Wednesday, January 31, 2007

:: Boring me ::

Aku keboringan nie. Kawan borak dah blah. So, i really2 dunno what should i do next. Kerja?? Hmm.. dah habis buat dah pun. Tadi lunch hour aku ke KLCC lepak ngan nuurah kat Coffee Beans. Saje jer minum2.. tak makan pun... itupun lepas aku ngan uus pi ronda tgk2 barang skit.. Aduh makan hati aku tgk seluar ESPRIT & Suar Zara. Cunnya.... Camner nie?? Harga?? Hmmm.. of course RM200+. Hmmm.. aku tgh buat kira2 nie.. silap gaya mmg aku beli nanti niee.. dah laa white color.. nampak ranggi tapi tak over.. Hmmm.. mmg aku suka sangat2.

Lepak ngan nuurah.. hmm.. macam2 ahh isu semasa yg keluar n tahu2 jer laa ngan nuurah ada jer yg menggelikan hati kitaorang bila berborak sbb sometimes statement2 yg dikeluarkan tu.. hehehehe.. mmg kelakar ahh... tak dia menyakat aku.. aku yg menyakat dia.

Terserempak ngan biras aku.. si bell.. hehehe... terkejut dia nampak aku.. dia tgh nak shooting utk Channel 9 katanya. Hmm.. takpelah aku biarkan dia dengan kerjanya n aku teruskan perjalanan aku ngan uus. Ckp pasal bell baru aku teringat.. aduhhh.. one more baju aku kena prepare this March.. ooopsss.. hmmmm.... ayyooo.. duit lagik!

Tuesday, January 30, 2007

Studio Pic?


Takde kije kan? Hehehe.. try n error jer design nie... bos on MC.. so i dunno what else to do since i already give all my works to my bos to review... So what else.... hmmmm....

Monday, January 29, 2007

SBM - Super Bike Malaysia

Hmm.. Camner ek aku boleh terjebak dengan 'sbm' nie ek? Actually semuanya bermula dengan kawan satu sekolah aku.. Tengku Mahathir. Dia nie menetap dan bekerja di Terengganu n dia ni meminati 'superbike'. Al-kisah jumaat lepas. Tgdir nie datang ke KL.. n we all buat plan utk berjumpa.. Tak sangka pulak aku yg akan ada ramai geng2 superbike nie berkumpul.

Seperti biasalah aku ke sana bersama kak ej. Dia jer laa yg boleh teman aku ke mana2 jer. Selepas habis latihan.. aku pun pergilah jumpa Mahathir kat area ampang. Fuhh.. mmg ramai giler geng2 superbike ni berkumpul n rupa2nya itu merupakan aktiviti mingguan mat2 motor nie n this session di panggil "TTS - Teh Tarik Session".

Aku duk situ pun lebih kurang sejam lebih jer... lepas tu aku pun ciao.

Thursday, January 25, 2007

Tak Tahu Antara Dua Part 2

Well this time dilemma pasal kerja. Currently now aku bekerja sebagai IT Planning Exec, which is in this division only me n my bos jer yg handle IT Planning. The big problem sekarang is my bos dapat peluang yg lebih baik n dia nak transfer. Aduuhhhh... just imagine sekarang dah tinggal aku terkontang kanting sensorang... n kerja IT Planning bukan senang tau... susah giler babas... Aku pun masih belajar lagi n aku rasa masih banyak benda yg perlu aku pelajari. Yealah coz before this kerja aku more to design web n doing programming for system n web. Setahun yg lepas aku dapat peluang di IT Plan n peluang itu aku tak abaikan sbb aku nak lari dari programming which is memeningkan otak aku. Ahakss...

Overall kerja kat sini best n environment kat sini pun best. Dapat bos yg blur2 baik nie pun kira best2 sakit gak. Hehehehe... kesimpulannya aku selesa laa di sini. Tapi sekarang masalah akan timbul since tempat bos aku sekarang akan di take over oleh salah sorang bos kat sini yg garang giler.. uwaaaa.. mak takutttt... If dia dapat guide aku betul2 fine.. i dun mind.. but i know.. dia sendiri pun ada kerja sendiri which is memeningkan + banyak. Inikan pulak nak handle team aku laks?... adooiii at the end.. apa yg aku faham.. akulah yg kena handle tu nanti... aduuhhh.. selama nie aku tgk bos aku jer yg kena bambu dengan big bos.. so after it's my turn!!!.. Fuhhhh... bukan senang kerja nie beb...

At the same time, aku dapat tahu ada kekosongan di office lama aku tapi dept yg baru "Corporate & Marketing Communications" Hmmm.. mmg interesting giler kerja dia... coz kerja tu memerlukan aku sebagai designer di sana which is aku rasa.. aku boleh handle laa since b4 this pun semasa aku kat sana.. aku selalu kena curik dek department tu bila tiba time2 design mendesign nie. Aku pun mmg budak multimedia kan?.. n aku dengar antara job scope lain tu aku kena deal dengan publishing side, buat event.. fuhhh.. mmg kerja yg aku suka tu bebbb...mmg dilemma.

But the big problem is now.. menurut bos aku.. my big bos tak nak lepaskan aku ke mana2.. 2 hari yg lepas pun big bos ada panggil aku n said it's not easy to get it planning people nowadays... uwaaaaa.... tapi sebenarnya pengalaman aku n pengetahuan aku ttg IT Planning baru setahun jagung.. camner nie????

Tuesday, January 23, 2007

RM250 melayang...

This morning... aku bersiap seperti biasa utk ke tempat kerja.. dengan semangat yg berkobar2.. tup2 bila nak start keter jer.. uwaaaaaaaaaaaaaa.... semput2 keter aku nak start... sian dia. Aku dah agak nie mesti bateri keter.

Korang tahu apa aku buat?? Aku pun berjalan tergedek2 balik umah.. bukak tv pasang CD citer CINTA then sambil2 tu aku call dapatkan no mekanik. Lepas tu masak maggie sbb lapar.. hehehehe boleh?? Lapar tapi takde mood nak masak.

Lepaklah aku duduk umah tgk citer CINTA sambil menunggu pertolongan sampai. Hampir tertido2 aku menunggu mekanik sampai. Around 11 something barulah mekanik sampai.. tunggu dia tukar bateri.. then siap..

Alhamdulillah... keretaku kembali seperti biasa....

Monday, January 22, 2007

MENTAL?

Just wanna ask you friends.. sepanjang korang berkenalan dengan nord, nord nie mental ker? For me perkataan mental di sini more to "GILA" la kan? Dunno why tapi rasa mcm terpanggil nak berceloteh pasal MENTAL nie.
But before that.. i really2 nak ucapkan ALHAMDULILLAH to someone out there yg telah mengeluarkan this statement about me to his friends... which is i believe mesti di kalangan rakan2 terapat dia.. he used the same reason!. Hanya pada ALLAH i serahkan semuanya... coz i ckp banyak pun tak guna.. tapi apa yg i kesalkan... why???

Aku dah tak kacau hidup dia.. even after i tanya dia.. when he said to me that dia ada konflik diri.. i dah mula menjauhkan diri dari dia. His phone calls pun i tak angkat. Can you remember my dear??? Yup i remember i do called him tapi itupun utk dia jelaskan hutang2 bank yg menyebabkan my name di blaclisted!.. That's all... Kawan2 dia tahu ker? takkan?? Well what ever.. malas dah nak persoalkan benda nie..

Menangis?? Yup aku akui bila aku tahu tu.. aku memang menangis sbb apa yg aku kesalkan.. Aku dah tak ganggu hidup dia lagi... tapi kenapa sehingga saat2 akhir dia nak jadi seorang suami pun.. dia masih tetap seperti dulu.. tak habis2 nak burukkan aku di depan mata kawan2 dia?? Why?? Sometimes buat aku rasa pity to his wife pun ada.. coz i tot dia dah berubah... tapi Wallahualam laa kan.. maybe dia betul2 sayang pada wife dia tapi apa yg i kesalkan.. kenapa begitu BENCI dia pada aku.

Tapi memula aku dapat tahu pasal benda nie.. aku ketawa bagai nak rak.. coz the STUPID reason yg i dengar dia bagi kat kawan2 dia. Dia nak sorok hal dia bercouple n berkahwin coz takut i'll do something that can harm myself! eeeeeiiiuuuuu.... tak kuasa i. Mmg aku respect him but only pada "semangat memajukan diri" dia jer. Mmg aku sayang.. tapi itu dulu.. bukan sekarang. Alhamdulillah.. even yg last punya break off dengan dia pun aku takdelah sampai sakit.. sampai nak masuk hospital n doctor keluarkan surat mengatakan aku mental or di masukkan di hospital bahagia. Aku takdelah kecewa dengan ketentuan ALLAH sehingga nak botakkan kepala aku.. Dia bagi aku reason nak terjun keter? HAHAHAHA... ada aku terjun betul2 ker?? Saja bg gempak beb coz nak ambik perhatian dia. itu jer... Ntahlah aku pun tak faham why tak habis2 dia nak burukkan aku.. Thanks sangat2.. i think i know why you say like that actually... only me know apa dia.. tapi takpelah... but do remember my dear.. jgn sampai i betul2 rasa tercabar.
Takpelah.. sekarang masa you... i redha dengan semua yg berlaku. Tapi aku betul2 yakin pada kekuasaan ALLAH.. if bukan sekarang.. mungkin later... Maafkan i.. for what ever u dah buat.. i tak mampu nak MAAFkan you lagi. Ya ALLAH aku redha dengan ketentuanMu... Amin ya rabbal alamin...

Malam Juara Lagu ke-21

Well, Semua orang dah tahu keputusan Juara Lagu ke 21 semalam. Aku bangga sebab semua yg menang tu mmg sama2 buat show masa gegak kecuali hazami. Yelah we all dengan artis2 yg buat gegak ni dah macam rapat sikit ahh dari artis yg lain. Mcm bila jumpa kak diba, mawi n zahid.. diaorang semua tegur. Tak sombong. Hehehehe.. Yang paling jahat zahid.. ngok tul sbb dia leh tarik rambut aku sbb aku ikat dua cam budak2 hehehee...

Overall show semalam oklah cuma a bit frust masa opening yg 30sec show tu. Sbb timing diaorang nie sentiasa berubah2. Masa rehearsal setiap hari lain2. We all susah nak timing.. dah laa right after present peserta terus lagu dimainkan.. mengagau kitaorang kat belakang nak berlari masuk. Mmg korie mengamuk giler ahh semalam. Dia mmg frust sangat2.

Tapi lepas show cam biasa ada 'post-party' n this time aku tak lepaskan peluang. Apo laie.. dah aidil pun nak ikut abg korie.. aku pun pergilah.. tapi tak best sangatlah cam yg Astro buat. Artis pun dah tak berapa ramai dah.. yealah sbb aku sampai pun dah lewat skit sbb b4 that abg korie gi borak ngan producer.

Perkara yg memalukan semasa show time : Aku jatuh ibarat nangka busuk kat atas stage masa nak berlari kuar selepas opening... hasilnya lutut aku kebiruan skrg. Hampehh.... Aku rasa asap yg diaorang keluarkan tu dah bertukar menjadi air.. so aku terstep kat atas air tu.. so apa lagi.. gedebukkk!!!... eiii malu!

Friday, January 19, 2007

Quote of the day...


Someone give me this quote this morning n i luv it so much.... ;)

Tak sempat :(

Juara Lagu tinggal 2 hari jer lagi. Uwaaa.. aku tak sempat nak kempiskan perut nie... sedihnya. Perut nie nak naik kejap jer bagi jer tempoh seminggu tapi nak turun.. seksanya... Well aku terlibat dengan juara lagu ni hanya utk opening n showcase jer.. takde kena mengena dengan persembahan peserta2. Walaupun tak banyak lagu tapi step yg paling aku tak suka ada.. shoulder lift. Mintak2 jangan jadi cam nagka busuk nanti. Ahakss...

Oklah biasanya juara lagu nie akan jadi seperti pesta berkumpulnya penari2. Mesti ramai jumpa kawan2 yg lain. Oklah.. jumpa di Juara Lagu!!

Tuesday, January 16, 2007

Aku dah GEMUK!!

Uwaaaaa.... actually bukanlah semalam jer baru aku sedar aku dah kembali berisi tapi semalam mmg dah buat aku rasa cam uwaaaaaaaaaaaaa... aku dah perlu mengambil langkah berjaga2.. ahakss. Mana taknya nearly 1 month aku berehat dari aktiviti menari & sepanjang tempoh tersebut aku hanya makan tido. Selera makan menjadi2 lak tu...

Semalam sesi latihan utk Anugerah Juara Lagu dah bermula. Aduuhhhh... terasa ahh skit sebab semua dancer perempuan lain cekeding2 jer.. uwaaaaaaaaaaaaa... aku jer yg berisi. Mmg ketara ahh perut aku dah bucit sikit.. auuwwwww.. tidakkkkkkkkkkkkkk.......... hehehehee...

Seperti yg ditakuti.. step shoulder lift tetap ada.. aduhhhh... abg 4g siap melarikan diri tu.. hahahaha.. siot jer.. uwaaa terasa betul2 kekurangan diri ini. Aku punya gelak semalam.. pastu abg 4g ckp bila dia pegang pinggang aku.. isi dah terlebih.. kalau b4 this katanya isi dah berkurang.. uwaaaaaaaaaaa..... mmg pun.. mmg aku dah mula perasan.. tapi buat bodoh jer... aduuhhhh...

Start harinie.. aku akan cuba utk kembalikan bentuk asal.. lagi kurus may be coz bulan 7 nanti aku nak kena jadi pengapit.. badan mesti kena lawa.. lagilah sbb SaifulNang nak ambik gambar.. hehehehee... Oh yea lupa nak citer.. last 2 or 3 week aku berkesempatan bertemu 4 mata dengan SailfulNang n the geng.. he is a very nice person... hehehee... bila aku jumpa dia kan... aku dah start berangan dahhhhh..... habislahhh....

Friday, January 12, 2007

Biarlah rahsia...

First of all aku nak wish WELCOME to my dear old friend, Mahathir yg baru tahu kewujudan blog aku nie.. hehehehe.. (bangga dok aku sebut nama mung kat sini?) hahahaha... Ingat janji kiter tau. Hehehehee...

Well apa yg aku nak ckp ek? Actually aku nak ckp satu benda jer. Sbb aku rasa penat sangat2 nak explain kat orang ttg life aku. Orang tak faham laa.. So mcm marina ckp, satu jer laa.. biarlah rahsia. Kan minah?? Bila cik pikir balik.. ha ahh.. betul.. biarlah rahsia. Orang nak ckp apa pun.. ckplah... as long as kiter tahu apa yg kiter buat n batas2 yg perlu kiter lalui kan? Hehehe.. jangan tersedak tau minah.. ahakss.. sbb sekarang marina tgh mencuba pretzel auntie anne. Hmmm yummy dah lama tak makan.

Oklah.. sebenarnya tak tahu nak buat apa nie. Harinie dah boleh balik jam 4.45 tapi aku malas nak balik lagi. Tak tahu nak buat apa kat umah. So lepak kat office jap ahh dulu.. sambil2 tu leh chatting. Ahakss..

p/s: i miss him so much la... eeeeeiiii ngada2nya.....

Tuesday, January 9, 2007

Satu Malam bersama Kak Mimi

Hehehehee... mcm leh mengundang kontroversi jer topik kali nie... ahakss.. hehehee.. apa2 pun kak mimi hanya kiter berdua jer tahu apa yg kiter nak buat kan? hmm.. takdelah berdua.. adalah rakan2 terdekat tahu kan?? hehehehehe... Dah lama tak lepak ngan kak mimi... sejak2 dia mengambil keputusan berhenti kerja n menyambung pelajaran dia ke liverpool. Skrg kak mimi dah kembali ke Msia.. n semalam aku mengambil keputusan bermalam di rumah kak mimi. Hehehehehee...

Actually aku kena tunggu kak mimi habis kelas dia barulah kitaorang berjumpa.. Bila dah jumpa.. kitaorang gi makan.. perut aku dah lapar giler time tu.. ahaksss.. kak mimi ahhh.. lambat... banjir laaa... hehehehee... pastu lepas makan we all gi umah kak mimi... fuhhh boleh tahan jauh.... tahu2 jerlaa kan bila dah lama tak jumpa.. nak boleh tido tu punyalah berborak sakan... rasanya nearly jam 2 lebih kot baru kiter tido kan kak mimi??

Esok seawal 6.15 pagi.. kak mimi yg memulakan langkah bangun dulu.. kalau tak b4 that.. bunyi alarm camner pun buat tak tahu jer.. hehehehee.. lepas kak mimi bersiap.. aku lak bersiap... then we all kuar umah dalam jam 7 pagi. Mana kitaorang pergi?? Hehehehee.. adalahhhh... hehehehehee.. kan kak mimi kan??? Ahaksss...
Nanti kiter pergi lagi yea wak??? hehehehee... SERONOK... Anyway THANKS A LOT yea kak mimi...

Monday, January 8, 2007

Moga semuanya berakhir...

Nak diluahkan apa yg terpendam dalam hati nie.. amat susah utk diluahkan.. but then apa yg boleh aku katakan.. i really2 need sokongan n doa rakan2 sekalian coz apa yg aku alami ketika ini amat susah utk di mengertikan kerana kekadang aku sendiri confuse. Tak semua orang dapat memahami apa yg aku alami ini coz pada mulanya aku juga meraguinya... ntahlah betul atau tak.. tapi yg pasti esok aku akan cuba utk meleraikan segala teka-teki ini. Hopefully semuanya berjalan dengan baik..

Apa jua keputusannya esok.. aku akan terima seadanya.. n akan aku cuba utk perbaiki keadaan sekarang utk memenuhi azam tahun baru ini.. hehehehheee... (apa yg aku duk mengarut nie daaa... hehehehe) tapi mana2 rakan yg mengetahui... doakan yg terbaik k?? Amin ya rabbal Alamin.

Friday, January 5, 2007

Japan Part 2


Aku kebosanan nie. Bos tarak so aku mmg tgh free giler2.. jadi aku ambil keputusan nak bebel pasal rombongan ke jepun tempoh hari. Hehehehee...

Sebenarnya rombongan nie senior aku yg introducekan.. dia mintak aku tlg carikkan dancer utk buat persembahan kat jepun... Kononnya utk perasmian restoran orang melayu kat sana so nak promosikan Malaysia punya culture la. hehhehee...

Nak kata we all kena tipu pun ntahlah.. tapi dari awal lagi.. cerita dah berbelit2.. Budget orang nie mmg ciput.. tapi bila we all fikirkan alaaa.. satu hari satu show jer.. so we all pun kira oklah... accept. Selepas accept tulah.. pelbagai cerita dah keluar. Semuanya start masa malam preview.. just imagine tup2 dari satu show sehari.. we all di beritahu yg satu hari 3 show. Fuhhh... terbeliak mata we all.. tapi lepas dah bincang2.. oklah diaorg confirmkan 2 show sahaja.

Ikut pada information yg pertama.. kitaorang akan pulang ke Msia pada 17hb Dec.. Tup2 bila tgk tiket masa dalam flight.. tarikh balik dah bertukar pada 18hb.. aduhhhh.. aku dah cuak sbb aku mana ada apply cuti utk 18hb tu. Oklah fine.. Tapi sesampai di jepun pulak.. kitaorang di biarkan terkontang kanting.. dah laa orang tengah yg handle we all tak datang ke jepun. Sesampai ke sana we all terkontang kanting tak tahu hala tuju.. bila tanya sorang abg yg incharge nie.. dia pun cam blur2.. aduuhhh sakitnya hati. Paling menyakitkan hati aku coz we all di beritahu makan & minum serta penginapan di tanggung. Ok fine. Tetapi just imagine penginapan kitaorang hanya kat sebuah rumah tumpangan camtu. Aduuhhhhh.... padahal aku dah tanya banyak kali penginapan kat mana.. they all ckp hotel. Sakitnya hati bila kitaorang tgk keadaan tempat tinggal kitaorang. Lagi menyakitkan hati.. tup2 orang sana ckp.. hanya makanan tengahari jer di sediakan.. itupun kat tempat show.. which is bukannya we all buat perasmian restoran.. tapi sebenarnya kat Msia Fair!.. Cuba korang bayangkan mcmmana kitaorang tak rasa seperti kena tipu!

Part tu jer laa yg we all cukup frust.. tapi overall lawatan ke jepun nie mmg FUN.. coz kitaorang habis jer tugas terus merayap ntah ke mana2 dengan sendiri. Sib baik gak yang aku angkut ke jepun nie kawan2 yg mmg baik. Kalau tak mau bergaduh.. ini yg baik pun ada gak berselisih faham.. hehehehee..

Satu pengalaman yg best laa.. cuma yg buat aku frust.. management diaorang.. aku tak tahu sekarang saper yg dah tipu kitaorang.. tapi yg pasti aku terasa di tipu. Malu pada kawan2 pun ada.. coz diaorang terpaksa bersusah payah. Mmg rasa bersalah giler.. tapi sib baik diaorang semua pun ok.. hehehee... aku siap kena sound tu ngan is "Belajar hidup susah boleh?"... Bukan aku kisah sangat.. tapi masalahnya yg buat aku mengamuk dekat management tu.. coz diaorang tak tunaikan apa yg diaorang janji.. aku hanya tuntut apa yg diaorang janji jer...

Thursday, January 4, 2007

Anak saperlah nie...


Inilah terjadi apabila bonda2 kepada baby2 ini meninggalkan anak dia pada baby sitter! n keluar merayap.... hahahaha... So, awas orang di luar sana.. pikirlah 2,3 kali utk meninggalkan anak anda pada baby sitter ini!.. Hehehehe... pengkhianat no1.. hahahahahaa...

Actually baby yg tembam tu kena dera lagi di pagi raya.. yealah.. baby sitter dia tgh bermake up... tup2 dapat idea!!.. Korang faham2 jer laa apa yg berlaku k???...

Hyatt2


Kenangan bersama SOFAZ...

Kenangan bersama Kak EJ...

Kenangan bersama Epah... (hehehe tak sangka kiter jumpa kat kuantan kan epah?)

Hyatt Regency Kuantan

Al-kisah.. even ini antara aktiviti aku tahun lepas.. but then masih segar dalam ingatan ini. Percutian yg menyeronokkan. Balik jer dari jepun.. gatal kan? aku ke kuantan laks.. actually mmg takde apa2 event pun.. sesaja aku ngan kak ej nak memeriahkan lagi suasana Gegak Gemilang yg last.

Ini antara gambar2 aku semasa kat sana.. ada banyak lagi actually tapi aku malas ahh nak letak dalam fotopages dah.. coz penat nak smallkan size gambar.. Aku ngan kak ej bertolak pada hari sabtu dalam jam 2 ptg. Sampai sana dekat jam 5 ptg. Sampai2 jer kitaorang gi tapak karnival terus coz b4 this tak berkesempatan langsung nak tgk artis2 karnival buat show.

Mmg seronok.. pergi jer sana.. orang lain mana leh masuk kawasan larangan.. Tapi sesampai jer sana.. mana2 rakan2 artis yg perasan dah melambai2.. pastu bodyguard yg bertugas pun terkejut tgk we all.. n aku ngan kak ej di benarkan masuk ke kawasan larangan. Lepak tgk show giler kawan2 yg lain.. Mmg fun giler ahh.. budak2 AF tu buat perangai.. yealah dah laa last show kan.

Malamnya kitaorang tak pergi tgk show coz cam penat tapi aku melepak ngan budak2 sofaz. Lepas show yg malam.. ada barbeque session. Lepak jap sana.. then esoknya b4 balik.. aku ngan kak ej buat sesi mengambil gambar... giler tul kitaorang nie.. tak pedulikan orang.. lantak ahh.. hehehehee.. seronok sangat.. main buaian, main gelongsor, jongkang jongkit.. hehehehe.. cam budak2 kan? Tapi FUN giler!!!!

I'm not feeling well...

Actually aku dah tak sihat since tue nite lagi.. tiba2 kepala aku start sakit.. berlarutan sehinggalah harinie.. semalam aku cuba bertahan dengan panadol jer tapi tak jadi apa2.. so, tadi aku ambik keputusan pergi klinik kat bawah tu. Doktor nak kasi MC pun aku tak nak.. since aku rasa dah too much rehat dah aku dapat.. if aku balik pun nanti aku bosan.. tak tahu nak buat apa.. so better aku duk kat office nie.. later aku update gambar masa aku bercuti ke kuantan last december b4 krismas k? Ciao...

Wednesday, January 3, 2007

It's 2007...

Well.. buku 2006 dah ditutup n now i'll open my new book of 2007.. new chapter of my life n hopefully semuanya akan berjalan dengan baik.. insyaALLAH... Amin ya rabbal alamin. So far alhamdulillah... i'm happy with my life skrg even sometimes biasalah kan ada rasa sikit2 cam tension tu.. alahhh asam garam kehidupan rite? ada masa kiter happy ada masa kiter sedih... Biasalah kan.. sometimes apa yg kiter plan takkan kiter kecapi tapi tak salah if kiter terus berusaha n berdoa semoga semuanya berjalan dengan baik.

Sepanjang 2006.. hmmm.. alhamdulillah... so far so good... aku berjaya bangkit dari kejatuhan yg tak berapa jatuh laa jugak.. coz i manage to handle it dengan baik. Takdelah macam dulu2.. Mungkin faktor usia jugak yg mematangkan diri nie... sekarang nie.. apa2 yg berlaku pun.. aku lebih senang menggunakan pendekatan mendiamkan diri... it's the best way aku rasa coz for me mmg susah utk buat orang faham diri kiter... orang sekeliling tak tahu apa yg kiter face n rasa.. if not takkan ada pepatah yg mengatakan.. "rambut sama hitam tapi hati lain2" rite?? masing2 ada citarasa n pendapat masing2.. masing2 ada pendirian serta perancangan sendiri. Orang diluar yg memandang hanya tahu membuat membuat penilaian berdasarkan penglihatan diaorang jer.. orang takkan tahu apa yg kiter fikirkan.. or kiter face dalam hidup kiter... unless they all pun turut merasai apa yg kiter rasa. Tak semestinya kulit buku yg buruk, cerita di dalamnya tak menari kan?? n begitu sebaliknya jugak.. tak semestinya kulit buku yg cantik dan baru.. ceritanya akan menarik. Betul tak??

So, dari itu aku belajar that i need to make my life happy coz orang lain takkan happykan diri kiter or memahami diri kiter seadanya kiter if bukan kiter sendiri yg cuba utk menghappykan diri kiter. So, i'll do what ever i can do utk happykan diri sendiri selagi aku tahu batas mana yg perlu aku lalui... Sbb itu aku happykan diri aku.. do what ever aku rasa happy. Tapi i do appreciate if rakan2 sekeliling dapat menegur if aku ada buat silap.. yealah kiter manusia biasa takkan lari dari melakukan kesilapan... insyaALLAH teguran yg membina akan dapat membantu aku memperbaiki diri aku.. alhamdulillah so far aku bersyukur kerana mendapat family & rakan2 yg banyak membantu dalam kehidupan harian aku... Thanks to my family & friends... i really2 appreciate it..

For those yg mengenali diri ini.. perjalanan hidup aku ini penuh berliku..Thanks family n friends coz korang sentiasa bersama2 aku di kala aku kesusahan n senang.. i really2 appreciate it. Aku akui tak semua yg betul2 dapat memahami hati dan perasaan aku ini tapi cukup sekadar sokongan dari korang.. Itu sudah cukup membahagiakan diri ini... For those yg banyak membantu.. thanks a lots.. I love you all...

Family n friends, what ever i do now.. i really2 need your support n bukannya hukuman. I'm a normal human being.. tak dapat meramal apa yg bakal berlaku pada masa hadapan.. Kiter hanya mampu berusaha, merancang dan bertawakkal tapi kiter juga perlu berbalik pada ALLAH.. coz Dia yg telah menentukan segala2Nya... Amin ya rabbal alamin... It's new year.. new chapter... n a new life.... lets move on!!!!....

Bye-bye 2006

Alhamdulillah i'm back. Fuhh.. terasa cam baru balik dari percutian yg cukup panjang.. n yes mmg cuti yg panjang jugak.. Semuanya tak di rancang... banyak citer2 yg dah ketinggalan utk aku coretkan di ruang luahan hati aku nie.. even though terlambat... takpelah kan.. semua ini akan jadi catatan n kenangan utk aku..

Banyak benda yg berlaku di saat tirai 2006 di labuhkan n yg paling menyedihkan aku ialah kembalinya arwah datuk kesayangan aku iaitu Mohd Zin bin Ali ke rahmatullah pada 27hb Dec 2006. Berita tu aku dapat ketika aku tgh seronok menghabiskan cuti aku di rumah kakak ku yg sulong. Arwah terbabas ketika memandu kereta dan pengsan.. n sesampainya di hospital terus di masukkan ke ICU. Tak lama selepas itu.. Arwah sudah tidak ada lagi... Al-fatihah...
Terkilan coz tak sempat utk melihat arwah buat kali terakhir n masih terbayang2 kali terakhir aku bertemu dengan dia ialah pada hari raya tempoh hari.. n yg paling terkilan kitaorang tak sempat bergurau senda sangat coz terlalu ramai tetamu ketika itu dan yang paling menyedihkan hati aku coz atuk aku tak sempat nak tgk aku mendirikan rumah tangga coz dia antara orang yg paling bersungguh2 nak lihat aku mendirikan rumah tangga.

"Maafkan nord ki, tak sempat nord capaikan hajat ki.. tapi nord harap ki sentiasa mendoakan nord walaupun dari jauh. Terima kasih yea ki atas segala pertolongan ki selama ini"

Bergegas aku n adik beradik yg lain pulang ke kampung selepas mengetahui berita sedih tu. So.. cuti aku mmg betul panjang kali nie coz aku terus bercuti sehingga raya haji... 1st January baru aku kembali pulang ke kuala lumpur dengan azam baru n semangat baru!!