Kat atas ialah antara gambar kenagan semasa Anugerah Era last weekend. Tak banyak yg menarik pun cam show yg biasanya jugak tapi yg menarik perhatian aku utk ku khabarkan di sini ialah.. aku perasan cam kaki aku kecik sikit.. hehehehehe.. Yahhhoooooo.... Kalau nak ckp pasal show.. hmmm.. kesimpulannya ok kecuali aku sedikit tak berpuas hati masa lagu Farawahida tu.. sound system malam tu cam sedikit tak memuaskan hati.. end-up dah laa lagu farawahida tu we all hanya ada 8 couting untuk sampai ke tempat masing2 n memulakan tarian.. n disebabkan sound sedikit tak berapa jelas.. dah sedikit kelam kabut semasa permulaan lagu tu.. mmg ketara ahh rasanya kat stadium tapi tak tahulah kat tv macammana. Mmg aku frust giler.. then masa lagu Zahid Wo! tu.. aku mmg cuak giler sbb kena duduk depan... so gabra sioott sbb selama nie ada orang kat depan.. tapi this time takde.. hehehehe..
Kesimpulan show hmmm.. penat ahhh.. sebabnya selepas show anugerah era. Esoknya we all terpaksa datang awal utk praktis step utk Konsert Gemilang malamnya pulak berdasarkan pada lagu2 yg telah memenangi anugerah era mlm sebelumnya.. mmg penat n sedikit cuak yealah especially semasa show mawi.. aku kena buat aksi "chair lift" betul tak eja ek? hehehehe.. chair lift nie aku kena duduk di bahu lelaki n lelaki kena angkat aku. Fuuhhh.. sian abg man kena angkat aku yg berat ini. Hehehehehe.. kesimpulannya oklah.. cuma KEPENATAN yg tak terhingga... sampaikan korang tahu tak.. pagi tadi bangun tido jam berapa?? Haaa.. Jam 9.20 tauuu.. itupun nasib baik eja call.. kalau tak jangan harap aku bangun lagi agaknya.
note:
note:
1. Semasa sesi latihan sempat aku ternampak kelibat Sultan Muzaffar sedang memerhati sesi rehearsal. Tak tahu nape tiba2 aku jadi malu n terus gabra tak tentu pasal. hahahahhaa... bodoh!
2. Ada beberapa kejadian mencuit hati berlaku tapi biarlah aku simpan sebagai kenangan sendiri sahaja. Hehehehehe.
Ciao!
No comments:
Post a Comment