Thursday, November 30, 2006

I'm so happy

Thanks ALLAH.. Hehehe.. itu jer yg mampu aku katakan sekarang.. Aku takleh nak ckp apa banyak lagi takut tak menjadi. But what ever it is.. i'm so happy now. Terima kasih ALLAH di atas peluang ini.

Wednesday, November 29, 2006

Cahaya Cinta


Dia telah telah menentukannya
Kita bertemu dan bercinta
Inilah oh takdirnya
Bukan kerana harta
Inilah citra cahaya cinta
Pintu hatiku telah kau buka
Tak mampu ku menafikannya
Kejujuran diberi
Kasih takkan terhenti
Ini bahagia yang ku cari
Sayangi daku
Peluklah daku
Janji dengan ku
Semai cinta nan satu
Tuhan memuji
Takkan berhenti
Hanya ku pinta
Sama setia menjaga
Hingga ke alam syurga

note : Lupa nak wish congrates to Anne coz dah selamat jadi mummy 2 hari lepas. Dapat baby boy.. Alhamdulillah semuanya selamat.

Tuesday, November 28, 2006

Gegak Gemilang Seberang Prai

Belom habis penat di Tampin.. Last week kitaorang ke Seberang Prai pulak. Lagi memenatkan my journey this time ialah coz i'm rushing. Habis jer back up misha utk muzik2.. we all bergegas tukar baju semua then we all ciao ke Penang. Our Manager Mok dah bersedia utk pick us up already.

Lebih kurang jam 11 we all bertolak dari KL ke penang. Sampai Sunway Hotel around 3.30 am. Jenuh gak we all nak cari hotel tu.. berhenti beberapa tempat nak tanya orang di pagi2 hari tu. Sampai2 sana.. kawan2 lain semuanya tak tido lagi.. As usual aku satu bilik ngan kak ej ah.. hehehe.

Show kali nie.. terasa sangat kepenatannya. Dari awal lagi our manager dah dapat tgk something wrong with me. Dunno why aku betul2 rasa penat.. even aku dah minum livita & kacip fatimah pun.. tak berjaya memberikan aku full energy malam tu. This week punya show di record utk disiarkan di astro tak lama lagi. Yang buat we all extra penat malam tu.. bila changing room terkebelakang.. dah laa kebanyakkan lagu tu rushing.. aduhh.. sampaikan acis sendiri pun boleh sedar n siap tanya " Tak jauh ker tempat korang nak tukar baju?" hehehehe.. Itu musician pun boleh pikirkan bagi pihak we all... fuhh.. mmg berlari2 ahh we all malam tu. Malam show.. aku sempat berborak ngan acis.. acis pun ada tanya aku pasal payment semua.. n mengadu beberapa hal pasal management. Jgn merajuk k?? Sabarlah we all pun terima nasib yg sama... ;) Hope to see you this coming show at Ipoh. Itupun dah last show aku... yg lain2 dari awal2 aku terpaksa tolak.. dah ada komitmen lain. Hehehee.. part kelakar... masa aku ambik gambar ngan acis.. dia siap ckp.. eh you nie tinggilah.. ahakss.. sib baik aku tak termelatah ker apa masa tu kan? coz dalam hati aku menjawab.. yealah sbb sheila kecik jer.. hahahahaa....

On the way balik.. aku join naik bas.. hehehee.. seronok coz dapat beramai2.. bas kitaorang terpaksa lambat skit bertolak since we all terpaksa menghantar mawi n zahid ke airport dulu. Dapatlah berborak2 mesra dengan mawi & zahid. Dah la masa makan2 tu.. sibuk dia nak tahu umur aku.. aku ckp rahsia.. tapi pangkat kakak ahh pada dia.. sekali tak lama tu.. tiba2 mawi jerit tgk aku.. n dia ckp "kiter dah tahu dah umur awak!" Hamppehhh.. rupanya dia gi tanya kak ej. Pastu masa dia dah nak naik flight.. aku sempat cakap kat dia.. "Bye dik... " hehehe.. dia siap pusing n buat senyuman manja dia tu.. hahahahaa... tahu tak masa lepak2 sementara PA dia pergi check-in, mawi kutuk ina, borak pasal awie ahh.. boleh tahan kepochi jugak mamat nie. Hehehe...

Byk gak lagi citer2 yg menarik tapi tak larat ahh nak citer.. Tapi yg pasti aku rasa sakit melatah aku akan makin menjadi2 since they all nie suka sangat mengusik. aduhhh.. tension gua... Sedih lak bila fikirkan yg this coming show is my last show.. even though penat.. tapi seronok tau... Oh yea.. ada satu part tu abg nuar tanya aku " Ohh menari nie hanya part time jer ker?" Ha ah.. menari nie hanya part time jer utk mengisi masa lapang aku... Kebanyakkan yg tahu semua terkejut. ;)

Muzik2 Semi Final

Hmmm... macam yg semua tahu.. Muzik2 Semi Final dah berakhir n Misha tidak berjaya menempatkan dirinya utk ke Final. Salah saper? Salah we all ker? hehehehe..

From the first place lagi aku dah macam tak berapa berminat nak buat muzik2 kan? So aku kira belasah jer.. Satu lagi masa menarikan lagu ini, aku tak tahu perlu senyum ker atau kena serius. Tanya abg korie dia kata ikut mood laa.. so aku pun apa lagi just menghayati watak ahh.. tapi majoriti sms yg aku terima that nite tanya nape aku masam?? hehehehe.. ntahhh.. tak perasan langsung. Hahahahaha... Mak menjiwai watak nyahh!!!

Haa.. panjang umur lagu nie.. tgh2 tulis nie.. kat radio berkumandang lagu nie. Hehehehee... Anyway Congratulations to Zahid & Kak Adibah.. hehehe.. malam tu kak adibah punya bimbangkan kitaorang.. siap pesan 2,3 kali.. "Drive tu jgn laju2.. bawak elok2.. kalau ngantuk tido dulu kat tepi jalan"

Oklah ciao.. aku sambung bebelan dengan kisah di Penang jap lagi.. ini pun curi2 tau.. bos ada.. ahaksss... ;)


Thursday, November 23, 2006

Seberang Perai

This week destination ialah Seberang Perai. Well this time aku tak dapat join bas astro ke sana coz aku ada tugas yg perlu di selesaikan dahulu esok. Komitmen yg dah awal2 aku bagi dulu. Nyesal pun ada kekadang tu. Hmm.. well what to do but rite after Muzik2.. then kitaorang akan cepat2 ciao ke penang!... Yucckkkss!!!

Wednesday, November 22, 2006

Pengumuman!

Kawan2, please email me your phone number since my handphone cannot save already n all the phone number inside it GONE!

Thanks.

Jiwa Kacau Lagi

This time kekacauan berlaku lagi ibarat sudah jatuh di timpa tangga. Hp aku rosak semalam!! Uwaaaa... semalam masa nak balik latihan.. hp terjatuh n terus padam. Uwaaaaaaaaaaaaa.. tensionnya!!!!!

Tuesday, November 21, 2006

Nafas Cahaya

As i told before aku akan involve dengan Muzik2 Separuh Akhir on this coming 24th Nov. Aku back up misha omar jer. Dunno why dari semalam sebenarnya aku dah rasa malas nak buat show nie. May be because i'm too tired.. but then i have too coz aku dah bagi komitmen.. Nanti apa pulak kata abg korie last minit tarik diri. Dah la dia sanggup nak gi hantar ke penang lak after that. Aiyyoo serba salah gue.

Oklah semalam pergilah latihan utk pertama kalinya. Tarian dia simple jer. Aku laks rasa cam biar betul? Dah la latihan harinie di batalkan n esok terus berjumpa di Alam plaza central!. ADuhhh.. ntahlah.. kekadang pikir bagus gak simple.. takyah susah2 nak ingat.. tapi bila too simple lak buat aku takut laks.. surelah akan kedengaran suara2 sumbang coz Muzik2 ni boleh dikatakan ramai yg akan menontonnya. Tapi kesian gak abg korie semalam sbb dia nampak mcm tak berapa berpuas hati but then keadaan kesihatan dia yg tak mengizinkan utk dia bergerak bebas. Membataskan segala2nya..

Takpelahkan? as long as aku buat tugas aku jer kan? Yang lain2 tu kiter serahkan jer pada orang ramai utk menilai hasil abg korie + abg pojie.

Monday, November 20, 2006

All the best

Gegak Gemilang Tampin

Penatnya hanya ALLAH yang tahu. Kali ini Gegak Gemilang meneruskan rancangannya ke destinasi ke dua iaitu Tampin. Kitaorang di tempatkan di A Famosa Resort. Seperti biasa aku sebilik dengan kak ej. Aktitivi kebanyakkannya sama cam haritu jugak. Cuma kali ini penonton sedikit sporting.

Betul kata kak ej, minggu nie mmg pun aku takleh bergerak bebas sangat. Ada pemerhati. Tapi ada aku kesah?? Ahakss.. Macam2 kes ahh berlaku. Biasalahkan.. even gaduh2 pun.. semua tu satu kenangan manis. Marah2 pun.. ada yg concern, marah2 pun ada yg still duduk kat sebelah gaks. Semakin mesra dengan artis2.. semuanya baik2 belaka. Dah mula bertukar2 no dengan artis gaks. ;) Siapa dia tu? hehehe...

Masih ingat tak aku ceritakan tentang bakat besar musician yg paling kecil tempoh hari? Daniel?? Nampak tak gambar dia kat atas tu? Hehhehe aku berkesempatan bergambar dengan dia.. sib baik dia nak bergambar ngan aku.. sbb kawan2 yg lain nak ambik gambar dia tak nak.. terus blah camtu jer.. eeiii cute tul dia.

Mmg penat involve dengan show outstation camnie. This week bakal menjanjikan kepenatan yg tak terkira. Selain dengan latihan gegak gemilang.. aku ada latihan bersama korie utk show Muzik2 Semi Final back up misha omar. Aku akan bertolak sendiri ke Penang this weekend. Abg korie yg akan hantar ke penang rite after show Misha habis.

Wednesday, November 15, 2006

Happy Belated Birthday!

Ooppsss.. hehehee.. mentang2 bos is not around rite? aku betul2 ambik kesempatan yg ada. Dari petang semalam after makan2.. aku takde mood nak buat kije. Bosan tul nak buat analisis semua data2 tu. Geram.. keep changing the info.. fed-up tau!

Anyway aku just nak wish Happy Belated Birthday to Lee Choo Koi (betul tak eja nama nie ek) aka Korie. InsyaALLAH tak lama lagi nama tu akan bertukar.. Congratulations abg korie. Anyway before that just wanna wish you Happy Belated Birthday, 11th Nov that day. Sorry tak dapat nak buat surprise coz that time we all outstation kat Batu Pahat. Skrg pun masih busy dengan latihan.. nantilah ek.. kiter buat belated ker k?

isd-get-together

semalam got isd-get-together makan2. Sempena ada a few staff yg akan transfer building n jugak merangkap makan2 utk hari raya. Kecoh ahh makan2 semalam dengan gelagat kakak2 kat sini. Diaorang nie semua giler2. Diaorang tak puas hati tu setiap gambar aku, diaorang ckp pose bukan main lagi. hehehehe nak buat camner.. dah terbiasa... aku rasa aku pose biasa jerk. Bos2 lelaki tak best.. tak sporting... Tgklah kalau rajin nanti aku update gambar2 lain dalam fotopages.. La nie busy skit ahh kat opis nie.. ini terlepas dalam membebel pun sbb bos tarak.. mana pi tak tau.. tak nampak lagi harinie. Missing in Action. Again????

Tuesday, November 14, 2006

Gegak Gemilang Part 2

Friday
Seawal jam 2 aku dah sampai kat perkarangan Astro. Aku mintak tolong is hantarkan aku ke sana n merangkap tlg jaga keter aku since bimbang aku nak park kat luar astro tu. Kalau ikutkan jadual, bas akan bertolak jam 2 ptg. Tapi biasalah kan? janji melayu.. artis2 semua pun sampai jam berapa?. Last2 we all bertolak dalam jam 3.30ptg.

Sepanjang perjalanan aku tido. Aku terjaga pun time bas berhenti di salah satu R&R then sambung tido sehinggalah sampai ke bandar batu pahat dalam jam 7.30mlm. Oh yea lupa nak aku citerkan.. we all semua di jaga ketat dengan sekumpulan event Marshall.. fuuhh nak gi toilet pun ada orang 'escot' tau.. Abg2 nie semuanya badan macam body builder.. besar2 semuanya. hehehehe...

Sesampainya di sana, we all letak jer barang then kena berkumpul utk makan malam. After makan malam terus kena berkumpul utk ke tapak karnival utk sesi rehearsal. Masa ni sakit hati gak ah.. sbb sound check semua, ada meeting semua dengan semua artis.. tup2 rehearsal bermula dekat jam 12 mlm. Itupun they all tak dapat buat full rehearsal sbb dah terlalu lewat. Artis2 pun semua nampaknya dah penat. Yealah penat menunggu. End-up we all balik jam 1 lebih dekat jam 2. Sampai hotel aku baru jer nak terlelap our manager, Mok sms cakap dia pergi cari nasi goreng. Aku tido jap n pesan pada kak ej if nasi goreng sampai kejutkan aku makan. hehehee.. makan gak tu.. ahaksss.. Yang kelakarnya masa makan.. tgh aku mamai n makan nasi goreng tu.. dengan baju tido suar pendek semua tu.. tup2 zimi one of the Sofaz punya team member datang bertandang ke bilik kitaorang.. alah bilik diaorang pun selang sebilik jer.. coz depan bilik aku ngan kak ej, bilik yazer. Duk lepak borak2... aku tak dapat habiskan nasi tu.. then zimi yg habiskan.. hehehe.. tapi terkejut gak ahh aku sbb suar tido aku tu mmg pendek... tak berganjak aku dari tempat duduk tu.. sampailah dia balik ke bilik jap ambik barang then bergegas aku pergi sarung suar panjang. hehehee... Kitaorang borak2 sampai jam 3 lebih kot, then zimi pun balik. Aku pun tido... Aku tak tahulah kak ej tido jam berapa tapi yg pasti aku yg selamat dulu...

Sabtu
Kitaorang dapat rehat skit hari nie.. after turun lunch, jam 3 we all berlatih bersama2 artis kat one of the dewan kat situ. Byk la benda2 kelakar yg berlaku.. kitaorang kutuk mawi la.. macam2 ahh.. Lepas rehearsal, jam 5 lebih we all dah kena start bersiap apa yg patut. Jam 7 dah nak kena standby kat lobby. Seronok tau.. dah laa every level akan ada bodyguard yg jaga we all.. pastu masa nak bergerak ke tapak karnival, kami diiringi polis n bodyguard. Nak gi toilet pun bodyguard jaga tau.. ahakss.. hehehehee.. Show start at 9pm camtu.. fuhh... giler penat tau!.. tak pernah aku pancit sampai macam nie sekali.. rambut dari kering dah basah macam mandi. Berpeluh tu tak ingat laa kan.. Anyway even penat, enjoy ahh.. n yang paling aku rasa boleh banggakan.. aku dapat berlakon tu.. depan beratus2 orang.. hahahahaa.. Siap aku kena berlakon gedik2 ngan aznil utk lagu "Dengar ini cerita". Pengalaman baru bagi aku... hehehehe.

Habis show dalam jam 11 lebih. Ramai giler orang dah menunggu2 artis kat belakang. Dengar jugak suara2 yg ckp 'dancer mmg best!'. Hehehee.. tak tahulah tu kan? Balik bilik terus we all pergi makan supper.. sampai2 sana.. ada beberapa artis karnival yg belah petang duk melepak makan. Termasuklah budak2 sofaz nie.. diaorang nampak aku terus panggil.. Tak lama makan sbb tak sabar nak balik mandi.. After makan2 aku ngan kak ej balik bilik.. mandi & terus packing balik barang2 show tadi. Budak2 sofaz ajak we all lepak kat blik diaorang main PS2.. after dah settle everything.. aku ngan kak ej pun pergilah bilik diaorang.. borak2, lepak makan maggie & main PS2. Amir sofaz buatkan air utk aku tau.. hahahahaa... Jam 5 pagi baru masing2 kepenatan. Aku ngan kak ej balik blik then terus tido..

Sunday
Bangun tido pun dah jam berapa. Lepas mandi semua terus pergi makan tengahhari beramai2. Adun bahagian batu pahat pun join sekali. Lepas dah ucapan sepatah dua kata.. sesi makan2.. then we all semua naik atas balik. Final packing barang2.. then around 3ptg baru gerak. Tapi singgah lak kat Carrefour sana sbb ada sesi bertemu artis pulak... dekat jam 4 ptg baru boleh bergerak. Kitaorang banyak lepak ngan budak2 sofaz.. budak2 tu pun mmg suka usik we all sbb diaorang tahu aku ngan kak ej nie melatah. Salah sorang budak sofaz nie pun kaki melatah gak.. we all panggil dia 'bird2' hehehe.. mmg kelakar dia nie. hehehehee... Sampai KL around 8 malam. Amir ckp nanti dia belanja karaoke n zimi pun ckp nanti senang2 datanglah tgk diaorang jamming. hehehehe.. baik budak2 nie... tak sombong!

note: kak ej ada sound aku.. "i nak tgk jer u camner minggu depan.. mak guard ker pak guard ker.." hehehe.. sbb minggu depan nie is akan join the show sekali. Hahahaha... matilah aku mesti ada yg gaduh lagi nie.. sbb zimi rapat dengan aku & ada one of the bodyguard pun ada yg mengusik aku. Kwang kwang kwang... tunggu dan lihat jerlaa.. kejadian di sarawak mungkin berulang....

Monday, November 13, 2006

Gegak Gemilang Batu Pahat

This time tak banyak ambik gambar.. Sbb banyak masa lagi leh lepak dengan diaorang tu. Tapi aku teruja ambik gambar budak yg cute nie. Aku betul2 terpegun dengan bakat yg dia ada. Kenalkan daniel anak kepada music director malam tu.. Zainal. Pemalu betul dia nie bila tahu orang nak ambik gambar dia.. dia palingkan kepala kat lain.. tapi gambar last tu.. pujuk punya pujuk akhirnya dia berikan pose yg cukup baik. Thanks daniel.

One day jika diizinkan ALLAH.. if aku ada anak.. aku akan hantar anak aku main music macam nie. ;)

Thursday, November 9, 2006

::Buzzy me::

Again... nak ngadu ttg kepenatan n ke'busy'anku yg kritikal. Buat show under Mahani punya management boleh tahan kelam kabut gak ah. Tension lak pulak jadinya. What to do kiter dah bagi komitmen ckp akan buat show tu. Tak elok lak nak tarik diri last minit. Aku cukup memahaminya coz aku pernah handle show2 camnie gaks. So sebaik mungkin aku akan cuba takkan berikan masalah pada semua orang. Coz bukan melibatkan aku sorang jer.. melibat ramai orang.. sbb bila menari nie lebih kepada team work. Tul tak? Jelingan mata masa tgh menari pun kekadang boleh menjadi satu isyarat apa yg perlu di lakukan. Even hanya ianya satu jeritan, kekadang kiter dah faham apa yg berlaku n apa yg perlu kiter buat.

Well, aku pun pernah bebelkan rite after show Aura Lebaran haritu, tanpa ada masa rehat.. aku dah start latihan utk Gegak Gemilang laks... baru aku tahu semalam.. mmg ianya show astro tapi bukan astro yg handle event nie.. astro telah serahkan pada event management yg lakukan. Boleh tahan nampak kelam kabut tak macam biasa yg pernah buat dengan astro. Semua last minit...

Bayangkan sepanjang minggu nie.. everyday aku akan sampai kat rumah dalam jam 1 lebih pagi. Semalam paling worst aku sampai umah nearly jam 3 pagi. Coz habis jer full dress rehearsal kat dewan sivik mbpj semalam dalam jam 2. Aku kena hantar kak ej balik kat pandan indah dulu.. perut pun lapar giler.. nak tak nak aku berhenti beli burger kat tepi jalan. End-up aku sampai umah dekat2 jam 3 pagi. Dah la semalam sbb penat giler.. aku masuk office pun jam 11.30 pagi. Tadipun nak tak nak aku kena push diri bangun. Itupun kira lambat gak masuk office coz sampai office around 9.30pagi.

Esok aku halfday kerja. Jam 2 ptg dah nak kena ada kat astro utk bertolak ke Batu Pahat.. Hopefully minggu depan takdelah aku buat perangai camnie lagi kat office. Dah rasa bersalah giler nie... ;)

Happy 5th Anniversary

Pejam celik pejam celik tup2 dah 5thn rupanya aku menjadi warga AmBank. Alhamdulillah... khidmat aku masih diperlukan di sini. Hehehe actually aku pun terlupa pasal my anniversary nie tapi bila aku nak apply cuti coz nak habiskan cuti2 yg masih ada.. baru aku perasan 5th November 2001 merupakan tarikh aku join AmBank.

Bermula dengan seorang web administrator di AmAssurance, kemudian menjadi Analyst programmer utk Team Website kat AmBank nie, sekarang aku bergerak masuk ke alam baru menjadi seorang analyst/planner di IT Department. Hehehee.. kekonon nak lari dari buat programming la nie. Job scope aku dah more to management things la.. banyak kena buat presentation slide utk big2 bos, kena analyst data utk tentukan hala tuju AmBank. Monitor project2 yg AmBank dah plan. Hehehee tu yg selalu gak gaduh ngan bos nie sbb suka bagi kije last minit. Hahahaha...

Menari? hehehehe.. itu part time jer. Hanya utk suka2 jer. Lagipun aku meminati seni. Better for me to join this kind of activity rite? daripada aku habiskan masa dengan aktiviti2 yg tak senonoh. Lagipun dapat income. InsyaALLAH jika di izinkan ALLAH aku nak bukak business yg melibatkan seni gaks.. Tgklah macam mana... perancangan tu ada tapi modalnya ngak ada dong.. hehehehe... Baru2 nie masa duk lepak kat Akar Karya Studio milik sheila majid & acis (alahaii cutenya dia nie...) tiba2 aku teringat pada cita2 aku with someone satu ketika dahulu. Nak bukak satu studio yg menempatkan studio rakaman, jamming & studio menari. InsyaALLAH satu hari jika diizinkan ALLAH akan aku teruskan cita2 tu.

Anyway.. Happy 5th Anniversary to me! Thanks ALLAH...

Monday, November 6, 2006

Jiwa kacau

Last week critical betul keadaan aku. betul2 jiwa kacau sampai aku sendiri tak tahu mana hujung pangkalnya. Tapi yg aku dapat detect akhirnya mungkin because of jepun nak datang menyerang. Tapi impak dia begitu mendalam ahh... Semacam betul kekacauan yg melanda. Macam tsunami! Semua benda jadi sensitip, semua benda jadi tak kena, semua benda aku fikir. Sampai aku sendiri fed-up keadaan camtu aku nangis tak tentu pasal la. Dah la masuk2 office jer aku banyak kije. Busy menyiapkan all presentation slide utk Board meeting end of this month. Pastu at the same time aku kena buat programming balik. Uwaaa... ini pun aku curi2 mengomel tau coz takde mood nak buat kije. ;) Sejak balik dari cuti raya aku asyik gaduh jer ngan bos. Ahakss.. aku dapat rasakan bonus & increment tahun nie akan kurang. Yealah bos kata satu aku jawab 10. Kalau bengang sangat.. bos ckp apa pun.. aku diam jerkk.. hehehehehee...

Hmmm... Ntahlah... Aku pun tak faham.. People can see i'm smiling, people can see i'm laughing but do they know deep inside my heart? How i feel? What i face? Maybe some of them tahu coz tak ramai yg tahu pun masalah yg aku face sekarang nie but i dun think so they can understand. Aku tak salahkan diaorang pun kalau tak faham coz i just need their support.. So far alhamdulillah my parents amat memahami, kakak2 & adik2 semua. I love you all. Thanks... So far my 2nd sister la tempat aku luahkan apa yg terbuku dalam hati ni. Kekadang sambil luahkan perasaan tu bergenang2 air mata nie.

Tapi sib baik gak aku busy kan? At least aku dapat membusykan diri nie so tak sempat la nak melayan perasaan sangat. Takpelah.. slowly rite? Aku tahu aku kuat.. dah macam2 aku face before this. Fitnah & penghinaan, semua dah aku lalui. Semua tu asam garam kehidupan kan? Tapi even sometimes aku menangis, ada masanya aku pun happy... Aku tahu n yakin ALLAH itu Maha ADIL... Ada masanya kiter di atas n ada masanya kiter di bawah. betul tak?

Open House & Majlis Bertunang

Actually aku a bit terkilan coz tak dapat menghadirkan diri ke satu pun jemputan baik open house Nuurah, Kak Atie & Marina ataupun menghadirkan diri ke majlis pertunangan Lynn.. mmg a bit terkilan la especially majlis pertunangan tu coz baju semua aku dah prepare tp nak buat camner masa yg aku ada tak mengizinkan. I'm so sorry k kawan2? Nord takleh tetapkan masa.. kalau nord sendiri dapat setkan masa, insyaALLAH nord akan redah jugak kejap. Tapi apakan daya.

Pasal majlis bertunang tu.. actually a bit ada rasa terkilan & 'ketinggalan' pun ada coz tuan empunya diri sendiri pun takde nak inform apa2 to me. Ntahlah may be dia too busy coz yealah banyak benda yg nak di bereskan + may be jugak dia tak nak ganggu aku yg sememangnya dia tahu aku busy. Takpelah what to do... aku kan BUSY! Nak kata aku sengaja tak nak pergi.. takdelah camtu. Punya aku beria carik baju utk menepati tema majlis tu.. tapi akhirnya aku tak dapat join. Nak kata salah aku pun tak.. coz at the first place majlis tu di jadualkan pada 4th Nov tapi perubahan tarikh tak diberitahu. So aku just accept jerla show tu. Anyway CONGRATULATIONS to AZLIN & BOY. I'm so glad finally both of you berjaya jugak mengharungi segala rintangan in your relationship. So nampaknya nord mmg paling last laa kan? Paling bongsu... takpelah.. belum tiba masanya lagi.

Aura Lebaran

Akhirnya penat lelah latihan selama seminggu berakhir semalam. Busy giler aku this week... coz kekadang terkejar2 dengan latihan utk konsert gegak gemilang astro yang akan bermula 11 November ini. Semalam baru jer habis satu show.. but today aku dah start latihan balik. Fuhh...

Ahad
Show semalam habis around 11 something coz dalam jam 12 lebih baru aku dapat sampai kat umah. Jadual semalam kira padat gak ahh.. coz seawal jam 8 pagi aku dah di kejutkan utk sesi latihan 'show tiba2' utk backup Fazley bagi Majlis Rumah Terbuka Jabatan Perdana Menteri kat PWTC. Kul 9 pagi dah start latihan.. jam 11 lebih start make up.. bergegas ke PWTC.. around 4.30 show fazley habis. Aku pun ciao balik umah jap coz penat ooo.. aku ambik keputusan malas nak cuci make up dah.. tak larat nak make up balik. Duduk rileks jap kat umah. Goreng keropok lekor utk bawak ke rtm, then settle goreng keropok aku bergegas ke rtm. Sib baik 'tentera jepun' menyerang.. so takdelah rasa bersalah sangat. Itupun sib baiklah masa berkumpul keep bertukar.. memula jam 2 ptg.. pastu ke 4 ptg.. pastu tup2 jam 6 ptg. Itupun aku takleh make it at 6 dekat rtm sbb kak shikin mintak setiap sorang dancer bawak satu food. kekonon buat cam pot luck makan2 kat rtm.

Sabtu
Ingatkan hari cuti aku boleh la curi masa sikit utk berehat.. bangun lambat ker tapi ternyata hampa. Aku mmg nampak sehingga akhir tahun nie aku takkan dapat peluang mcm tu. Seawal jam 8 aku dah bangun.. kemas bilik skit + basuh baju mana yg patut. Takut tak sempat nak jumpa my parents yg dah sampai KL hari khamis lagi (my mum pun dah sms tanya tak nak jumpa ker?) aku pun bergegas ke damansara.. aku tak sempat nak packing barang show coz today ada full dress rehearsal n part yg paling tak best kena ada kat rtm jam 2 ptg dah. Geram tul aku coz aku dah tak tahu nak bahagikan diri aku nie camner dah.. Byk tempat aku nak kena pergi.. So nak tak nak kena buat kos melepas... nak lepaskan perasaan parents tu cam tak sampai hati... so aku ambik keputusan jenguk my parents coz lagipun akak aku yg sulong sibuk keep calling me tanya nak sampai jam berapa umah dia coz dia mintak tlg make upkan dia yg nak ke majlis high-tea. Sampai damansara around 9. 45 duk lepak jap.. around 11 aku start make-up my sis then 12.30 bergegas aku balik ke umah. Packing barang2 show, sidai baju yg di basuh then terus ke rtm. Penatnya ALLAH jer yg tahu.. Jam 12 tgh malam baru aku boleh sampai kat umah balik... Zzzzzzzzzzzz

Friday, November 3, 2006

Gegar Gemilang

Last nite, after sesi latihan di RTM for Aura Lebaran this Sunday, aku ngan kak ej terus ke Akar Karya Studio coz kawan2 dancer utk road tour astro sedang praktis kat sana. Aku ngan kak ej just nak passkan gambar passport utk buat tag. We all tak dapat join lagi sesi latihan coz dah bertembung dengan latihan show Aura Lebaran tu. So we all akan start latihan kat sana next Monday. tapi b4 this aku dah pernah pergi sesi latihan ini 2 kali.

Sesampainya kat sana, terkejutnya aku coz ramai artis2 yg boleh dikatakan mempunyai nama2 yg besar jugak seperti Anuar Zain, Erra Fazira, Mawi, Zahid, Farah AF2, Farhan, Marsha, Adibah Noor & tak lupa juga Aznil Nawawi.

Terpaksalah join sekejap sesi latihan nie. Ingatkan nak kejap jer.. tup2 terpaksa lama. Tapi oklah boleh berbual jap ngan mawi & zahid. Ada satu incident, aksi yg aznil buat dah menyebabkan aku melatah n from there aznil dah perasan aku nie melatah... dia dah gelakkan aku.. then zahid perasan n dia terus ckp kat aznil.. ha ahh.. dia nie memang. Aduhh... Ada satu ketika aznil sengaja buat aku melatah n kebetulan pulak that time suasana tgh sunyi seketika. Tup2 suara aku jer yg kuar melatah.. aduhh malunya.. sampaikan farah yg duduk sebelah sana tanya.. Saper yg melatah tu?? Aduhhh.. malunya aku...

Tapi syiok rasanya buat show kali nie coz artis2nya boleh dikatakan hebat2 belaka.. Tak sabar rasanya.. tapi dari 7 tempat show ini di adakan.. aku hanya akan buat 4 tempat jer.. yg lain2 aku kena tolak.. coz ada kenduri nur aishah laa, kena make up member kawin la & maybe aku ke sabah.

Hmm... lately aku jiwa kacau. Oh yea lupa nak update.. last monday aku gi jumpa lina sarawak kat klcc. Kebetulan dia ada kat sini n aku pun curi masa lunch la gi jumpa dia. kalau tak jangan harap leh jumpa dia. Dia dengan baby alia n parents dia. Ya ALLAH cutenya anak lina... comeeeelllllll....

Wednesday, November 1, 2006

Gitu-gitu

Just wanna share with you guys... i love this picture so much. Bukan yg gambar aku sorang nie tau.. but gambar aku ngan my daddy nie. Unik kan? Cam zaman dolu2 jerk. For those yg tahu cerita pasal me n my dad satu ketika dulu mesti takkan sangka bila tgk gambar nie. My mum pun tersenyum bila tgk gambar nie. Ahakss..