Semalam berlangsungnya sesi berbuka puasa geng adikBeradik kat rumah etty. Hehehehe port biasa.Kali nie kitaorang buat sesi pot luck, masing2 bawak food. Aku as usual di minta utk bawak ikan bilis cili padi.. fuuuhhh licin bebb... sian sarah & etty yg makan last dapat rasa sikit jer.. dah tinggal sisa2.
Lepas majlis berbuka puasa.. selepas masing2 dah menunaikan solat maghrib.. kitaorang tiba buat meeting tergempar pasal sesi cuti2 adikberadik ke langkawi tahun depan.
Gambar kat sebelah adalah antara gambar2 yg sempat di snap semasa sesi meeting. Kali ini pengarah projek ialah boy. Macam2 aktiviti yg kitaorang plan nak buat macam enjoy jer. Siap diaorang kosongkan tempat satu utk 'seseorang' yg tak tahu akan ada ker tak by that time. Hahahhaa.. siot jer dioarang nie tau.. tapi kalau that time aku tak dapat cari lagi bf.. aku boleh ajak jer saper2 kan? hehehehehee.....tapi boy bising.. dia tak kasi aku bawak saper2 sbb dia dah seronok dah katanya ada 2 puteri yg akan teman dia.. hampehh.. hahahahaha... aku banyak mendiamkan diri coz kalau takde aral melintang.. insyaALLAH aku dapat peluang ke oversea.. takutnya nak bagitahu diaorang nie coz itupun semalam diaorang dah bising.. apa2 show yg bakal aku terima ketika itu.. aku kena batalkan. Aku betul2 hope tarikhnya berlainan.. janganlah bertembung.. tapi masalahnya bimbang cuti jer laa.. Bos lepas ke tidak...
Anyway bila kitaorang berbincang pasal aktiviti kat sana.. aku cam tak sabar jer nak pergi sana... mesti enjoy kan?
No comments:
Post a Comment