Banyak benda yg berlaku di saat tirai 2006 di labuhkan n yg paling menyedihkan aku ialah kembalinya arwah datuk kesayangan aku iaitu Mohd Zin bin Ali ke rahmatullah pada 27hb Dec 2006. Berita tu aku dapat ketika aku tgh seronok menghabiskan cuti aku di rumah kakak ku yg sulong. Arwah terbabas ketika memandu kereta dan pengsan.. n sesampainya di hospital terus di masukkan ke ICU. Tak lama selepas itu.. Arwah sudah tidak ada lagi... Al-fatihah...
"Maafkan nord ki, tak sempat nord capaikan hajat ki.. tapi nord harap ki sentiasa mendoakan nord walaupun dari jauh. Terima kasih yea ki atas segala pertolongan ki selama ini"
Bergegas aku n adik beradik yg lain pulang ke kampung selepas mengetahui berita sedih tu. So.. cuti aku mmg betul panjang kali nie coz aku terus bercuti sehingga raya haji... 1st January baru aku kembali pulang ke kuala lumpur dengan azam baru n semangat baru!!









