Monday, November 20, 2006

Gegak Gemilang Tampin

Penatnya hanya ALLAH yang tahu. Kali ini Gegak Gemilang meneruskan rancangannya ke destinasi ke dua iaitu Tampin. Kitaorang di tempatkan di A Famosa Resort. Seperti biasa aku sebilik dengan kak ej. Aktitivi kebanyakkannya sama cam haritu jugak. Cuma kali ini penonton sedikit sporting.

Betul kata kak ej, minggu nie mmg pun aku takleh bergerak bebas sangat. Ada pemerhati. Tapi ada aku kesah?? Ahakss.. Macam2 kes ahh berlaku. Biasalahkan.. even gaduh2 pun.. semua tu satu kenangan manis. Marah2 pun.. ada yg concern, marah2 pun ada yg still duduk kat sebelah gaks. Semakin mesra dengan artis2.. semuanya baik2 belaka. Dah mula bertukar2 no dengan artis gaks. ;) Siapa dia tu? hehehe...

Masih ingat tak aku ceritakan tentang bakat besar musician yg paling kecil tempoh hari? Daniel?? Nampak tak gambar dia kat atas tu? Hehhehe aku berkesempatan bergambar dengan dia.. sib baik dia nak bergambar ngan aku.. sbb kawan2 yg lain nak ambik gambar dia tak nak.. terus blah camtu jer.. eeiii cute tul dia.

Mmg penat involve dengan show outstation camnie. This week bakal menjanjikan kepenatan yg tak terkira. Selain dengan latihan gegak gemilang.. aku ada latihan bersama korie utk show Muzik2 Semi Final back up misha omar. Aku akan bertolak sendiri ke Penang this weekend. Abg korie yg akan hantar ke penang rite after show Misha habis.

No comments: