Anyway aku just nak wish Happy Belated Birthday to Lee Choo Koi (betul tak eja nama nie ek) aka Korie. InsyaALLAH tak lama lagi nama tu akan bertukar.. Congratulations abg korie. Anyway before that just wanna wish you Happy Belated Birthday, 11th Nov that day. Sorry tak dapat nak buat surprise coz that time we all outstation kat Batu Pahat. Skrg pun masih busy dengan latihan.. nantilah ek.. kiter buat belated ker k?
The most beautiful thing in life cannot be seen or touched, they must be felt with the heart
Wednesday, November 15, 2006
Happy Belated Birthday!
Anyway aku just nak wish Happy Belated Birthday to Lee Choo Koi (betul tak eja nama nie ek) aka Korie. InsyaALLAH tak lama lagi nama tu akan bertukar.. Congratulations abg korie. Anyway before that just wanna wish you Happy Belated Birthday, 11th Nov that day. Sorry tak dapat nak buat surprise coz that time we all outstation kat Batu Pahat. Skrg pun masih busy dengan latihan.. nantilah ek.. kiter buat belated ker k?
isd-get-together
semalam got isd-get-together makan2. Sempena ada a few staff yg akan transfer building n jugak merangkap makan2 utk hari raya. Kecoh ahh makan2 semalam dengan gelagat kakak2 kat sini. Diaorang nie semua giler2. Diaorang tak puas hati tu setiap gambar aku, diaorang ckp pose bukan main lagi. hehehehe nak buat camner.. dah terbiasa... aku rasa aku pose biasa jerk. Bos2 lelaki tak best.. tak sporting... Tgklah kalau rajin nanti aku update gambar2 lain dalam fotopages.. La nie busy skit ahh kat opis nie.. ini terlepas dalam membebel pun sbb bos tarak.. mana pi tak tau.. tak nampak lagi harinie. Missing in Action. Again????Tuesday, November 14, 2006
Gegak Gemilang Part 2
Seawal jam 2 aku dah sampai kat perkarangan Astro. Aku mintak tolong is hantarkan aku ke sana n merangkap tlg jaga keter aku since bimbang aku nak park kat luar astro tu. Kalau ikutkan jadual, bas akan bertolak jam 2 ptg. Tapi biasalah kan? janji melayu.. artis2 semua pun sampai jam berapa?. Last2 we all bertolak dalam jam 3.30ptg.
Sepanjang perjalanan aku tido. Aku terjaga pun time bas berhenti di salah satu R&R then sambung tido sehinggalah sampai ke bandar batu pahat dalam jam 7.30mlm. Oh yea lupa nak aku citerkan.. we all semua di jaga ketat dengan sekumpulan event Marshall.. fuuhh nak gi toilet pun ada orang 'escot' tau.. Abg2 nie semuanya badan macam body builder.. besar2 semuanya. hehehehe...
Sesampainya di sana, we all letak jer barang then kena berkumpul utk makan malam. After makan malam terus kena berkumpul utk ke tapak karnival utk sesi rehearsal. Masa ni sakit hati gak ah.. sbb sound check semua, ada meeting semua dengan semua artis.. tup2 rehearsal bermula dekat jam 12 mlm. Itupun they all tak dapat buat full rehearsal sbb dah terlalu lewat. Artis2 pun semua nampaknya dah penat. Yealah penat menunggu. End-up we all balik jam 1 lebih dekat jam 2. Sampai hotel aku baru jer nak terlelap our manager, Mok sms cakap dia pergi cari nasi goreng. Aku tido jap n pesan pada kak ej if nasi goreng sampai kejutkan aku makan. hehehee.. makan gak tu.. ahaksss.. Yang kelakarnya masa makan.. tgh aku mamai n makan nasi goreng tu.. dengan baju tido suar pendek semua tu.. tup2 zimi one of the Sofaz punya team member datang bertandang ke bilik kitaorang.. alah bilik diaorang pun selang sebilik jer.. coz depan bilik aku ngan kak ej, bilik yazer. Duk lepak borak2... aku tak dapat habiskan nasi tu.. then zimi yg habiskan.. hehehe.. tapi terkejut gak ahh aku sbb suar tido aku tu mmg pendek... tak berganjak aku dari tempat duduk tu.. sampailah dia balik ke bilik jap ambik barang then bergegas aku pergi sarung suar panjang. hehehee... Kitaorang borak2 sampai jam 3 lebih kot, then zimi pun balik. Aku pun tido... Aku tak tahulah kak ej tido jam berapa tapi yg pasti aku yg selamat dulu...
Sabtu
Habis show dalam jam 11 lebih. Ramai giler orang dah menunggu2 artis kat belakang. Dengar jugak suara2 yg ckp 'dancer mmg best!'. Hehehee.. tak tahulah tu kan? Balik bilik terus we all pergi makan supper.. sampai2 sana.. ada beberapa artis karnival yg belah petang duk melepak makan. Termasuklah budak2 sofaz nie.. diaorang nampak aku terus panggil.. Tak lama makan sbb tak sabar nak balik mandi.. After makan2 aku ngan kak ej balik bilik.. mandi & terus packing balik barang2 show tadi. Budak2 sofaz ajak we all lepak kat blik diaorang main PS2.. after dah settle everything.. aku ngan kak ej pun pergilah bilik diaorang.. borak2, lepak makan maggie & main PS2. Amir sofaz buatkan air utk aku tau.. hahahahaa... Jam 5 pagi baru masing2 kepenatan. Aku ngan kak ej balik blik then terus tido..
Sunday
note: kak ej ada sound aku.. "i nak tgk jer u camner minggu depan.. mak guard ker pak guard ker.." hehehe.. sbb minggu depan nie is akan join the show sekali. Hahahaha... matilah aku mesti ada yg gaduh lagi nie.. sbb zimi rapat dengan aku & ada one of the bodyguard pun ada yg mengusik aku. Kwang kwang kwang... tunggu dan lihat jerlaa.. kejadian di sarawak mungkin berulang....
Monday, November 13, 2006
Gegak Gemilang Batu Pahat
This time tak banyak ambik gambar.. Sbb banyak masa lagi leh lepak dengan diaorang tu. Tapi aku teruja ambik gambar budak yg cute nie. Aku betul2 terpegun dengan bakat yg dia ada. Kenalkan daniel anak kepada music director malam tu.. Zainal. Pemalu betul dia nie bila tahu orang nak ambik gambar dia.. dia palingkan kepala kat lain.. tapi gambar last tu.. pujuk punya pujuk akhirnya dia berikan pose yg cukup baik. Thanks daniel.One day jika diizinkan ALLAH.. if aku ada anak.. aku akan hantar anak aku main music macam nie. ;)
Thursday, November 9, 2006
::Buzzy me::
Well, aku pun pernah bebelkan rite after show Aura Lebaran haritu, tanpa ada masa rehat.. aku dah start latihan utk Gegak Gemilang laks... baru aku tahu semalam.. mmg ianya show astro tapi bukan astro yg handle event nie.. astro telah serahkan pada event management yg lakukan. Boleh tahan nampak kelam kabut tak macam biasa yg pernah buat dengan astro. Semua last minit...
Bayangkan sepanjang minggu nie.. everyday aku akan sampai kat rumah dalam jam 1 lebih pagi. Semalam paling worst aku sampai umah nearly jam 3 pagi. Coz habis jer full dress rehearsal kat dewan sivik mbpj semalam dalam jam 2. Aku kena hantar kak ej balik kat pandan indah dulu.. perut pun lapar giler.. nak tak nak aku berhenti beli burger kat tepi jalan. End-up aku sampai umah dekat2 jam 3 pagi. Dah la semalam sbb penat giler.. aku masuk office pun jam 11.30 pagi. Tadipun nak tak nak aku kena push diri bangun. Itupun kira lambat gak masuk office coz sampai office around 9.30pagi.
Esok aku halfday kerja. Jam 2 ptg dah nak kena ada kat astro utk bertolak ke Batu Pahat.. Hopefully minggu depan takdelah aku buat perangai camnie lagi kat office. Dah rasa bersalah giler nie... ;)
Happy 5th Anniversary
Bermula dengan seorang web administrator di AmAssurance, kemudian menjadi Analyst programmer utk Team Website kat AmBank nie, sekarang aku bergerak masuk ke alam baru menjadi seorang analyst/planner di IT Department. Hehehee.. kekonon nak lari dari buat programming la nie. Job scope aku dah more to management things la.. banyak kena buat presentation slide utk big2 bos, kena analyst data utk tentukan hala tuju AmBank. Monitor project2 yg AmBank dah plan. Hehehee tu yg selalu gak gaduh ngan bos nie sbb suka bagi kije last minit. Hahahaha...
Menari? hehehehe.. itu part time jer. Hanya utk suka2 jer. Lagipun aku meminati seni. Better for me to join this kind of activity rite? daripada aku habiskan masa dengan aktiviti2 yg tak senonoh. Lagipun dapat income. InsyaALLAH jika di izinkan ALLAH aku nak bukak business yg melibatkan seni gaks.. Tgklah macam mana... perancangan tu ada tapi modalnya ngak ada dong.. hehehehe... Baru2 nie masa duk lepak kat Akar Karya Studio milik sheila majid & acis (alahaii cutenya dia nie...) tiba2 aku teringat pada cita2 aku with someone satu ketika dahulu. Nak bukak satu studio yg menempatkan studio rakaman, jamming & studio menari. InsyaALLAH satu hari jika diizinkan ALLAH akan aku teruskan cita2 tu.
Anyway.. Happy 5th Anniversary to me! Thanks ALLAH...
Monday, November 6, 2006
Jiwa kacau
Hmmm... Ntahlah... Aku pun tak faham.. People can see i'm smiling, people can see i'm laughing but do they know deep inside my heart? How i feel? What i face? Maybe some of them tahu coz tak ramai yg tahu pun masalah yg aku face sekarang nie but i dun think so they can understand. Aku tak salahkan diaorang pun kalau tak faham coz i just need their support.. So far alhamdulillah my parents amat memahami, kakak2 & adik2 semua. I love you all. Thanks... So far my 2nd sister la tempat aku luahkan apa yg terbuku dalam hati ni. Kekadang sambil luahkan perasaan tu bergenang2 air mata nie.
Tapi sib baik gak aku busy kan? At least aku dapat membusykan diri nie so tak sempat la nak melayan perasaan sangat. Takpelah.. slowly rite? Aku tahu aku kuat.. dah macam2 aku face before this. Fitnah & penghinaan, semua dah aku lalui. Semua tu asam garam kehidupan kan? Tapi even sometimes aku menangis, ada masanya aku pun happy... Aku tahu n yakin ALLAH itu Maha ADIL... Ada masanya kiter di atas n ada masanya kiter di bawah. betul tak?
Open House & Majlis Bertunang
Pasal majlis bertunang tu.. actually a bit ada rasa terkilan & 'ketinggalan' pun ada coz tuan empunya diri sendiri pun takde nak inform apa2 to me. Ntahlah may be dia too busy coz yealah banyak benda yg nak di bereskan + may be jugak dia tak nak ganggu aku yg sememangnya dia tahu aku busy. Takpelah what to do... aku kan BUSY! Nak kata aku sengaja tak nak pergi.. takdelah camtu. Punya aku beria carik baju utk menepati tema majlis tu.. tapi akhirnya aku tak dapat join. Nak kata salah aku pun tak.. coz at the first place majlis tu di jadualkan pada 4th Nov tapi perubahan tarikh tak diberitahu. So aku just accept jerla show tu. Anyway CONGRATULATIONS to AZLIN & BOY. I'm so glad finally both of you berjaya jugak mengharungi segala rintangan in your relationship. So nampaknya nord mmg paling last laa kan? Paling bongsu... takpelah.. belum tiba masanya lagi.
Aura Lebaran
Akhirnya penat lelah latihan selama seminggu berakhir semalam. Busy giler aku this week... coz kekadang terkejar2 dengan latihan utk konsert gegak gemilang astro yang akan bermula 11 November ini. Semalam baru jer habis satu show.. but today aku dah start latihan balik. Fuhh...Ahad
Show semalam habis around 11 something coz dalam jam 12 lebih baru aku dapat sampai kat umah. Jadual semalam kira padat gak ahh.. coz seawal jam 8 pagi aku dah di kejutkan utk sesi latihan 'show tiba2' utk backup Fazley bagi Majlis Rumah Terbuka Jabatan Perdana Menteri kat PWTC. Kul 9 pagi dah start latihan.. jam 11 lebih start make up.. bergegas ke PWTC.. around 4.30 show fazley habis. Aku pun ciao balik umah jap coz penat ooo.. aku ambik keputusan malas nak cuci make up dah.. tak larat nak make up balik. Duduk rileks jap kat umah. Goreng keropok lekor utk bawak ke rtm, then settle goreng keropok aku bergegas ke rtm. Sib baik 'tentera jepun' menyerang.. so takdelah rasa bersalah sangat. Itupun sib baiklah masa berkumpul keep bertukar.. memula jam 2 ptg.. pastu ke 4 ptg.. pastu tup2 jam 6 ptg. Itupun aku takleh make it at 6 dekat rtm sbb kak shikin mintak setiap sorang dancer bawak satu food. kekonon buat cam pot luck makan2 kat rtm.
Sabtu
Ingatkan hari cuti aku boleh la curi masa sikit utk berehat.. bangun lambat ker tapi ternyata hampa. Aku mmg nampak sehingga akhir tahun nie aku takkan dapat peluang mcm tu. Seawal jam 8 aku dah bangun.. kemas bilik skit + basuh baju mana yg patut. Takut tak sempat nak jumpa my parents yg dah sampai KL hari khamis lagi (my mum pun dah sms tanya tak nak jumpa ker?) aku pun bergegas ke damansara.. aku tak sempat nak packing barang show coz today ada full dress rehearsal n part yg paling tak best kena ada kat rtm jam 2 ptg dah. Geram tul aku coz aku dah tak tahu nak bahagikan diri aku nie camner dah.. Byk tempat aku nak kena pergi.. So nak tak nak kena buat kos melepas... nak lepaskan perasaan parents tu cam tak sampai hati... so aku ambik keputusan jenguk my parents coz lagipun akak aku yg sulong sibuk keep calling me tanya nak sampai jam berapa umah dia coz dia mintak tlg make upkan dia yg nak ke majlis high-tea. Sampai damansara around 9. 45 duk lepak jap.. around 11 aku start make-up my sis then 12.30 bergegas aku balik ke umah. Packing barang2 show, sidai baju yg di basuh then terus ke rtm. Penatnya ALLAH jer yg tahu.. Jam 12 tgh malam baru aku boleh sampai kat umah balik... Zzzzzzzzzzzz
Friday, November 3, 2006
Gegar Gemilang
Last nite, after sesi latihan di RTM for Aura Lebaran this Sunday, aku ngan kak ej terus ke Akar Karya Studio coz kawan2 dancer utk road tour astro sedang praktis kat sana. Aku ngan kak ej just nak passkan gambar passport utk buat tag. We all tak dapat join lagi sesi latihan coz dah bertembung dengan latihan show Aura Lebaran tu. So we all akan start latihan kat sana next Monday. tapi b4 this aku dah pernah pergi sesi latihan ini 2 kali.Sesampainya kat sana, terkejutnya aku coz ramai artis2 yg boleh dikatakan mempunyai nama2 yg besar jugak seperti Anuar Zain, Erra Fazira, Mawi, Zahid, Farah AF2, Farhan, Marsha, Adibah Noor & tak lupa juga Aznil Nawawi.
Terpaksalah join sekejap sesi latihan nie. Ingatkan nak kejap jer.. tup2 terpaksa lama. Tapi oklah boleh berbual jap ngan mawi & zahid. Ada satu incident, aksi yg aznil buat dah menyebabkan aku melatah n from there aznil dah perasan aku nie melatah... dia dah gelakkan aku.. then zahid perasan n dia terus ckp kat aznil.. ha ahh.. dia nie memang. Aduhh... Ada satu ketika aznil sengaja buat aku melatah n kebetulan pulak that time suasana tgh sunyi seketika. Tup2 suara aku jer yg kuar melatah.. aduhh malunya.. sampaikan farah yg duduk sebelah sana tanya.. Saper yg melatah tu?? Aduhhh.. malunya aku...
Tapi syiok rasanya buat show kali nie coz artis2nya boleh dikatakan hebat2 belaka.. Tak sabar rasanya.. tapi dari 7 tempat show ini di adakan.. aku hanya akan buat 4 tempat jer.. yg lain2 aku kena tolak.. coz ada kenduri nur aishah laa, kena make up member kawin la & maybe aku ke sabah.
Hmm... lately aku jiwa kacau. Oh yea lupa nak update.. last monday aku gi jumpa lina sarawak kat klcc. Kebetulan dia ada kat sini n aku pun curi masa lunch la gi jumpa dia. kalau tak jangan harap leh jumpa dia. Dia dengan baby alia n parents dia. Ya ALLAH cutenya anak lina... comeeeelllllll....
Wednesday, November 1, 2006
Gitu-gitu
Just wanna share with you guys... i love this picture so much. Bukan yg gambar aku sorang nie tau.. but gambar aku ngan my daddy nie. Unik kan? Cam zaman dolu2 jerk. For those yg tahu cerita pasal me n my dad satu ketika dulu mesti takkan sangka bila tgk gambar nie. My mum pun tersenyum bila tgk gambar nie. Ahakss.. Tuesday, October 31, 2006
Raya 2006

This is the latest picture of my family. Punyalah susah tau nak dapatkan gambar nie. Especially nak buat budak2 nie duduk diam. Alhamdulillah raya tahun nie meriah dari last year.. Yealah coz this year semua dapat berkumpul di pagi raya. Tapi yang penatnya akulah di pagi raya tu.. dah beratur kakak2 n adik minta di make-up kan.
Eh.. ada kije nak kena siapkan.. nantilah aku update kemudian.. bising lak bos aku nanti. ahakss..
****updated****
Fuhh.. 2 hari start kerja.. banyak pulak kerja yg perlu di settlekan. Ini pun curi masa jap bos half day, so i take this chance to update my blog. Raya cam biasa n this year pun alhamdulillah adikberadik semua dapat berkumpul + ramai jugaklah yg datang beraya especially masa Open House. Sampai ke malam laa tetamu yg datang.
1st Raya seperti biasa selepas sembahyang raya, kitaorang semua berkonvoi ke Kuala Terengganu balik kampung belah my mum. Beraya bersama atok n nenek. Kebetulan masa sampai sana.. semua adikberadik my mum pun ada.. meriah laa suasana. Sanak saudara pun ramai yg datang. Tak lama barulah we all bergerak ke rumah saudara mara yang lain. Atok n nenek belah my dad dah takde.
2nd Raya my parents buat open house. Saudara mara, kawan2 my parents, kawan2 adik ramailah yg datang.
Tapi yg bosannya akulah.. kawan2 satu kampung dah tinggal beberapa kerat jer. Terus teringat kawan2 kat KL, Yealah masing2 still ingat my parents kat KL n sibuk sms tanya bila open house coz nak datang raya. Yang kelakarnya korie pun sama.. siap call aku ckp nak datang umah coz dia ingatkan rumah aku kat KL. Hampeh.. dah sah2 masa aku bertolak dari KL that day aku dah bagitahu i'm going back to Terengganu. Kerja aku kat umah.. balik2 aku layan karaoke.. sometimes melayan my dad berkaraoke. Siap berduet tu lagu Jangan Pisahkan. Ahaksss... itu jerlah kerja aku masa hari raya tempoh hari. 3rd day tu adalah aku keluar seperti biasa bersama kawan, zepi, jang, mustapha & izzie. Kitaorang meronda rumah rakan2 yg terdekat.
Raya ke 4, Adik Beradik my dad lak datang serang rumah.. Hahahaa.. yg bestnyakan.. semua ckp aku dah kurus!! Ahakssss... yeayyyy.....
Raya ke 5, Aku dah balik KL dah.. seawal jam 10.45 pagi aku bertolak dari rumah. Alhamdulillah semuanya selamat.
Friday, October 20, 2006
Dah kuruskah aku?
Tapi aku suka camnie.. Aku nak kurus.. tak nak laa berisi cam b4 this.. nak menari pun berat tau. Even kak ej pun pesan. You jangan kurus lagi.. nanti buruk sangat rupanya. Hmm.. aku pun rasa camtu.. taknak laa kurus giler2.. cukuplah badan sedap2 mata memandang.. hehehehee... kang kalau kurus sangat pakai baju apa pun dah tak cantik & dah tak seksi.. Hahahahha.. auuwww... Kalau berisi ni susah.. kalau masuk tv orang tgk cam tembam semacam jer... Cam my mum ckp.. sedara mara kat kampung duk sound kata aku nampak gemuk. Tapi my mum ckp.. takdelah dia takdelah gemuk. Hehehee.. aku tersenyum jer dengar ayat from my mum.. tapi aku sempat pesan kat my mum.. takpeeee... nanti depa tgklah masa raya. Ahaksss...
Tapi hopefully janganlah sbb bulan pose nie jer.. hehehee... Baju2 raya aku pun semua aku kena 'edit' balik. hehehee.. kena kecikkan... auww...
Hmm.. apa lagi aku nak bebelkan ek? Dah takde mood langsung nak buat kije nie.. masing2 dah mood raya.
My first sister dah on the way balik kampung dah. Rasanya dah nak sampai kot dia.. My 2nd sister dengarnya plan nak balik esok. Aku?? Hehehehe.. aku akan balik on sunday maybe tengah hari kot. InsyaALLAH... So, setakat ini jelah dulu bebelan aku sebelum hari raya nie... See you again after hari raya dengan bebelan yg ntah ke apa2 ntah lagi...
Thursday, October 19, 2006
Happy Birthday Nuurah.
Amin ya rabbal alamin.
note : To CT Azlina.. hehehee.. thanks for your kad raya. Baru dapat harinie...
Penat...
Tuesday, October 17, 2006
Shopping raya!
Td aku baru balik dari klcc ngan kak has.. survey kasut2 yg ada.. Sedih sangat rasanya coz mana2 kasut yg tangan ini capai.. harganya mesti RM200+ ke atas.. aduuhhhh.... tensionnya... paling murah yg aku pegang pun harga dia RM99. Camner nie? Inilah masalah aku sebenarnya...
Klah.. nanti hari khamis aku update apa yg berlaku.. hehehehe... excited lak rasanya... ciao
Monday, October 16, 2006
-Luahan hati-
Aku tahu sesetengah orang takkan memahami sehinggalah diaorang berada di tempat aku. Lalui apa yg aku lalui.. Tapi apapun semua ini kehendak hati aku kan? Aku happy dengan cara ini... walaupun penat but then aku happy dengan kepenatan aku. Cam kata sultan muzaffar.. AKU PUAS... ahakss.. kepuasan hati laa.. sbb orang lain takkan happykan diri kiter melainkan diri kiter sendiri yg happykan diri kiter kan? betul tak?
Sometimes aku tak tahu camner nak explain pada kawan2 tentang kesibukan aku dan jugak keseronokan aku melalui pengalaman ini. Mmg ada masanya aku mengeluh.. tapi aku buat jugakkan? berhenti?? bukan tak pernah aku fikirkan... pernah.. cuma belum sampai masanya lagi. InsyaALLAH suatu hari nanti.. Pada mereka yg berdarah seni mungkin faham.. tapi pada mereka yg tidak.. aku tak menyalahkan mereka..
Sesi Berbuka Puasa AdikBeradik
Semalam berlangsungnya sesi berbuka puasa geng adikBeradik kat rumah etty. Hehehehe port biasa.Kali nie kitaorang buat sesi pot luck, masing2 bawak food. Aku as usual di minta utk bawak ikan bilis cili padi.. fuuuhhh licin bebb... sian sarah & etty yg makan last dapat rasa sikit jer.. dah tinggal sisa2.
Lepas majlis berbuka puasa.. selepas masing2 dah menunaikan solat maghrib.. kitaorang tiba buat meeting tergempar pasal sesi cuti2 adikberadik ke langkawi tahun depan.
Gambar kat sebelah adalah antara gambar2 yg sempat di snap semasa sesi meeting. Kali ini pengarah projek ialah boy. Macam2 aktiviti yg kitaorang plan nak buat macam enjoy jer. Siap diaorang kosongkan tempat satu utk 'seseorang' yg tak tahu akan ada ker tak by that time. Hahahhaa.. siot jer dioarang nie tau.. tapi kalau that time aku tak dapat cari lagi bf.. aku boleh ajak jer saper2 kan? hehehehehee.....tapi boy bising.. dia tak kasi aku bawak saper2 sbb dia dah seronok dah katanya ada 2 puteri yg akan teman dia.. hampehh.. hahahahaha... aku banyak mendiamkan diri coz kalau takde aral melintang.. insyaALLAH aku dapat peluang ke oversea.. takutnya nak bagitahu diaorang nie coz itupun semalam diaorang dah bising.. apa2 show yg bakal aku terima ketika itu.. aku kena batalkan. Aku betul2 hope tarikhnya berlainan.. janganlah bertembung.. tapi masalahnya bimbang cuti jer laa.. Bos lepas ke tidak...
Anyway bila kitaorang berbincang pasal aktiviti kat sana.. aku cam tak sabar jer nak pergi sana... mesti enjoy kan?
Friday, October 13, 2006
Konsert Pop Yea-yeah Raya
Semalam aku tak dtg kije . Aku tak sihat.. Aku tido jer.. Bos sms tanya pun aku tak jawab.Last Tuesday.. berakhirnya saat kesibukan aku utk bulan ramadhan ini... Alhamdulillah.. aku seronok sangat sbb akhirnya aku akan ada masa utk berehat. Dahlah tak berapa sihat nie.. sib baik gak time nie aku ber'cuti' puasa. InsyaALLAH esok atau lusa kot aku akan berpuasa balik.
Harinie tak berapa sihat gak lagi. Tapi aku gagahkan jugak diri ke tempat kerja. Kakak2 kat sini tadi ckp.. kalau dah tak sihat tu ambiklah lagi MC.. tapi aku tak nak ahh.. malasss.. cukuplah ubat yg doktor kasi 2 hari lepas.
Masa konsert pop yea yeah tu.. Mama ada datang ngan auntie sebelah umah dia... baby pun ada sekali. Hehehehe.. malunya aku rasanya.. memula aku ingat tak datang.. tapi mama siap melambai2 tangan dia kat aku.. terus aku jadi gabra semacam jer.. hehehehe.. Sib baiklah shooting tu tak melarat sampai ke 2,3 pagi.. n show lak cam running show biasa takde sebarang ulangan.. alhamdulillah... hehehehe...
Zahid ada utk show ni.. Yang kelakar masa part sesi latihan a day b4 tu. Aku tak nampak langsung kelibat zahid n dia hanya muncul bila nak nyanyi.. dia pun tak tahu akan ada dancer utk back-up dia. Sekali masa nak ending song tu.. barulah dia berpaling utk ada eye contact ngan dancer.. sekali time tu aku tgh pandang dia.. n dia lak pusing ke arah aku.. n dia boleh buat muka terkejut sbb nampak aku.. hahahaha.. aku pun gelak. Tapi selepas tu.. pantang nampak aku jer dia akan cucuk aku sbb dia mmg tahu aku nie melatah.. ahaksss..
