Thursday, May 25, 2006

Nukilan hati seorang sahabat (Abg Man)

(Maaf pada mereka yg tak kelihatan dalam ini filem)

Persahabatan

Persahabatan
jambatan siratulrahim
sesama insan kita jalani
perasaan kasih sayang tulus dan suci
seumpama mengasihi diri sendiri...
Persahabatan murni
milikan bererti
harum mewangi bak aroma kasturi
teman menangis jua ketawa
berada di sisi di saat derita
sedia mendengar sanggup membantu
bermanis muka biarpun hiba
pemberi semangat dan harapan
penawar hati penajam fikiran
menyedarkan kita ketika alpa...
Sahabat sejati
ibarat sebutir bintang begermerlapan
di antara jutaan bintang di langit kelam
Jangan biarkan ia redup peliharalah ia dengan keikhlasan
teguhkan persefahaman binakan ikatan mesra moga ia terus bersinar...
Moga iakan terus bersinar sahabatku...
simpanlah ia sebagai sebuah kenangan....
Tiada lain dapat ku berikan....
Ukhuwah itu indah bila bertemu dan berpisah kerana-NYA....

***********
I'm so touched dengan sajak dari abg man nie. Hope ikatan persahabatan kiter semua akan berkekalan selama-lamanya. I'm happy to have you guys in my life... Thank you friends..

No comments: