The most beautiful thing in life cannot be seen or touched, they must be felt with the heart
Thursday, December 21, 2006
20122006
Wednesday, December 20, 2006
Sweet Memory in JAPAN...
A few pictures sebagai permulaan.. Takde masa sangat nak concentrate on blog. Cuti lama.. so kerja banyak nak kena settle.. Nak kena sediakan all information utk ANZ lagi.. alaaa kan ambank nak merge dengan bank kat Australia tu.. nanti2 lahh yea... i'll update u later.. Overall.. journey yg sangat adventure.. ada yg tak best tapi bila di fikir2kan balik mmg FUN...Thursday, December 14, 2006
Live from JAPAN
Oklah.. ini sementara tunggu budak2 tu datang ambik we all nak pergi ker Malaysian kitchen utk perasmian restoran tu.. tapi batang hidung pun tak nampak lagi nie.. barang2 semua dah siap. oklah camtu.. gtg... sambung later..
arkkhh tensionnya guna pc nie.. tulisan semua jepun.. tak faham.. oklah ill be back on 18hb. sampai malam kot kat malaysia... see u guys later.... daaaa
love.. from japan.
Monday, December 11, 2006
"Tak Tahu, Antara Dua"
Kalau dulu aku rasakan tak mungkin ini akan berlaku.. Bila kawan2 ckp aku rasa cam yea ker? Nasib aku camtu ker? Tapi bila semua ini berlaku... aku rasa macam bermimpi. Apa yg aku rindukan satu ketika dulu.. dah kembali di depan mata. Ini yg aku impikan selama ini.. but then why? bila tiba masanya.. aku teragak2? Betul2 aku dalam dilemma..
Pertemuan ketiga, semalam. Kalau ikutkan inilah pertemuan kali pertama yg betul2 lama.. yg betul2 keluar.. Walaupun aku kekok sebenarnya.. tapi aku enjoy the day. Dia pun ada mention kat aku.. today 10hb is our first date. Banyak benda sweet yg dia buat malam nie.. Pengalaman yg mmg betul2 lain dari yg pernah aku face before this. Mmg kelakar rasanya... aku sendiri tergelak... Dia tanya utk kali ke 3 hari nie.. Semalam we all banyak berbincangla.. leraikan segala kekusutan... aduuhh.. camner ek??? Apa yg dia katakan mmg logik.. aduhh...
Boleh ker, terkeluar dari mulut aku pada dia yg aku akan bagi jawapan pada dia, ketika aku balik dari jepun nanti. Giler.. minggu depan tu weiii.... tapi takper.. by the time aku balik... dia di indonesia lagi... Hehehee.. aku betul2 confuse nie... Adakah aku akan tutup tirai 2006 dengan satu berita yg menggembirakan or else?? Ya ALLAH.. Bantulah hambaMu Ini... Amin ya rabbal alamin.
Thursday, December 7, 2006
Dunno why...
Sampaikan bila aku berterus terang dengan umurku.. masing2 tak mahu mempercayainya. Hehehehe.. Especially yg terkini.. hmmm... dia ckp dia tak kira... well.. hmmm... tgklah cammana kan? Macam yg my first sis ckp.. if dah mmg jodoh awak dengan orang yg lebih muda.. nak buat macammana kan? Just hope itu yg terbaik utk awak dah laa.. hehehehe.. fuhh tak sangka my first sis boleh mengeluarkan that kind of statement to me. hehehehe... Kalau ikutkan my mum... dari dulu lagi dia mmg tak berkenan aku berkawan dengan orang lebih muda.. tapi tulah kan.. bukan itu yg aku pinta... ianya datang dengan sendiri.. Lantaklah kan? tgk jerla dulu.. ehhehee.. tapi kekadang rasa cam kelakar..
oklah nak sambung buat kije.. kang bos marah.. dah laa minggu depan nak cuti panjang... I'm going to JAPAN!!!... yahhoooo...
Quote of the day
Wednesday, December 6, 2006
Photo Shoot
After about 5 years or 6, aku kembali ke pejabat utusan dekat jalan chan sow lin. Semalam aku ada sesi photografi bersama dengan make up artis ZulFazly. Aku sampai sana around jam 10.30 pagi seperti yg di janjikan. Terkial2 gak ahh cari tempat tu coz aku mmg tak ingat langsung jalan dulu. Lagipun dulu aku ada driver yg bawakkan but this time.. aku sendiri yg bawak. Kira oklah... So ini antara gambar2 yg sempat kak ej snap utk aku.Memula aku kaku gaks.. especially bila diaorang ckp diaorang tak nak focus pada fesyen coz session nie mmg utk citer aku. Uwaaa... takutttt.... gabra giler tau.. tapi lama2 dah duduk depan camera aku dah ok. Zulfazly pun cakap.. "haaa.. dia dah panass dah tu.." hehehee.. sbb lepas tu.. tak payah suruh aku dah pandai buat gaya sendiri. Even kak ej pun memula marah aku.. dia kata geram tul tgk sbb kalau ambik gambar yg sendiri2.. pandai lak aku nak menggayakan diri.. ini bila suruh pose.. aku tergagap2.. hehehehee... cuakkk laaa ngoot!!..
Around jam 2 ptg sesi fotografi & temubual settle. Aku pun ciao laa.. tapi sempat aku dengar zulfazly ckp pada kakak tu.. dia nie boleh lagi nak buat utk fesyen laks.. tapi dia nie kena fesyen yg ranggi2.. hehehee.. ;) Tapi yg kelakar satu lagi bila tiba2 abg zul tgk aku.. then dia ckp pada kak ej "Aku tgk muka dia nie macam althantuya la, alaaa... model yg kena bom tu?" Hahahaha.. hampeh tul!.. aku punya gelak ngan kak ej tak ingat punya.
Monday, December 4, 2006
Gegak Gemilang Ipoh

This is my last show with Gegak Gemilang. Sedihnya terasa. Siap this time punya lunch gathering tu.. sofaz di minta membuat persembahan skit.. n terharunya coz amir siap tujukan lagu tu buat aku ngan kak ej. Very sweet rasanya.
Perjalanan macam biasa.. kena berkumpul di astro jam 2.30ptg n sampai around jam 7 kot. We all duduk dekat Casuarina hotel. Masa kat Ipoh.. aku cuba fikirkan bila last time aku datang sini.. bila pikir punya pikir takkan masa bozo kawin kot?? Giler dah lama tul aku tak sampai bandaraya ipoh. Well sambutan konsert di ipoh boleh tahan mendapat sambutan yg meriah. Ramai giler orang yg datang. Penonton pun sporting giler.
This time hubungan we all bersama2 artis semakin rapat.. seronok sangat rasanya. Diaorang pun takdelah sombong. As you can see kat atas.. this time punya show.. adibah noor takde.. so aku terpaksa memegang peranan penting dalam show ni coz kena jadi wife si aznil nie.. hehehe.. macam2 idea nie.. aku pun cuba buat sehabis baik.. n aznil berpuas hati. Hehehehe... Banyak gambar aku ambik kali nie.. nantilah aku update dalam fotopages k?? semua itu kenangan yg tak mungkin aku lupakan..
Malam itu jugak merupakan satu sejarah bagi aku. Hehehe.. satu perkenalan sudah bermula. Ahakss.. Tak aku sangka. Pertukaran no hp bermula di belakang pentas. Melarat sehingga 3 pagi. Before this pun mmg pernah ada sorang artis tu pun mintak my phone number but then this one dia melarat lebih2 laks.. hehehehee... mmg kelakar.. n sehingga sekarang aku sedikit culture shock. Mmg tak sangka apa yg dah berlaku coz katanya dia dah lama memerhatikan aku sejak dari Anugerah Era lagi. Hmm.. terlalu awal utk aku katakan sesuatu even semalam beria2 dia nak tahu jawapan aku selepas we all mengambil kata sepakat utk berjumpa buat pertama kali. (hehehe.. ala2 first time dating ahh nie).. Hahahahaha.. ntahlah.. tunggu dan lihat jer laa k?? Aku pun confuse nie.. tak sangka. Ahakss.. Ayat dia yg paling best aku rasa " tadi mmg i artis tapi sekarang.. i hanya manusia biasa"... aduuhh... so sweet. ;)
Friday, December 1, 2006
An Evening with Farhan & Faizal
Oklah.. nak sambung kije.. arinie half day lagi.... C u in IPOH!
Thursday, November 30, 2006
I'm so happy
Wednesday, November 29, 2006
Cahaya Cinta

Dia telah telah menentukannya
Kita bertemu dan bercinta
Inilah oh takdirnya
Bukan kerana harta
Inilah citra cahaya cinta
Pintu hatiku telah kau buka
Tak mampu ku menafikannya
Kejujuran diberi
Kasih takkan terhenti
Ini bahagia yang ku cari
Sayangi daku
Peluklah daku
Janji dengan ku
Semai cinta nan satu
Tuhan memuji
Takkan berhenti
Hanya ku pinta
Sama setia menjaga
Hingga ke alam syurga
note : Lupa nak wish congrates to Anne coz dah selamat jadi mummy 2 hari lepas. Dapat baby boy.. Alhamdulillah semuanya selamat.
Tuesday, November 28, 2006
Gegak Gemilang Seberang Prai
Belom habis penat di Tampin.. Last week kitaorang ke Seberang Prai pulak. Lagi memenatkan my journey this time ialah coz i'm rushing. Habis jer back up misha utk muzik2.. we all bergegas tukar baju semua then we all ciao ke Penang. Our Manager Mok dah bersedia utk pick us up already.Lebih kurang jam 11 we all bertolak dari KL ke penang. Sampai Sunway Hotel around 3.30 am. Jenuh gak we all nak cari hotel tu.. berhenti beberapa tempat nak tanya orang di pagi2 hari tu. Sampai2 sana.. kawan2 lain semuanya tak tido lagi.. As usual aku satu bilik ngan kak ej ah.. hehehe.
Show kali nie.. terasa sangat kepenatannya. Dari awal lagi our manager dah dapat tgk something wrong with me. Dunno why aku betul2 rasa penat.. even aku dah minum livita & kacip fatimah pun.. tak berjaya memberikan aku full energy malam tu. This week punya show di record utk disiarkan di astro tak lama lagi. Yang buat we all extra penat malam tu.. bila changing room terkebelakang.. dah laa kebanyakkan lagu tu rushing.. aduhh.. sampaikan acis sendiri pun boleh sedar n siap tanya " Tak jauh ker tempat korang nak tukar baju?" hehehehe.. Itu musician pun boleh pikirkan bagi pihak we all... fuhh.. mmg berlari2 ahh we all malam tu. Malam show.. aku sempat berborak ngan acis.. acis pun ada tanya aku pasal payment semua.. n mengadu beberapa hal pasal management. Jgn merajuk k?? Sabarlah we all pun terima nasib yg sama... ;) Hope to see you this coming show at Ipoh. Itupun dah last show aku... yg lain2 dari awal2 aku terpaksa tolak.. dah ada komitmen lain. Hehehee.. part kelakar... masa aku ambik gambar ngan acis.. dia siap ckp.. eh you nie tinggilah.. ahakss.. sib baik aku tak termelatah ker apa masa tu kan? coz dalam hati aku menjawab.. yealah sbb sheila kecik jer.. hahahahaa....
On the way balik.. aku join naik bas.. hehehee.. seronok coz dapat beramai2.. bas kitaorang terpaksa lambat skit bertolak since we all terpaksa menghantar mawi n zahid ke airport dulu. Dapatlah berborak2 mesra dengan mawi & zahid. Dah la masa makan2 tu.. sibuk dia nak tahu umur aku.. aku ckp rahsia.. tapi pangkat kakak ahh pada dia.. sekali tak lama tu.. tiba2 mawi jerit tgk aku.. n dia ckp "kiter dah tahu dah umur awak!" Hamppehhh.. rupanya dia gi tanya kak ej. Pastu masa dia dah nak naik flight.. aku sempat cakap kat dia.. "Bye dik... " hehehe.. dia siap pusing n buat senyuman manja dia tu.. hahahahaa... tahu tak masa lepak2 sementara PA dia pergi check-in, mawi kutuk ina, borak pasal awie ahh.. boleh tahan kepochi jugak mamat nie. Hehehe...
Muzik2 Semi Final
Hmmm... macam yg semua tahu.. Muzik2 Semi Final dah berakhir n Misha tidak berjaya menempatkan dirinya utk ke Final. Salah saper? Salah we all ker? hehehehe..From the first place lagi aku dah macam tak berapa berminat nak buat muzik2 kan? So aku kira belasah jer.. Satu lagi masa menarikan lagu ini, aku tak tahu perlu senyum ker atau kena serius. Tanya abg korie dia kata ikut mood laa.. so aku pun apa lagi just menghayati watak ahh.. tapi majoriti sms yg aku terima that nite tanya nape aku masam?? hehehehe.. ntahhh.. tak perasan langsung. Hahahahaha... Mak menjiwai watak nyahh!!!
Haa.. panjang umur lagu nie.. tgh2 tulis nie.. kat radio berkumandang lagu nie. Hehehehee... Anyway Congratulations to Zahid & Kak Adibah.. hehehe.. malam tu kak adibah punya bimbangkan kitaorang.. siap pesan 2,3 kali.. "Drive tu jgn laju2.. bawak elok2.. kalau ngantuk tido dulu kat tepi jalan"
Oklah ciao.. aku sambung bebelan dengan kisah di Penang jap lagi.. ini pun curi2 tau.. bos ada.. ahaksss... ;)
Thursday, November 23, 2006
Seberang Perai
This week destination ialah Seberang Perai. Well this time aku tak dapat join bas astro ke sana coz aku ada tugas yg perlu di selesaikan dahulu esok. Komitmen yg dah awal2 aku bagi dulu. Nyesal pun ada kekadang tu. Hmm.. well what to do but rite after Muzik2.. then kitaorang akan cepat2 ciao ke penang!... Yucckkkss!!!Wednesday, November 22, 2006
Pengumuman!
Thanks.
Jiwa Kacau Lagi
Tuesday, November 21, 2006
Nafas Cahaya
As i told before aku akan involve dengan Muzik2 Separuh Akhir on this coming 24th Nov. Aku back up misha omar jer. Dunno why dari semalam sebenarnya aku dah rasa malas nak buat show nie. May be because i'm too tired.. but then i have too coz aku dah bagi komitmen.. Nanti apa pulak kata abg korie last minit tarik diri. Dah la dia sanggup nak gi hantar ke penang lak after that. Aiyyoo serba salah gue.Oklah semalam pergilah latihan utk pertama kalinya. Tarian dia simple jer. Aku laks rasa cam biar betul? Dah la latihan harinie di batalkan n esok terus berjumpa di Alam plaza central!. ADuhhh.. ntahlah.. kekadang pikir bagus gak simple.. takyah susah2 nak ingat.. tapi bila too simple lak buat aku takut laks.. surelah akan kedengaran suara2 sumbang coz Muzik2 ni boleh dikatakan ramai yg akan menontonnya. Tapi kesian gak abg korie semalam sbb dia nampak mcm tak berapa berpuas hati but then keadaan kesihatan dia yg tak mengizinkan utk dia bergerak bebas. Membataskan segala2nya..
Takpelahkan? as long as aku buat tugas aku jer kan? Yang lain2 tu kiter serahkan jer pada orang ramai utk menilai hasil abg korie + abg pojie.
Monday, November 20, 2006
Gegak Gemilang Tampin
Penatnya hanya ALLAH yang tahu. Kali ini Gegak Gemilang meneruskan rancangannya ke destinasi ke dua iaitu Tampin. Kitaorang di tempatkan di A Famosa Resort. Seperti biasa aku sebilik dengan kak ej. Aktitivi kebanyakkannya sama cam haritu jugak. Cuma kali ini penonton sedikit sporting.Betul kata kak ej, minggu nie mmg pun aku takleh bergerak bebas sangat. Ada pemerhati. Tapi ada aku kesah?? Ahakss.. Macam2 kes ahh berlaku. Biasalahkan.. even gaduh2 pun.. semua tu satu kenangan manis. Marah2 pun.. ada yg concern, marah2 pun ada yg still duduk kat sebelah gaks. Semakin mesra dengan artis2.. semuanya baik2 belaka. Dah mula bertukar2 no dengan artis gaks. ;) Siapa dia tu? hehehe...
Masih ingat tak aku ceritakan tentang bakat besar musician yg paling kecil tempoh hari? Daniel?? Nampak tak gambar dia kat atas tu? Hehhehe aku berkesempatan bergambar dengan dia.. sib baik dia nak bergambar ngan aku.. sbb kawan2 yg lain nak ambik gambar dia tak nak.. terus blah camtu jer.. eeiii cute tul dia.
Mmg penat involve dengan show outstation camnie. This week bakal menjanjikan kepenatan yg tak terkira. Selain dengan latihan gegak gemilang.. aku ada latihan bersama korie utk show Muzik2 Semi Final back up misha omar. Aku akan bertolak sendiri ke Penang this weekend. Abg korie yg akan hantar ke penang rite after show Misha habis.
Wednesday, November 15, 2006
Happy Belated Birthday!
Anyway aku just nak wish Happy Belated Birthday to Lee Choo Koi (betul tak eja nama nie ek) aka Korie. InsyaALLAH tak lama lagi nama tu akan bertukar.. Congratulations abg korie. Anyway before that just wanna wish you Happy Belated Birthday, 11th Nov that day. Sorry tak dapat nak buat surprise coz that time we all outstation kat Batu Pahat. Skrg pun masih busy dengan latihan.. nantilah ek.. kiter buat belated ker k?
