Wednesday, August 30, 2006

Malunyaaaaaaaaaaaaaa.................

Inilah pelamin yg siti & datuk K duduk utk sesi bergambar bersama media


Gambar ini dah memalukan aku.. uwaaaaaaaaaa.... Al-kisah aku saje jer nak hantar gambar nie kat salah sorang kawan opis aku.. lelaki. Pastu nama dia lebih kurang sama ngan sorang mamat nie lagi.. n masa aku search aku rasa aku dah click betul pada email yg aku nak.. tapi tup2 rupanya aku tersilap hantar. Aduuhh.. aku tak menyedarinya sehinggalah mamat tu hantar mail balik dengan ayat " nie salah hantar ke apa nie? Hmm.. tapi nak lah jugak duk sebelah!" uwaaaaaaaaa... sebab mail aku tu bertajuk "saper nak duduk sebelah nie?".. Uwaaa.. aku nak gurau ngan kawan K aku nie.. sekali aduhhh.. tgk dah tersilap hantar mail... hampeh tul.

*************************

Alang2 aku dah sebut pasal CT.. Meh aku citer sikit pengalaman berada di salah satu "Wedding of the year" iaitu saper lagi kalau tak majlis perkahwinan antara Siti Nurhaliza & Dato' K. Hmm.. pada aku.. satu jer perkataan yg boleh aku sebut PENAT & RIMAS.. aku penat sbb yealah aku involve hanya untuk part ushering jer tapi nak kena rehearsal sampai 4,5 kali.. hari ahad tu.. one whole day aku kena stay kat klcc convention centre tu.. eeiii.. kitaorang dapat TShirt siti& DK pastu laks hehehe.. dapat tag gambor CT&DK.. ya ALLAH kena pakai seharian lak tu tag tu.. aduuhhh.. tak ku sangka.. hehehee..

Part yg aku suka ialah masa part dapat lihat pelbagai jenis orang dengan pelbagai jenis fesyen yg diperagakan.. aku mula menilik dan menilai.. hehehee.. dapat gak ilham nak buat baju raya tahun nie... Ramai gak artis2 yg datang n aku berkesempatan tgk Kris dayanti secara live, dan ramai lagilah... n tak ketinggalan aku berjumpa dengan sultan muzaffar.. ahaks!!.. hehehehe.. dia pun perasan aku.. hehehee.. Sultan muzaffar nie senior aku masa belajar dulu.. n dia nie pun salah seorang yg terlibat secara serius dalam bidang hiburan nie.. tapi dia punya aspek berbeza ngan aku sikit. Well GOOD LUCK!!!

err.. dah malas laa nak komen apa2 lagi.. tak minat sangat ct sekadar memerhati apa yg berlaku sepanjang rehearsal & hari persandingan. Wedding of the yearlah katakan...

No comments: