Tuesday, October 31, 2006

Raya 2006


This is the latest picture of my family. Punyalah susah tau nak dapatkan gambar nie. Especially nak buat budak2 nie duduk diam. Alhamdulillah raya tahun nie meriah dari last year.. Yealah coz this year semua dapat berkumpul di pagi raya. Tapi yang penatnya akulah di pagi raya tu.. dah beratur kakak2 n adik minta di make-up kan.

Eh.. ada kije nak kena siapkan.. nantilah aku update kemudian.. bising lak bos aku nanti. ahakss..

****updated****

Fuhh.. 2 hari start kerja.. banyak pulak kerja yg perlu di settlekan. Ini pun curi masa jap bos half day, so i take this chance to update my blog. Raya cam biasa n this year pun alhamdulillah adikberadik semua dapat berkumpul + ramai jugaklah yg datang beraya especially masa Open House. Sampai ke malam laa tetamu yg datang.

1st Raya seperti biasa selepas sembahyang raya, kitaorang semua berkonvoi ke Kuala Terengganu balik kampung belah my mum. Beraya bersama atok n nenek. Kebetulan masa sampai sana.. semua adikberadik my mum pun ada.. meriah laa suasana. Sanak saudara pun ramai yg datang. Tak lama barulah we all bergerak ke rumah saudara mara yang lain. Atok n nenek belah my dad dah takde.

2nd Raya my parents buat open house. Saudara mara, kawan2 my parents, kawan2 adik ramailah yg datang.
Tapi yg bosannya akulah.. kawan2 satu kampung dah tinggal beberapa kerat jer. Terus teringat kawan2 kat KL, Yealah masing2 still ingat my parents kat KL n sibuk sms tanya bila open house coz nak datang raya. Yang kelakarnya korie pun sama.. siap call aku ckp nak datang umah coz dia ingatkan rumah aku kat KL. Hampeh.. dah sah2 masa aku bertolak dari KL that day aku dah bagitahu i'm going back to Terengganu. Kerja aku kat umah.. balik2 aku layan karaoke.. sometimes melayan my dad berkaraoke. Siap berduet tu lagu Jangan Pisahkan. Ahaksss... itu jerlah kerja aku masa hari raya tempoh hari. 3rd day tu adalah aku keluar seperti biasa bersama kawan, zepi, jang, mustapha & izzie. Kitaorang meronda rumah rakan2 yg terdekat.

Raya ke 4, Adik Beradik my dad lak datang serang rumah.. Hahahaa.. yg bestnyakan.. semua ckp aku dah kurus!! Ahakssss... yeayyyy.....

Raya ke 5, Aku dah balik KL dah.. seawal jam 10.45 pagi aku bertolak dari rumah. Alhamdulillah semuanya selamat.

Friday, October 20, 2006

Salam AidilFitri


To all my dear friends...

Dah kuruskah aku?

Hehehehee... topik kali nie menarik jer kan? Hahahahaa.. Hmm tapi buat masa sekarang.. if aku jumpa saper2 pun itulah ayat yg akan keluar dari mulut diaorang. Especially kakak2 kat sini.. diaorang ckp aku dah tak cantik.. kalau dulu seksi jer.. sekarang dah kurus.. nampak ketara sangat kata diaorang. Bayangkan ini kakak2 yang tgk.. kiranya ini pandangan orang perempuan. Kalau lelaki aku tak tahulah.. Tapi bila diaorang duk ckp camnie.. barulah aku tahu yg b4 this aku di perhatikan jugak oleh kakak2 ini. Ahakss..

Tapi aku suka camnie.. Aku nak kurus.. tak nak laa berisi cam b4 this.. nak menari pun berat tau. Even kak ej pun pesan. You jangan kurus lagi.. nanti buruk sangat rupanya. Hmm.. aku pun rasa camtu.. taknak laa kurus giler2.. cukuplah badan sedap2 mata memandang.. hehehehee... kang kalau kurus sangat pakai baju apa pun dah tak cantik & dah tak seksi.. Hahahahha.. auuwww... Kalau berisi ni susah.. kalau masuk tv orang tgk cam tembam semacam jer... Cam my mum ckp.. sedara mara kat kampung duk sound kata aku nampak gemuk. Tapi my mum ckp.. takdelah dia takdelah gemuk. Hehehee.. aku tersenyum jer dengar ayat from my mum.. tapi aku sempat pesan kat my mum.. takpeeee... nanti depa tgklah masa raya. Ahaksss...

Tapi hopefully janganlah sbb bulan pose nie jer.. hehehee... Baju2 raya aku pun semua aku kena 'edit' balik. hehehee.. kena kecikkan... auww...

Hmm.. apa lagi aku nak bebelkan ek? Dah takde mood langsung nak buat kije nie.. masing2 dah mood raya.
My first sister dah on the way balik kampung dah. Rasanya dah nak sampai kot dia.. My 2nd sister dengarnya plan nak balik esok. Aku?? Hehehehe.. aku akan balik on sunday maybe tengah hari kot. InsyaALLAH... So, setakat ini jelah dulu bebelan aku sebelum hari raya nie... See you again after hari raya dengan bebelan yg ntah ke apa2 ntah lagi...

Thursday, October 19, 2006

Happy Birthday Nuurah.

Today is ur day.. To Alizatul Nuurah.. Happy Birthday. Dapat tak my sms last nite? Anyway Happy Birthday.. Semoga panjang umur, murah rezeki & di berkati hidup dunia akhirat. Semoga nuurah sentiasa bergembira di samping Suami (adam) & anak2 yang tersayang...

Amin ya rabbal alamin.

note : To CT Azlina.. hehehee.. thanks for your kad raya. Baru dapat harinie...

Penat...

Semalam aku gi shopping baju raya utk my daddy & my little bro. Alhamdulillah dah dapat akhirnya.. 2 pasang baju melayu kat butik Den Wahab. Fuhhh sakit gak ahh nak membayar tu... takpelah sekali sekala kan? Tiba2 lak aku berniat nak hadiahkan my daddy baju melayu tahun nie.. Tapi semalam tak sempat mana nak gi shopping raya pun.. sempat gi ambik baju2 raya aku kat damansara + gi beli baju utk my daddy & little bro jer.
Aku ada 2 hari jer lagi utk cari apa2 yg patut b4 raya. Coz i'm going back to terengganu on sunday. Tadi pun aku sempat gi survey CD karaoke utk bawak balik n berkaraoke kat rumah nanti. Aku siap belikan CD lagu pop yea yeah tuk my daddy.. hehehehee...
Semlm gak my mummy ada sms bagitahu yg kitaorang akan buat open house on 2nd day tu. Satu yg aku bimbangkan takut is datang. Bukan tak nak kasi dia datang but then aku kesian.. jauhhhh... dia tu dah la bawak keter macam lipas kudung. Dari haritu lagi dia tanya aku my mum buat open house bila? masa tu aku dah terdetik dah.. Nape tanya? nampak cam nak datang jer.. but that time mmg aku jawab dunno since mmg aku tak tahu. Oklah fine.. but suddenly semalam masa dalam kereta.. zepi ada call n aku terckp kuat pada zepi... yg my mum ada buat open-house. So nak tak nak i have to bagitahu la kan? Last 3 or 4 years dia pernah datang.. tapi masa tu rumah kat kemaman.

Tuesday, October 17, 2006

Shopping raya!

Esok aku ambik leave sbb nak gi shopping baju melayu utk daddy aku & adik aku. Tahun nie aku sponsor baju melayu utk diaorang.. tapi utk my daddy tu.. SURPRISE!!... dia tak tahu menahu pun.. Esok is akan bawak aku gi survey baju melayu, yealah coz aku tak tahu mana nak cari baju melayu yg ok. After that may be aku akan gi tgk kasut utk aku lak + pi kutip baju2 raya aku yg dah siap tu.. jangan tak tahu.. tahun nie aku raya sakan.. 9 pasang baju tau.. hehehehhee... giler kan? Bukan di sengajakan pun...

Td aku baru balik dari klcc ngan kak has.. survey kasut2 yg ada.. Sedih sangat rasanya coz mana2 kasut yg tangan ini capai.. harganya mesti RM200+ ke atas.. aduuhhhh.... tensionnya... paling murah yg aku pegang pun harga dia RM99. Camner nie? Inilah masalah aku sebenarnya...


Klah.. nanti hari khamis aku update apa yg berlaku.. hehehehe... excited lak rasanya... ciao

Monday, October 16, 2006

-Luahan hati-

Dunno why this few days aku rasa happy.. Alhamdulillah laa.. cuma may be ada sesetengah orang yg tak faham apa yg berlaku sekarang ini. Takpelah yg penting aku happy kan??

Aku tahu sesetengah orang takkan memahami sehinggalah diaorang berada di tempat aku. Lalui apa yg aku lalui.. Tapi apapun semua ini kehendak hati aku kan? Aku happy dengan cara ini... walaupun penat but then aku happy dengan kepenatan aku. Cam kata sultan muzaffar.. AKU PUAS... ahakss.. kepuasan hati laa.. sbb orang lain takkan happykan diri kiter melainkan diri kiter sendiri yg happykan diri kiter kan? betul tak?
Aku happy dengan cara hidup aku sekarang ini. Mungkin kalau di lihat dari perspektif agama, mmglah tak aku nafikan mmg tak elok aku menari.. tapi jika di lihat dari segi lain.. aktiviti menari inilah yg mengisi kekosongan dalam kehidupan aku. Selain mengajar aku mendisiplinkan diri. Yealah mengajar aku cammana nak menepati janji bila dah berjanji dengan orang dan komited pada kerja kite. Aku rasa ada kebaikannya. Di samping ianya merupakan satu senaman.. boleh menyihatkan badan.. tambahan pulak dapat memberikan aku pendapatan yg sedikit sebanyak dapat membantu aku di kala kesusahan.

Sometimes aku tak tahu camner nak explain pada kawan2 tentang kesibukan aku dan jugak keseronokan aku melalui pengalaman ini. Mmg ada masanya aku mengeluh.. tapi aku buat jugakkan? berhenti?? bukan tak pernah aku fikirkan... pernah.. cuma belum sampai masanya lagi. InsyaALLAH suatu hari nanti.. Pada mereka yg berdarah seni mungkin faham.. tapi pada mereka yg tidak.. aku tak menyalahkan mereka..

Sesi Berbuka Puasa AdikBeradik

Semalam berlangsungnya sesi berbuka puasa geng adikBeradik kat rumah etty. Hehehehe port biasa.

Kali nie kitaorang buat sesi pot luck, masing2 bawak food. Aku as usual di minta utk bawak ikan bilis cili padi.. fuuuhhh licin bebb... sian sarah & etty yg makan last dapat rasa sikit jer.. dah tinggal sisa2.

Lepas majlis berbuka puasa.. selepas masing2 dah menunaikan solat maghrib.. kitaorang tiba buat meeting tergempar pasal sesi cuti2 adikberadik ke langkawi tahun depan.

Gambar kat sebelah adalah antara gambar2 yg sempat di snap semasa sesi meeting. Kali ini pengarah projek ialah boy. Macam2 aktiviti yg kitaorang plan nak buat macam enjoy jer. Siap diaorang kosongkan tempat satu utk 'seseorang' yg tak tahu akan ada ker tak by that time. Hahahhaa.. siot jer dioarang nie tau.. tapi kalau that time aku tak dapat cari lagi bf.. aku boleh ajak jer saper2 kan? hehehehehee.....tapi boy bising.. dia tak kasi aku bawak saper2 sbb dia dah seronok dah katanya ada 2 puteri yg akan teman dia.. hampehh.. hahahahaha... aku banyak mendiamkan diri coz kalau takde aral melintang.. insyaALLAH aku dapat peluang ke oversea.. takutnya nak bagitahu diaorang nie coz itupun semalam diaorang dah bising.. apa2 show yg bakal aku terima ketika itu.. aku kena batalkan. Aku betul2 hope tarikhnya berlainan.. janganlah bertembung.. tapi masalahnya bimbang cuti jer laa.. Bos lepas ke tidak...

Anyway bila kitaorang berbincang pasal aktiviti kat sana.. aku cam tak sabar jer nak pergi sana... mesti enjoy kan?

Friday, October 13, 2006

Konsert Pop Yea-yeah Raya

Semalam aku tak dtg kije . Aku tak sihat.. Aku tido jer.. Bos sms tanya pun aku tak jawab.

Last Tuesday.. berakhirnya saat kesibukan aku utk bulan ramadhan ini... Alhamdulillah.. aku seronok sangat sbb akhirnya aku akan ada masa utk berehat. Dahlah tak berapa sihat nie.. sib baik gak time nie aku ber'cuti' puasa. InsyaALLAH esok atau lusa kot aku akan berpuasa balik.

Harinie tak berapa sihat gak lagi. Tapi aku gagahkan jugak diri ke tempat kerja. Kakak2 kat sini tadi ckp.. kalau dah tak sihat tu ambiklah lagi MC.. tapi aku tak nak ahh.. malasss.. cukuplah ubat yg doktor kasi 2 hari lepas.

Masa konsert pop yea yeah tu.. Mama ada datang ngan auntie sebelah umah dia... baby pun ada sekali. Hehehehe.. malunya aku rasanya.. memula aku ingat tak datang.. tapi mama siap melambai2 tangan dia kat aku.. terus aku jadi gabra semacam jer.. hehehehe.. Sib baiklah shooting tu tak melarat sampai ke 2,3 pagi.. n show lak cam running show biasa takde sebarang ulangan.. alhamdulillah... hehehehe...

Zahid ada utk show ni.. Yang kelakar masa part sesi latihan a day b4 tu. Aku tak nampak langsung kelibat zahid n dia hanya muncul bila nak nyanyi.. dia pun tak tahu akan ada dancer utk back-up dia. Sekali masa nak ending song tu.. barulah dia berpaling utk ada eye contact ngan dancer.. sekali time tu aku tgh pandang dia.. n dia lak pusing ke arah aku.. n dia boleh buat muka terkejut sbb nampak aku.. hahahaha.. aku pun gelak. Tapi selepas tu.. pantang nampak aku jer dia akan cucuk aku sbb dia mmg tahu aku nie melatah.. ahaksss..

Tuesday, October 10, 2006

I'm not feeling well...

Actually this 2,3 days i'm not feeling very well. May be because of jerebu yg tgh melanda Malaysia sekarang gak kot. Aku lak busy giler.. tido pun kalau tak jam 2,3 pagi tak sah... mulalah aku jadi lambat masuk kerja. Sib baik kakak2 kat sini semua ok. Sbb aku lambat camner sekalipun.. diaorang tak bising aku balik jam 5 ptg.. hehehee... Bulan puasa we all ada a few option.. tapi aku masuk cam biasa pun.. aku tetap berkemas barang tepat jam 5 ptg.
Aku sakit tekak, selsema n sometimes 'sinus'.. giler sakit kepala aku.. di tambah lak lagi ada ulser.. fuuuhhh... mmg best tul.. tgklah.. kalau aku tak larat adalah dalam this week aku tak datang kije.. tadi pun nyaris2 gak.. tapi aku kuatkan semangat gak datang. Masuk kije arinie lak cam best jer.. masa berlalu dengan pantas.. aku busy arinie.. even tak sihat aku dapat concentrate buat kerja arinie.. seronok lak pulak rasa kalau busy2 camnie.. especially banyak kerja tapi no pressure.. i likeeee....
oklah.. nak ciao dulu... nak sambung buat kije.. ini pun selingan jer.. saje nak ngadu.. aku sakit!!!

Monday, October 9, 2006

Teman Tapi Mesra








Last saturday-surprised-kelakar-fun-sweet n touched.

Kekasihku
Jangan bersedih lagi
Keringkanlah titisan air mata di pipi(mu)

Kekasihku
Tabahkan hatimu
Sekalipun tak pernah terduga
Halangan yang melanda
Melenyapkan Impian bersama

Jangan dikesali
Atas apa yang terjadi
Mungkin rahmat sebaliknya
Membuahkan bahagia

*Kekasihku
Aku tahu
Kita sama saling percaya
Tidak pernah
Ada dusta
Kasih antara kita

Jangan berduka (kekasihku)
Jangan berdendam pada sesiapa
Bersabarlah Menerima
Segala-galanya dengan redha

( bridge )
Mungkin suatu hari
Kita akan bersama lagi
Aku masih mengharap
Segalanya kan
Berulang semula

( korus *)

Friday, October 6, 2006

~I-N-A~

Haaa... hehehehe... actually aku tgh menahan kesakitan nie.. aduuhhh sakittttt... tapi aku nak gaks letak gambar yg baru jer aku snap semalam.. gambar aku ngan mawi.. Blurkan? sbb kamera hp kak ej tak berapa mutu gambarnya.. seblur keadaan jerebu yg sedang melanda Malaysia sekarang ni.
Hahaha.. aku saje je letak Ina Mawi Vs Ina Is nie.. Sbb aku selalu gurau ngan is.. aku ckp bukan jer ada Ina Mawi tapi Ina Is pun ada coz based on hadiah harijadi aku yg lepas, is menghadiahkan aku seutas rantai yg tertulis Ina Is. Ahaksss...

Actually aku saje jer nak ambik gambar ngan mawi sbb saje nak panaskan kakak2 kat sini yg mmg fanatik Mawi nie.. Mmg kecoh gak ah jap tadi coz akak2 nie tak puas hati.. Hahahahaa... korang pun tahu kan aku nie suka mengusik orang. Ahakss... Oklah ada kije ahh.. ciao...

Thursday, October 5, 2006

Konsert Fenomena Dayang & Jaclyn Victor

Harinie aku masuk kije lambat.. Jam 10.15 kot aku sampai office. Penat giler semalam tak habis lagi. Shooting semalam habis dalam jam 1.30 pagi. Giler kan? Aku pun dah kepenatan giler especially masa buat lagu joget raya satu tu... Apa yg tak kena pun tak tahu. Rasanya problem pada Jac rasanya dia tak tahu camner nak nyanyi lagu raya tu. Tak silap rasanya kena ulang sampai 4 kali.

Music Director kali nie sama macam minggu lepas iaitu Acis. Makin lama tgk makin cute lak si acis nie.. bertuah sheila majid. Hahahahha.. (gatal la pulak...) Drummer dia sotong tak silap aku.. hahahaa.. teringin nak belajar salsa tu. Aku malas nak berbual tanya sotong coz i know dia bukannya ingat aku pun. Alah jumpa sekali tu jer...

Semalam aku perasan cam aku dah semakin kurus.. hehehehhehe yahhooooo... sbb seluar yg biasa aku pakai dah menggelebeh.. samalah ngan seluar kije yg aku tgh pakai sekarang.. dah menggelebeh.. alamak habislah baju raya i yg dah lama tempah tu.. sure longgar... Uwaaaaa...

::Happy Birthday to Iskandar ::

Today is your day.. Happy Birthday! Sorry last nite.. habis shooting lambat la.. tapi i manage to wish you on time rite? Nantilah one day.. kiter berbuka sekali n that time kiter celebrate terus sekali k? Semalam masa gi beli makanan berbuka ngan abg korie nyaris nak belikan cake tapi bila pikir takut shooting tak tentu masa habisnya + takut abg korie akan ada bermacam2 pulak spekulasinya nanti.. so tu yg tak jadi beli tu.

Anyway.. One more time.. Happy Birthday Dear.. Semoga ALLAH memberikan kehidupan yg terbaik & sentiasa memberi perlindungan serta bimbangan di dunia ini. Tak lupa semoga ALLAH murahkan rezeki & panjangkan umur... Amin ya rabbal alamin.
Note : Tak sabar nak gi jenjalan ke sabah insyaALLAH end of this year.


Wednesday, October 4, 2006

Tomorrow is your day!

Esok birthday dia. Tapi aku tak sempat nak beli apa2 hadiah pun lagi. I'm too busy cuma aku rasa aku tahu apa yg hendak aku hadiakan pada dia. Cuma yg tak best lambat sikit ah.
Takpelah kan as long as ianya ikhlas dari hati ini rite?

Antara Aktiviti berbuka puasa

Alhamdulillah kiter dah berpuasa selama 11 hari and alhamdulillah jugak aku masih lagi berpuasa penuh buat masa sekarang. Tapi aku dapat rasakan tak lama lagi nie.. hehehehe...

Aduh tiba2 teringat sotong goreng kat umah my 2nd sis last weekend. Sedap siotttt.. rempah tu darling beli kat Singapore.. jauh lak tu.. aduuhhh.. besttt... Last weekend my 2nd sis tu buat berbuka puasa lagi.. but then kali nie more to sebelah my brother in law punya side la. Mama, Darling , May May & Baby yg datang... Bell aku rasa datang kemudian kot coz masa aku ciao dari umah my sis tu.. aku dgr mama kata bell on the way. Masakan aritu.. darling masak nasi beriani.. n barbeque lamb, udang, sotong & ikan pari... fuuhhh.. tapi paling aku tak dapat lupakan sotong goreng kunyit tu.. my favorite!!!.. perkkkhhhhhh... tangkap leleh siot.. Hehehe al kisah a day b4 that.. darling ada lepak umah my sis n kitaorang duk berborak pasal dunia seni nie.. pastu darling ajak berbuka kat OU makan steamboat.. tapi aku malas.. aku penat sangat.. aku balik umah then masak sendiri jer.

Soon aku tak tahu samada Majlis berbuka geng AdikBeradik dulu ker or Berbuka ngan korie dulu. Korie ckp nanti nak ajak gi makan kat Casablanca Restaurant. Tapi yg pasti aku tak sabar nak tunggu Majlis Berbuka AdikBeradik... memula we all decide nak gi makan buffet.. tapi pikir punya pikir cam membazir... so as usual kitaorang akan buat majlis berbuka kat rumah etty... Makanan masing2 akan bawak satu lauk sorang. Awal2 lagi aku punya ikan bilis masak cili padi dah di tempah awal2. Hehehehee... dah lama gak aku tak masak masakan tu kalau tak dulu2 aku akan masak ngan sup bodoh aku. Hehehehee.. best tauuu!!.. perkhhh kecur la pulak air liur aku nie.. hmmm sabarrrrrr... berbuka tak lama lagi...

Antara penat, penat n penat.. err bukan peanut ok?

Tak tahu nak letak title apa.. kerja ada tapi takdelah nak urgent, badan pulak penat so kesimpulan aku jadi malas nak buat kerja. boleh? Jadi kebetulan dapat update blog nie, izinkan aku nak merapu apa2 jer yg terlintas dalam kepala ok? hehehhee...

Penat? Ha ah.. penatlah.. sekarang nie lagilah dalam pada duk praktis utk show korie konsert Fenomena, aku pun ada latihan utk Konsert Pop Yea Yea Raya. Just imagine utk konsert pop yea yea tu.. sebanyak 23 lagu kena back up.. sebab tu kak shikin ckp dia kena start awal latihan.. so bertembunglah dengan latihan utk show korie ni. Berlari2 laa aku.. kalau ngan korie takde apa2 nak buat.. aku gi lari latihan ngan kak shikin. Sib baik semua kat rtm. Malam nie dah start recording tuk Konsert Fenomena, so lepas nie boleh la aku concentrate to latihan kak shikin.. sometimes buat lagu pop yea yea nie enjoy tauuu... yeaaaahaaa... You guys tahu tak tahap kepenatan aku camner? sometimes b4 aku gi latihan.. usually aku balik umah dulu coz korie kata kumpul jam 8.30. Biasanya after solat maghrib baru aku gerak.. tapi 2,3 hari nie.. bila aku sampai umah jer.. aku leh tido dulu jap.. fuhhh syiokk ooo... bila dekat nak berbuka baru bangun.. siapkan food then makan!.. Ahakss.. tapi arinie uwaaaa.. aku takleh buat camtu since aku ingat memula boleh la rest coz korie offer diri akan belikan food utk berbuka.. sekali tu.. dekat nak balik dia leh tanya aku sampai jam berapa coz dia nak aku ikut dia pergi beli food tu.. aduuhhh hampehhhh.. baru ingat leh rehat2 skit... ;( Oh yea nak aku citerkan kat korang korie berpuasa tau cam kiter semua.. tahun lepas katanya dia puasa 20hari.. but this year aku cabar dia puasa penuh n dia ckp "ok abg cuba!" hahahaha.. tak tahu nape tapi rasa bangga bila ada kaum lain yg sama2 nak merasa nikmat berpuasa tu.. aku cukup kagum!
Bila sebut korie teringat aku sebuah kisah baru2 nie.. al-kisah aku ngan is bertukar kereta. Aku lak ada latihan ngan korie + we all berjanji berbuka bersama2.. (shhhhh.. jgn bagitahu is.. kang kantoi coz dia ajak aku berbuka dengan auntie n uncle dia tapi aku tolak) Sekali bila korie tgk aku yg bawak honda tu.. dia tanya "where is ur chevy?" aku jawab "Chevy gi ipoh" then dia tgk honda n tanya... "Mana tuan honda?" then aku jawab "Tuan honda pun gi ipoh" then abg korie diam... then masa kat meja mkn tiba2 korie tanya aku lagi.. "Abg nak tanyalah satu soalan... Nord ngan is tu ada apa2 ker?" Hahahahhaha... aku punya gelak giler.. yg si nor keramat lak terkemut2 kat sebelah.. tapi aku jawab.. "Takde apa2lah bang... kitaorang baik n mmg rapat" hehehe bak kata Epah.. Teman tapi Mesra! ;)

Special Thanks

This special entry aku dedicatekan to all my friend. You guys know why rite? ;)
Thanks to my sis Yong, Shaba, Abg Azam, Nad, Etty, Jun, Kak EJ & my dearie Iskandar.
Thanks a lot n i love you all...

Internet Access Problem

Well quite sometimes AmBank ada masalah internet access nie.. geram tul... Lembab giler pastu dia 'hang'. Sakit jiwa.. semalam penat jer aku tulis wish "thanks" to everyone yg help me.. tapi tup2 ingatkan dah save.. rupa2nya tak masuk langsung.. hampeh... Ini pun aku tak tahu lepas ke idak.. Apa kata kiter test nak? Ok.. ciao..

Wednesday, September 27, 2006

Maybe it's because of me......

Yesterday i'm not working... Since Monday actually aku dah dapat simptom2 macam nak fever. Tapi dia cam seram sejuk camtu jer but then badan mmg rasa cam penat giler2... i think i know why.... Maybe it's because of me too tired.. tak cukup rehat coz if i'm not mistaken mana ada masa yg aku betul2 rehat? Semalam kira tahap maksimum dah kot badan dah tak boleh nak terima lagi kepenatan yg tak terhingga. Badan penat.. otak tak dapat jalan dengan betul.. then i cannot remember the step given to me... aduuhhh.... so aku jadi pressure...

Semalam bila aku dah rest satu hari.... hmmm.. rest ker?? heheheheh.. mmg takleh duk diam kot aku nie... tapi kira cukuplah.. lepas aku inform my collegue yg aku tak gi kije.. aku sambung tido sampai jam 12.30. Bangun tido aku leh gi basuh baju.. then sambil tu kemas dapur.. then kemas barang2 dalam fridge... pastu kemas bilik.. settle kemas bilik aku bersiap keluar umah gi pusat bandar damansara gi beli barang2 dapur apa yg patut... balik rumah.. aku rest jap.. then aku start masak... tapi kiranya badan dah ok skit ahh.. energy dah rasa ok.. Yealah mana tak oknya every nite balik jam 12 lebih... aduuuhh.. tension!...
So today is shooting time.. arkkhhh... esok??? hmmm.. my parents here.. but aku ada latihan abg korie lak... auwwwww....