Wednesday, January 3, 2007

Bye-bye 2006

Alhamdulillah i'm back. Fuhh.. terasa cam baru balik dari percutian yg cukup panjang.. n yes mmg cuti yg panjang jugak.. Semuanya tak di rancang... banyak citer2 yg dah ketinggalan utk aku coretkan di ruang luahan hati aku nie.. even though terlambat... takpelah kan.. semua ini akan jadi catatan n kenangan utk aku..

Banyak benda yg berlaku di saat tirai 2006 di labuhkan n yg paling menyedihkan aku ialah kembalinya arwah datuk kesayangan aku iaitu Mohd Zin bin Ali ke rahmatullah pada 27hb Dec 2006. Berita tu aku dapat ketika aku tgh seronok menghabiskan cuti aku di rumah kakak ku yg sulong. Arwah terbabas ketika memandu kereta dan pengsan.. n sesampainya di hospital terus di masukkan ke ICU. Tak lama selepas itu.. Arwah sudah tidak ada lagi... Al-fatihah...
Terkilan coz tak sempat utk melihat arwah buat kali terakhir n masih terbayang2 kali terakhir aku bertemu dengan dia ialah pada hari raya tempoh hari.. n yg paling terkilan kitaorang tak sempat bergurau senda sangat coz terlalu ramai tetamu ketika itu dan yang paling menyedihkan hati aku coz atuk aku tak sempat nak tgk aku mendirikan rumah tangga coz dia antara orang yg paling bersungguh2 nak lihat aku mendirikan rumah tangga.

"Maafkan nord ki, tak sempat nord capaikan hajat ki.. tapi nord harap ki sentiasa mendoakan nord walaupun dari jauh. Terima kasih yea ki atas segala pertolongan ki selama ini"

Bergegas aku n adik beradik yg lain pulang ke kampung selepas mengetahui berita sedih tu. So.. cuti aku mmg betul panjang kali nie coz aku terus bercuti sehingga raya haji... 1st January baru aku kembali pulang ke kuala lumpur dengan azam baru n semangat baru!!

No comments: