dia marah aku tau? Ini dah terbalik aku selalu yg marah2 dia.. cara dia nie.. ntahler.. bukan aku sorang jer yg feel perasaan camtu.. orang2 di sekeliling nie pun feel the same things. Mmg annoying.. :(
Nak jadi citer.. ada vacancy kat tempat lama aku yg mana aku pun sebenarnya tgh tunggu budget tahun depan coz my ex-bos ckp thn nie dia takde budget utk recruite orang baru.. next year insyaALLAH.. tapi tulah.. dalam bulan 4 laaa.. itu pun tak approve lagi. Dibuatnya tak approve camner?? Tup2 dalam duk bertahan kat sini.. aku dapat tahu ttg satu vacancy nie.. bila aku ushar2.. they all panggil aku utk gi interview. Seronok sangat.. tapiiiii.. dilema aku sekarang.. if dapat.. boleh ker aku cabut dari sini? Pakcik kat sini lepaskan aku ker? Geram sangat bila pikir part tu... Tapi rasanya better for me not to think much about it first kan? Biar lepas satu2 dulu. If dah dapat.. baru pikir lain kan? Doakan utk aku yea kawan2?.. Amin.

Tapikan.. bila aku pikir pasal environment kerja.. mmg aku sayang nak tinggalkan tempat nie. Kakak2 kat sini semua baik2 n semuanya suka menyakat aku. So far aku takde masalah ngan diaorang nie semua. Even kerja aku sekarang pun.. even though benda nie kira baru bagi aku.. still tgh belajar, but aku ok jer. Ada masa aku perlu balik lambat, aku balik lambat. Ada masa kekadang kerja kena bwk balik umah.. aku bawak balik.. siapkan kat umah. kekadang jam 1,2 pagi baru siap kerja. Cuma tulah.. bila talk about the way bos handle kiter, aku mmg jadi demotivated. Tak syiok langsung!... Lagipun in this dept, gaji nak naik tu.. aduhh merangkak.. + bonus tu.. usually dapat yg overall jer.. kat sini kuat pilih bulu.. itu yg tak best satu lagi.. n dah ler semua bos2 atas aku tu.. termasuk CIO semuanya bangsa satu lagi. Tapi kat tempat satu lagi nie.. gaji tu.. hmm ntahler tak tahu nak ckp.. maybe maintain tapi staff sana ckp basically yearly naik around 8% better dari sini gaks and bonus tu.. fuhh bila aku dengarkan.. basically apa yg diaorang dapat sekali ganda lebih banyak dari apa yg aku dapat. Itu lagi yg berkobar2 buat aku rasa nak ke sana.

Takpelah.. at least aku mencubakan? I'll try my best.. even staff dekat department yg ada kekosongan tu pun ckp kelebihan yg ada pada aku ialah aku ada pengalaman in IT. InsyaALLAH tak tahu jugakkan nak ckp, tup2 tak dapat.. hehehee.. next week aku interview, kira gabra gak ler since dah lama tak pi interview nie. Ahakss.. Wish me LUCK!!

Monday, December 3, 2007

Sekitar Last Week.. Damn Busy!

Yup.. Damn Busy.. mmg perkataan yg sesuai sangatlah kot aku leh ckpkan utk sepanjang minggu lepas. Penat giler tau.. coz ada hari2 yg terpaksa aku berlari ke sana ke sini dalam satu hari.. mula2 show then kena gi latihan laks.. especially cam hari khamis tu.. penat giler..

On last thursday tu.. habis show kat tamarind, aku lari ke latihan.. praktis jap.. call abg zie.. dia tak settle kerja lagi.. so ejoy ckp gi setapak dulu coz dia nak cari barang tuk show esoknya.. takde kat setapak.. lari ke cheras.. settle kat cheras baru leh jumpa abg zie kat idaman dalam jam 12 lebih tgh malam.. kat sana terserempak ngan anding. Cian anding ngan ikram malam tu.. hehehee.. Aku sampai umah dalam jam 1.30 tak silap aku.. Itupun sib baik awal2 ejoy dah parking keter dia kat area umah aku.. kalau tak.. aduuhh tak larat aku nak kena gi hantar dia dulu laks..
Friday.. DAMN PRESSURE.. pasal kerja ahh.. tension ngan bos.. eeeeeiiiii... balik kerja terus shoot ker Renaissance Hotel.. ada show.. sib baik quite awal laa habis show.. so leh balik umah rehat.
Saturday.. Very early in the morning, aku dah bangun call lynn kejutkan dia n both of us buat perangai.. pepagi buta dah gi beratur kat ParkRoyal Hotel coz ada sale tu kan.. actually masing2 dah pergi on friday tu coz cam aku dapat VIP Pass dari abg zie (tu yg beria gi jumpa abg zie hari khamis tu!) Hehehehe.. mmg kije giler... kuatkan semangat ngan lynn.. masuk jer dalam masing2 berpecah.. dah habis round.. we all lepak satu tempat.. pilih mana yg terbaik laks.. aku ngan lynn gelak giler sbb rasa cam orang apa jer we all nie.. hahahhaaa.. Settle jer kat situ.. Lynn dropkan aku kat Times Square.. lynn ada kenduri kawin n aku lak temankan ejoy. Satu hari tu aku mengikut ejoy... aduhhh.. fenat aku! Teman dia gi sungai wang carik barang2 utk show, then patah ke times square hotel-makan & ada venue rehearsal.. Ejoy settlekan kerja dia kat situ.. then petang jam 6.. bergegas lak aku ikut dia ke pavillion coz dia ada show kat situ.. around 7 something settle.. bergegas lak ke Times Square Hotel.. settlekan balance siapkan budak2 MAA tu.. stay kat situ sehinggalah jam 12.00 kot tak silap aku.. Ejoy ahh.. nak balik nak balik.. pastu bila ada dance floor bukak.. eh eh.. ligat lak menari.. tak pasal2 ngan aku2 sekali join.. hehehe.. tapi seronok ahh overall staff2 MAA tu ok.. ahaks. Siap diaorang tolak aku suruh naik stage gi menari ngan ejoy.. eeeeii tak mau aku!!.. hahahaa.. Balik mmg tak ckp banyak.. mmg aku terus pengsan..
Sunday.. seawal jam 12 aku dah kena ada kat pwtc.. aduuhhh tensen gua!!.. tak puas tido.. yealah dah kena bangun pagi. Prepare barang apa yg patut utk show laks.. n sempatlah kemas apa yg patut kat umah tu.. Sib baiklah show KLIFF tu we all perform satu lagu jer.. back-up kak nita. Hmm.. errr.. aku kan tiba2 jadi cuak bila nak masuk stage tu.. mana taknya terpampang aku nampak muka iqram ngan dia kat depan. Aduuhhh... gaya seksi aku rasa dah jadi cam seksa jer.. siap aku ilang counting lagi semalam.. + keadaan yg cukup tak selesa ngan feather di kepala n jugak dibahu (dalam gambar takde.. tak pakai lagi masa tu). Mmg merimaskan.. n pergerakan jadi terbatas.. ngan duk takut kasut tersangkut ngan kain. Aku kan mmg tak suka sangat kalau kena pakai baju ngan pelbagai aksesories bagai nak rak camnie.. aku suka yg simple n smart.. hmm ntahlah.. takleh ckp banyak.. kena ikut jer ckp orang yg sediakan costume. ;( Settle jer show.. aku, ejoy n kak ej.. cabut awal.. malas ahh nak tunggu cocktail... aku dah penat giler dah... ejoy lagi kesian.. muka dia nampak sangat kepenatan dah..

Thursday, November 29, 2007

Kuruskah aku?

Hehehee.. tak tahulah ada kaitan ker tak kan ngan gambar nie.. Al-kisah 2-2 gambar nie di ambil masa buat show maple kat Tamarind Springs tapi pada masa yg berlainan. Gambar belah kiri di ambil tak silap aku masa bulan puasa aritu n belah kanan nie.. minggu lepas.. Aku actually terasa cam terkejut gak ler since aku terasa cam muka nampak cam panjang sikit.. hehehe kalau tak tembam jerk.. tak taulah if perasaan jer.. tapi masa aku start sakit aritu aku ada timbang berat n mmg ada turun 2kg... Pastu akak kat office ada tegur suar yg aku pakai dah nampak menggelebeh skit. Masa muzik2 baru2 nie lak.. overall komen orang semua ckp aku nampak kurus.. hanya 1 jer yg ckp berisi skit. Hmmm.. ntahler..

Semalam aku ada latihan ngan korie. Sekian lama tak jumpa korie... semalam barulah ada latihan ngan dia utk show KL Filem Festival tu. Jumpa kawan2 dancer pun, the same thing yg diaorang ckp.. dah kurus sikit.. n abg korie lak ckp.. dah kurus banyak dari aritu.. hehehehe.. Kalau betul laa kan.. Yahhoooo mak suka!!!!!... tapi tak tahulah kan hanya bersifat sementara jer since sebenarnya cam turun sikit nie sbb aku sakitttt dah sebulan dah. Hahahhaa...

Hmm.. oklah nak sambung kije.. Lately kije kat office dah start busy.. kije part time gaks.. this week sampai kiranya ada 3 show.. n ngan latihan utk show2 nie jer lagi laks.. aduuhh mmg very the busy. Arinie aku show kat tamarind lagi.. esok show kat renaissance laks... n 2hb show abg korie tu.. arinie after office hour aku kena kejar ke tamarind utk show.. n after show aku kena kejar ke studio kak nurul utk latihan show korie.. ayyaaaakkkk.. manyak menattt ooooo....

Muzik2 - Pop Rock

Alhamdulillah.. untuk kategori Pop-rock jugak aku di panggil oleh abg lan utk menyertai grup dia untuk perform mlm tu back up Jaclyn, Mawi & CT. Latihan cuma 2 hari kat studio abg lan. Wpun kesihatan tak berapa ok lagi but then better ahh dari masa kategori etnik kreatif aritu. Tapi cuak gak aku coz masa hari jumaat tu, batuk aku makin menjadi2 n aku dapat MC lagi last friday tu.

This time aku ke klinik kat umah akak aku laks.. "Wheezing Bronchitis" doktor kata. Dah alang MC tu.. aku sempat gi tukar timing belt keter.. takut ahh.. aku selalu drive sensorang, malam2 lak tu.. kang if anything happen.. saper susah? Aku jugak.. so total dalam 2 bulan nie aku belanjakan hampir 1.5K utk keter kesayangan aku tu. :( Takpelah.. nak buat camnerkan??

After settle klinik n timing belt.. aku makan ubat then tido.. syiok siot... sampaikan siapa jer call aku tak peduli. Mmg khayaaalll jer.. amir sofaz call byk kali pun aku buat derk jer.. Ngantukkkk... last2 sib baik gak bila petang tu dia call lagi.. coz kalau tak mmg tak tersampai laa aku kat alam central tu gamaknya. Hehehee... Dia call coz tanya mana aku? Tak datang ker? hehee... Sampai sana.. aku lepak ngan diaorang.. Seronok gak ahh.. coz dah lama tak jumpa bird2, panjang, e-one ngan rudy.. cam zimi n amir selalu jumpa gaks.. Bird2 ahh kelakar... mmg sempoi ahh dia nie.. buat lawak slumber.. diaorang pun layan n kena laks aku pun layan kepala giler diaorang.. mmg havoc gelak ahh.. hehehehe... 3 hari lepak ngan diaorang, tak kering gusi aku.

Overall backup oklah.. dapat banyak sms gak ler malam tu.. hehehee.. tapi penat sangat especially masa lagu mawi nak ke lagu ct.. pening abg lan jap nak pikir camner nak change baju. Mmg rushing siot.. masa lagu mawi tu.. mana apa2 yg utk lagu ct we all boleh pakai, we all pakai dulu.. rambut palsu, baju n suar.. 2 lapis tau pakai baju masa mawi tu.. cuak aku takut tercabut rambut palsu masa mawi tu sbb tak sempat nak pin betul2 sangat.. Ada a few backup plan ahh yg abg lan buat since takut what if tak sempat tukar baju.. n alhamdulillah laaa.. semuanya ok. Tappiiiiiiii.... penat tak ingat tau!.. Peluh pun macam mandi.. sampaikan jaclyn tanya aku.. ko nie nangis ker peluh? sbb kat muka peluh menitik macam dah nangis jer... hehehheehe...

Tuesday, November 20, 2007

R-I-M-A-S

Hmm tak tahu camner nak explain.. but then ada certain2 things tu aku cepat rimas... well aku dah try to avoid it.. but then takleh nak buat apa coz aku rimas. Cuma i dun take it too seriously laa. Just let it be but sometimes tu mmg mengganggu gak ahh.. serba salah aku di buatnya.. n yes i admit benda nie sometimes buat aku jadi cam tension. Maybe aku dah biasa berdikari kot kan?
Well jom kiter layan lagu nie jomm.... aku suka dengar lagu nie lately... hehehehe

Sesaat ku terkesima
Pada indah personamu
Sekilas kau senyum padaku
Melarutkanmu dalam kasihku

Sesaat ku terpesona
Pada warna ceriamu
Sayangnya telah ku hidu
Semua paparanmu palsu

Indah impian cintaku
Namun realiti tak seharum
Yang ku impikan kerna
Cintamu tak sejati

Ku mahu kesetiaan dan kejujuran
Kasih sayang yang tiada bersempadan
Pengorbanan cinta yang tulus dan lahir dari keikhlasan

Namun kau hanya mampu memberi janji palsu
Dan kita pun terdorong hawa nafsu
Semua yang kau berita benar dan tak kan menjadi erti

Selamanya takkan ku lupa
Kau ajar ku seksa
Kau pandai berkata-kata
Hingga aku derita

Selamanya ku berjaga-jaga
Tak sanggup ku kenang
Cukuplah sekali terluka
Kan ku ingat sentiasa

Indah impian cintaku
Namun realiti tak seharum
Yang ku impikan kerna
Cintamu tak sejati

Ku mahu kesetiaan dan kejujuran
Kasih sayang yang tiada bersempadan
Pengorbanan cinta yang tulus dan lahir dari keikhlasan

Namun kau hanya mampu memberi janji palsu
Dan kita pun terdorong hawa nafsu
Semua yang kau berita benar dan tak kan menjadi erti

Aku bukanlah boneka mu
Ku tak rela dipermainkan
Lebih baik sendiri
Dari terseksa di tangan mu

Apa yang aku mahu

Indah impian cintaku
Namun realiti tak seharum
Yang ku impikan kerna
Cintamu tak sejati

Ku mahu kesetiaan dan kejujuran
Kasih sayang yang tiada bersempadan
Pengorbanan cinta yang tulus dan lahir dari keikhlasan

Namun kau hanya mampu memberi janji palsu
Dan kita pun terdorong hawa nafsu
Semua yang kau berita benar dan tak kan menjadi erti

Ku mahu kesetiaan dan kejujuran
Kasih sayang yang tiada bersempadan
Pengorbanan cinta yang tulus dan lahir dari keikhlasan

Namun kau hanya mampu memberi janji palsu
Dan kita pon terdorong hawa nafsu
Semua yang kau berita benar dan tak kan menjadi erti