Wednesday, December 6, 2006

Photo Shoot

After about 5 years or 6, aku kembali ke pejabat utusan dekat jalan chan sow lin. Semalam aku ada sesi photografi bersama dengan make up artis ZulFazly. Aku sampai sana around jam 10.30 pagi seperti yg di janjikan. Terkial2 gak ahh cari tempat tu coz aku mmg tak ingat langsung jalan dulu. Lagipun dulu aku ada driver yg bawakkan but this time.. aku sendiri yg bawak. Kira oklah... So ini antara gambar2 yg sempat kak ej snap utk aku.

Memula aku kaku gaks.. especially bila diaorang ckp diaorang tak nak focus pada fesyen coz session nie mmg utk citer aku. Uwaaa... takutttt.... gabra giler tau.. tapi lama2 dah duduk depan camera aku dah ok. Zulfazly pun cakap.. "haaa.. dia dah panass dah tu.." hehehee.. sbb lepas tu.. tak payah suruh aku dah pandai buat gaya sendiri. Even kak ej pun memula marah aku.. dia kata geram tul tgk sbb kalau ambik gambar yg sendiri2.. pandai lak aku nak menggayakan diri.. ini bila suruh pose.. aku tergagap2.. hehehehee... cuakkk laaa ngoot!!..

Around jam 2 ptg sesi fotografi & temubual settle. Aku pun ciao laa.. tapi sempat aku dengar zulfazly ckp pada kakak tu.. dia nie boleh lagi nak buat utk fesyen laks.. tapi dia nie kena fesyen yg ranggi2.. hehehee.. ;) Tapi yg kelakar satu lagi bila tiba2 abg zul tgk aku.. then dia ckp pada kak ej "Aku tgk muka dia nie macam althantuya la, alaaa... model yg kena bom tu?" Hahahaha.. hampeh tul!.. aku punya gelak ngan kak ej tak ingat punya.

Monday, December 4, 2006

Gegak Gemilang Ipoh


This is my last show with Gegak Gemilang. Sedihnya terasa. Siap this time punya lunch gathering tu.. sofaz di minta membuat persembahan skit.. n terharunya coz amir siap tujukan lagu tu buat aku ngan kak ej. Very sweet rasanya.

Perjalanan macam biasa.. kena berkumpul di astro jam 2.30ptg n sampai around jam 7 kot. We all duduk dekat Casuarina hotel. Masa kat Ipoh.. aku cuba fikirkan bila last time aku datang sini.. bila pikir punya pikir takkan masa bozo kawin kot?? Giler dah lama tul aku tak sampai bandaraya ipoh. Well sambutan konsert di ipoh boleh tahan mendapat sambutan yg meriah. Ramai giler orang yg datang. Penonton pun sporting giler.

This time hubungan we all bersama2 artis semakin rapat.. seronok sangat rasanya. Diaorang pun takdelah sombong. As you can see kat atas.. this time punya show.. adibah noor takde.. so aku terpaksa memegang peranan penting dalam show ni coz kena jadi wife si aznil nie.. hehehe.. macam2 idea nie.. aku pun cuba buat sehabis baik.. n aznil berpuas hati. Hehehehe... Banyak gambar aku ambik kali nie.. nantilah aku update dalam fotopages k?? semua itu kenangan yg tak mungkin aku lupakan..

Malam itu jugak merupakan satu sejarah bagi aku. Hehehe.. satu perkenalan sudah bermula. Ahakss.. Tak aku sangka. Pertukaran no hp bermula di belakang pentas. Melarat sehingga 3 pagi. Before this pun mmg pernah ada sorang artis tu pun mintak my phone number but then this one dia melarat lebih2 laks.. hehehehee... mmg kelakar.. n sehingga sekarang aku sedikit culture shock. Mmg tak sangka apa yg dah berlaku coz katanya dia dah lama memerhatikan aku sejak dari Anugerah Era lagi. Hmm.. terlalu awal utk aku katakan sesuatu even semalam beria2 dia nak tahu jawapan aku selepas we all mengambil kata sepakat utk berjumpa buat pertama kali. (hehehe.. ala2 first time dating ahh nie).. Hahahahaha.. ntahlah.. tunggu dan lihat jer laa k?? Aku pun confuse nie.. tak sangka. Ahakss.. Ayat dia yg paling best aku rasa " tadi mmg i artis tapi sekarang.. i hanya manusia biasa"... aduuhh... so sweet. ;)
Anyway.. Gegak Gemilang mmg BEST!!!!! I'll miss you all!

Friday, December 1, 2006

An Evening with Farhan & Faizal

Lupa nak update pasal show 2 hari lepas dekat Dewan Felda, Jalan Semarak. After office hour aku bergegas ke dewan felda since aku merupakan the last person yg sampai sana. Yang kelakar, that day aku pakai sut. So sampai2 sana semua orang tgh rehearsal + sound check. Apa lagi.. tak sempat tukar baju.. dengan sut2 tu aku menari. hehehehee...
Tgh2 menari.. aku teringat akan kenangan satu ketika dahulu. Tak silap aku inilah kali kedua aku mengadakan persembahan di dewan felda ini. Yang pertamanya ialah semasa sesi memecah dara Dewan Felda nie.. hehehehe.. Kelakar kalau pikirkan show tu. Ada lagi CD tu tau.. hahahaha...
Show.. alhamdulillah ok.. cuma pada part joget tu jer.. dah lost sbb proses penukaran baju tu dah memakan masa. So tak sempat nak buat step utk joget. Tergantung jerk. Hhehehehe.. mmg tak puas hati.. Tapi alhamdulillah.. utk lagu "MY HEART" kitaorang berjaya menebus balik persembahan kami. Fuhhh aku lega giler coz dalam lagu nie aku kena buat shoulder lift. Alhamdulillah.. semuanya berjalan lancar. Siap mendapat tepukan daripada crew2 kat belakang pentas. Ahakss.. sbbnya b4 aku kuar utk lagu tu.. punyalah aku kecut perut... baca bismillah sampai berapa kali tak tahu.. sampaikan kedengaran suara "Aiii.. dah selalu buat show pun masih takut gaks?" hehehehee...

Oklah.. nak sambung kije.. arinie half day lagi.... C u in IPOH!

Thursday, November 30, 2006

I'm so happy

Thanks ALLAH.. Hehehe.. itu jer yg mampu aku katakan sekarang.. Aku takleh nak ckp apa banyak lagi takut tak menjadi. But what ever it is.. i'm so happy now. Terima kasih ALLAH di atas peluang ini.

Wednesday, November 29, 2006

Cahaya Cinta


Dia telah telah menentukannya
Kita bertemu dan bercinta
Inilah oh takdirnya
Bukan kerana harta
Inilah citra cahaya cinta
Pintu hatiku telah kau buka
Tak mampu ku menafikannya
Kejujuran diberi
Kasih takkan terhenti
Ini bahagia yang ku cari
Sayangi daku
Peluklah daku
Janji dengan ku
Semai cinta nan satu
Tuhan memuji
Takkan berhenti
Hanya ku pinta
Sama setia menjaga
Hingga ke alam syurga

note : Lupa nak wish congrates to Anne coz dah selamat jadi mummy 2 hari lepas. Dapat baby boy.. Alhamdulillah semuanya selamat.

Tuesday, November 28, 2006

Gegak Gemilang Seberang Prai

Belom habis penat di Tampin.. Last week kitaorang ke Seberang Prai pulak. Lagi memenatkan my journey this time ialah coz i'm rushing. Habis jer back up misha utk muzik2.. we all bergegas tukar baju semua then we all ciao ke Penang. Our Manager Mok dah bersedia utk pick us up already.

Lebih kurang jam 11 we all bertolak dari KL ke penang. Sampai Sunway Hotel around 3.30 am. Jenuh gak we all nak cari hotel tu.. berhenti beberapa tempat nak tanya orang di pagi2 hari tu. Sampai2 sana.. kawan2 lain semuanya tak tido lagi.. As usual aku satu bilik ngan kak ej ah.. hehehe.

Show kali nie.. terasa sangat kepenatannya. Dari awal lagi our manager dah dapat tgk something wrong with me. Dunno why aku betul2 rasa penat.. even aku dah minum livita & kacip fatimah pun.. tak berjaya memberikan aku full energy malam tu. This week punya show di record utk disiarkan di astro tak lama lagi. Yang buat we all extra penat malam tu.. bila changing room terkebelakang.. dah laa kebanyakkan lagu tu rushing.. aduhh.. sampaikan acis sendiri pun boleh sedar n siap tanya " Tak jauh ker tempat korang nak tukar baju?" hehehehe.. Itu musician pun boleh pikirkan bagi pihak we all... fuhh.. mmg berlari2 ahh we all malam tu. Malam show.. aku sempat berborak ngan acis.. acis pun ada tanya aku pasal payment semua.. n mengadu beberapa hal pasal management. Jgn merajuk k?? Sabarlah we all pun terima nasib yg sama... ;) Hope to see you this coming show at Ipoh. Itupun dah last show aku... yg lain2 dari awal2 aku terpaksa tolak.. dah ada komitmen lain. Hehehee.. part kelakar... masa aku ambik gambar ngan acis.. dia siap ckp.. eh you nie tinggilah.. ahakss.. sib baik aku tak termelatah ker apa masa tu kan? coz dalam hati aku menjawab.. yealah sbb sheila kecik jer.. hahahahaa....

On the way balik.. aku join naik bas.. hehehee.. seronok coz dapat beramai2.. bas kitaorang terpaksa lambat skit bertolak since we all terpaksa menghantar mawi n zahid ke airport dulu. Dapatlah berborak2 mesra dengan mawi & zahid. Dah la masa makan2 tu.. sibuk dia nak tahu umur aku.. aku ckp rahsia.. tapi pangkat kakak ahh pada dia.. sekali tak lama tu.. tiba2 mawi jerit tgk aku.. n dia ckp "kiter dah tahu dah umur awak!" Hamppehhh.. rupanya dia gi tanya kak ej. Pastu masa dia dah nak naik flight.. aku sempat cakap kat dia.. "Bye dik... " hehehe.. dia siap pusing n buat senyuman manja dia tu.. hahahahaa... tahu tak masa lepak2 sementara PA dia pergi check-in, mawi kutuk ina, borak pasal awie ahh.. boleh tahan kepochi jugak mamat nie. Hehehe...

Byk gak lagi citer2 yg menarik tapi tak larat ahh nak citer.. Tapi yg pasti aku rasa sakit melatah aku akan makin menjadi2 since they all nie suka sangat mengusik. aduhhh.. tension gua... Sedih lak bila fikirkan yg this coming show is my last show.. even though penat.. tapi seronok tau... Oh yea.. ada satu part tu abg nuar tanya aku " Ohh menari nie hanya part time jer ker?" Ha ah.. menari nie hanya part time jer utk mengisi masa lapang aku... Kebanyakkan yg tahu semua terkejut. ;)

Muzik2 Semi Final

Hmmm... macam yg semua tahu.. Muzik2 Semi Final dah berakhir n Misha tidak berjaya menempatkan dirinya utk ke Final. Salah saper? Salah we all ker? hehehehe..

From the first place lagi aku dah macam tak berapa berminat nak buat muzik2 kan? So aku kira belasah jer.. Satu lagi masa menarikan lagu ini, aku tak tahu perlu senyum ker atau kena serius. Tanya abg korie dia kata ikut mood laa.. so aku pun apa lagi just menghayati watak ahh.. tapi majoriti sms yg aku terima that nite tanya nape aku masam?? hehehehe.. ntahhh.. tak perasan langsung. Hahahahaha... Mak menjiwai watak nyahh!!!

Haa.. panjang umur lagu nie.. tgh2 tulis nie.. kat radio berkumandang lagu nie. Hehehehee... Anyway Congratulations to Zahid & Kak Adibah.. hehehe.. malam tu kak adibah punya bimbangkan kitaorang.. siap pesan 2,3 kali.. "Drive tu jgn laju2.. bawak elok2.. kalau ngantuk tido dulu kat tepi jalan"

Oklah ciao.. aku sambung bebelan dengan kisah di Penang jap lagi.. ini pun curi2 tau.. bos ada.. ahaksss... ;)


Thursday, November 23, 2006

Seberang Perai

This week destination ialah Seberang Perai. Well this time aku tak dapat join bas astro ke sana coz aku ada tugas yg perlu di selesaikan dahulu esok. Komitmen yg dah awal2 aku bagi dulu. Nyesal pun ada kekadang tu. Hmm.. well what to do but rite after Muzik2.. then kitaorang akan cepat2 ciao ke penang!... Yucckkkss!!!

Wednesday, November 22, 2006

Pengumuman!

Kawan2, please email me your phone number since my handphone cannot save already n all the phone number inside it GONE!

Thanks.

Jiwa Kacau Lagi

This time kekacauan berlaku lagi ibarat sudah jatuh di timpa tangga. Hp aku rosak semalam!! Uwaaaa... semalam masa nak balik latihan.. hp terjatuh n terus padam. Uwaaaaaaaaaaaaa.. tensionnya!!!!!

Tuesday, November 21, 2006

Nafas Cahaya

As i told before aku akan involve dengan Muzik2 Separuh Akhir on this coming 24th Nov. Aku back up misha omar jer. Dunno why dari semalam sebenarnya aku dah rasa malas nak buat show nie. May be because i'm too tired.. but then i have too coz aku dah bagi komitmen.. Nanti apa pulak kata abg korie last minit tarik diri. Dah la dia sanggup nak gi hantar ke penang lak after that. Aiyyoo serba salah gue.

Oklah semalam pergilah latihan utk pertama kalinya. Tarian dia simple jer. Aku laks rasa cam biar betul? Dah la latihan harinie di batalkan n esok terus berjumpa di Alam plaza central!. ADuhhh.. ntahlah.. kekadang pikir bagus gak simple.. takyah susah2 nak ingat.. tapi bila too simple lak buat aku takut laks.. surelah akan kedengaran suara2 sumbang coz Muzik2 ni boleh dikatakan ramai yg akan menontonnya. Tapi kesian gak abg korie semalam sbb dia nampak mcm tak berapa berpuas hati but then keadaan kesihatan dia yg tak mengizinkan utk dia bergerak bebas. Membataskan segala2nya..

Takpelahkan? as long as aku buat tugas aku jer kan? Yang lain2 tu kiter serahkan jer pada orang ramai utk menilai hasil abg korie + abg pojie.

Monday, November 20, 2006

All the best

Gegak Gemilang Tampin

Penatnya hanya ALLAH yang tahu. Kali ini Gegak Gemilang meneruskan rancangannya ke destinasi ke dua iaitu Tampin. Kitaorang di tempatkan di A Famosa Resort. Seperti biasa aku sebilik dengan kak ej. Aktitivi kebanyakkannya sama cam haritu jugak. Cuma kali ini penonton sedikit sporting.

Betul kata kak ej, minggu nie mmg pun aku takleh bergerak bebas sangat. Ada pemerhati. Tapi ada aku kesah?? Ahakss.. Macam2 kes ahh berlaku. Biasalahkan.. even gaduh2 pun.. semua tu satu kenangan manis. Marah2 pun.. ada yg concern, marah2 pun ada yg still duduk kat sebelah gaks. Semakin mesra dengan artis2.. semuanya baik2 belaka. Dah mula bertukar2 no dengan artis gaks. ;) Siapa dia tu? hehehe...

Masih ingat tak aku ceritakan tentang bakat besar musician yg paling kecil tempoh hari? Daniel?? Nampak tak gambar dia kat atas tu? Hehhehe aku berkesempatan bergambar dengan dia.. sib baik dia nak bergambar ngan aku.. sbb kawan2 yg lain nak ambik gambar dia tak nak.. terus blah camtu jer.. eeiii cute tul dia.

Mmg penat involve dengan show outstation camnie. This week bakal menjanjikan kepenatan yg tak terkira. Selain dengan latihan gegak gemilang.. aku ada latihan bersama korie utk show Muzik2 Semi Final back up misha omar. Aku akan bertolak sendiri ke Penang this weekend. Abg korie yg akan hantar ke penang rite after show Misha habis.

Wednesday, November 15, 2006

Happy Belated Birthday!

Ooppsss.. hehehee.. mentang2 bos is not around rite? aku betul2 ambik kesempatan yg ada. Dari petang semalam after makan2.. aku takde mood nak buat kije. Bosan tul nak buat analisis semua data2 tu. Geram.. keep changing the info.. fed-up tau!

Anyway aku just nak wish Happy Belated Birthday to Lee Choo Koi (betul tak eja nama nie ek) aka Korie. InsyaALLAH tak lama lagi nama tu akan bertukar.. Congratulations abg korie. Anyway before that just wanna wish you Happy Belated Birthday, 11th Nov that day. Sorry tak dapat nak buat surprise coz that time we all outstation kat Batu Pahat. Skrg pun masih busy dengan latihan.. nantilah ek.. kiter buat belated ker k?

isd-get-together

semalam got isd-get-together makan2. Sempena ada a few staff yg akan transfer building n jugak merangkap makan2 utk hari raya. Kecoh ahh makan2 semalam dengan gelagat kakak2 kat sini. Diaorang nie semua giler2. Diaorang tak puas hati tu setiap gambar aku, diaorang ckp pose bukan main lagi. hehehehe nak buat camner.. dah terbiasa... aku rasa aku pose biasa jerk. Bos2 lelaki tak best.. tak sporting... Tgklah kalau rajin nanti aku update gambar2 lain dalam fotopages.. La nie busy skit ahh kat opis nie.. ini terlepas dalam membebel pun sbb bos tarak.. mana pi tak tau.. tak nampak lagi harinie. Missing in Action. Again????

Tuesday, November 14, 2006

Gegak Gemilang Part 2

Friday
Seawal jam 2 aku dah sampai kat perkarangan Astro. Aku mintak tolong is hantarkan aku ke sana n merangkap tlg jaga keter aku since bimbang aku nak park kat luar astro tu. Kalau ikutkan jadual, bas akan bertolak jam 2 ptg. Tapi biasalah kan? janji melayu.. artis2 semua pun sampai jam berapa?. Last2 we all bertolak dalam jam 3.30ptg.

Sepanjang perjalanan aku tido. Aku terjaga pun time bas berhenti di salah satu R&R then sambung tido sehinggalah sampai ke bandar batu pahat dalam jam 7.30mlm. Oh yea lupa nak aku citerkan.. we all semua di jaga ketat dengan sekumpulan event Marshall.. fuuhh nak gi toilet pun ada orang 'escot' tau.. Abg2 nie semuanya badan macam body builder.. besar2 semuanya. hehehehe...

Sesampainya di sana, we all letak jer barang then kena berkumpul utk makan malam. After makan malam terus kena berkumpul utk ke tapak karnival utk sesi rehearsal. Masa ni sakit hati gak ah.. sbb sound check semua, ada meeting semua dengan semua artis.. tup2 rehearsal bermula dekat jam 12 mlm. Itupun they all tak dapat buat full rehearsal sbb dah terlalu lewat. Artis2 pun semua nampaknya dah penat. Yealah penat menunggu. End-up we all balik jam 1 lebih dekat jam 2. Sampai hotel aku baru jer nak terlelap our manager, Mok sms cakap dia pergi cari nasi goreng. Aku tido jap n pesan pada kak ej if nasi goreng sampai kejutkan aku makan. hehehee.. makan gak tu.. ahaksss.. Yang kelakarnya masa makan.. tgh aku mamai n makan nasi goreng tu.. dengan baju tido suar pendek semua tu.. tup2 zimi one of the Sofaz punya team member datang bertandang ke bilik kitaorang.. alah bilik diaorang pun selang sebilik jer.. coz depan bilik aku ngan kak ej, bilik yazer. Duk lepak borak2... aku tak dapat habiskan nasi tu.. then zimi yg habiskan.. hehehe.. tapi terkejut gak ahh aku sbb suar tido aku tu mmg pendek... tak berganjak aku dari tempat duduk tu.. sampailah dia balik ke bilik jap ambik barang then bergegas aku pergi sarung suar panjang. hehehee... Kitaorang borak2 sampai jam 3 lebih kot, then zimi pun balik. Aku pun tido... Aku tak tahulah kak ej tido jam berapa tapi yg pasti aku yg selamat dulu...

Sabtu
Kitaorang dapat rehat skit hari nie.. after turun lunch, jam 3 we all berlatih bersama2 artis kat one of the dewan kat situ. Byk la benda2 kelakar yg berlaku.. kitaorang kutuk mawi la.. macam2 ahh.. Lepas rehearsal, jam 5 lebih we all dah kena start bersiap apa yg patut. Jam 7 dah nak kena standby kat lobby. Seronok tau.. dah laa every level akan ada bodyguard yg jaga we all.. pastu masa nak bergerak ke tapak karnival, kami diiringi polis n bodyguard. Nak gi toilet pun bodyguard jaga tau.. ahakss.. hehehehee.. Show start at 9pm camtu.. fuhh... giler penat tau!.. tak pernah aku pancit sampai macam nie sekali.. rambut dari kering dah basah macam mandi. Berpeluh tu tak ingat laa kan.. Anyway even penat, enjoy ahh.. n yang paling aku rasa boleh banggakan.. aku dapat berlakon tu.. depan beratus2 orang.. hahahahaa.. Siap aku kena berlakon gedik2 ngan aznil utk lagu "Dengar ini cerita". Pengalaman baru bagi aku... hehehehe.

Habis show dalam jam 11 lebih. Ramai giler orang dah menunggu2 artis kat belakang. Dengar jugak suara2 yg ckp 'dancer mmg best!'. Hehehee.. tak tahulah tu kan? Balik bilik terus we all pergi makan supper.. sampai2 sana.. ada beberapa artis karnival yg belah petang duk melepak makan. Termasuklah budak2 sofaz nie.. diaorang nampak aku terus panggil.. Tak lama makan sbb tak sabar nak balik mandi.. After makan2 aku ngan kak ej balik bilik.. mandi & terus packing balik barang2 show tadi. Budak2 sofaz ajak we all lepak kat blik diaorang main PS2.. after dah settle everything.. aku ngan kak ej pun pergilah bilik diaorang.. borak2, lepak makan maggie & main PS2. Amir sofaz buatkan air utk aku tau.. hahahahaa... Jam 5 pagi baru masing2 kepenatan. Aku ngan kak ej balik blik then terus tido..

Sunday
Bangun tido pun dah jam berapa. Lepas mandi semua terus pergi makan tengahhari beramai2. Adun bahagian batu pahat pun join sekali. Lepas dah ucapan sepatah dua kata.. sesi makan2.. then we all semua naik atas balik. Final packing barang2.. then around 3ptg baru gerak. Tapi singgah lak kat Carrefour sana sbb ada sesi bertemu artis pulak... dekat jam 4 ptg baru boleh bergerak. Kitaorang banyak lepak ngan budak2 sofaz.. budak2 tu pun mmg suka usik we all sbb diaorang tahu aku ngan kak ej nie melatah. Salah sorang budak sofaz nie pun kaki melatah gak.. we all panggil dia 'bird2' hehehe.. mmg kelakar dia nie. hehehehee... Sampai KL around 8 malam. Amir ckp nanti dia belanja karaoke n zimi pun ckp nanti senang2 datanglah tgk diaorang jamming. hehehehe.. baik budak2 nie... tak sombong!

note: kak ej ada sound aku.. "i nak tgk jer u camner minggu depan.. mak guard ker pak guard ker.." hehehe.. sbb minggu depan nie is akan join the show sekali. Hahahaha... matilah aku mesti ada yg gaduh lagi nie.. sbb zimi rapat dengan aku & ada one of the bodyguard pun ada yg mengusik aku. Kwang kwang kwang... tunggu dan lihat jerlaa.. kejadian di sarawak mungkin berulang....

Monday, November 13, 2006

Gegak Gemilang Batu Pahat

This time tak banyak ambik gambar.. Sbb banyak masa lagi leh lepak dengan diaorang tu. Tapi aku teruja ambik gambar budak yg cute nie. Aku betul2 terpegun dengan bakat yg dia ada. Kenalkan daniel anak kepada music director malam tu.. Zainal. Pemalu betul dia nie bila tahu orang nak ambik gambar dia.. dia palingkan kepala kat lain.. tapi gambar last tu.. pujuk punya pujuk akhirnya dia berikan pose yg cukup baik. Thanks daniel.

One day jika diizinkan ALLAH.. if aku ada anak.. aku akan hantar anak aku main music macam nie. ;)

Thursday, November 9, 2006

::Buzzy me::

Again... nak ngadu ttg kepenatan n ke'busy'anku yg kritikal. Buat show under Mahani punya management boleh tahan kelam kabut gak ah. Tension lak pulak jadinya. What to do kiter dah bagi komitmen ckp akan buat show tu. Tak elok lak nak tarik diri last minit. Aku cukup memahaminya coz aku pernah handle show2 camnie gaks. So sebaik mungkin aku akan cuba takkan berikan masalah pada semua orang. Coz bukan melibatkan aku sorang jer.. melibat ramai orang.. sbb bila menari nie lebih kepada team work. Tul tak? Jelingan mata masa tgh menari pun kekadang boleh menjadi satu isyarat apa yg perlu di lakukan. Even hanya ianya satu jeritan, kekadang kiter dah faham apa yg berlaku n apa yg perlu kiter buat.

Well, aku pun pernah bebelkan rite after show Aura Lebaran haritu, tanpa ada masa rehat.. aku dah start latihan utk Gegak Gemilang laks... baru aku tahu semalam.. mmg ianya show astro tapi bukan astro yg handle event nie.. astro telah serahkan pada event management yg lakukan. Boleh tahan nampak kelam kabut tak macam biasa yg pernah buat dengan astro. Semua last minit...

Bayangkan sepanjang minggu nie.. everyday aku akan sampai kat rumah dalam jam 1 lebih pagi. Semalam paling worst aku sampai umah nearly jam 3 pagi. Coz habis jer full dress rehearsal kat dewan sivik mbpj semalam dalam jam 2. Aku kena hantar kak ej balik kat pandan indah dulu.. perut pun lapar giler.. nak tak nak aku berhenti beli burger kat tepi jalan. End-up aku sampai umah dekat2 jam 3 pagi. Dah la semalam sbb penat giler.. aku masuk office pun jam 11.30 pagi. Tadipun nak tak nak aku kena push diri bangun. Itupun kira lambat gak masuk office coz sampai office around 9.30pagi.

Esok aku halfday kerja. Jam 2 ptg dah nak kena ada kat astro utk bertolak ke Batu Pahat.. Hopefully minggu depan takdelah aku buat perangai camnie lagi kat office. Dah rasa bersalah giler nie... ;)

Happy 5th Anniversary

Pejam celik pejam celik tup2 dah 5thn rupanya aku menjadi warga AmBank. Alhamdulillah... khidmat aku masih diperlukan di sini. Hehehe actually aku pun terlupa pasal my anniversary nie tapi bila aku nak apply cuti coz nak habiskan cuti2 yg masih ada.. baru aku perasan 5th November 2001 merupakan tarikh aku join AmBank.

Bermula dengan seorang web administrator di AmAssurance, kemudian menjadi Analyst programmer utk Team Website kat AmBank nie, sekarang aku bergerak masuk ke alam baru menjadi seorang analyst/planner di IT Department. Hehehee.. kekonon nak lari dari buat programming la nie. Job scope aku dah more to management things la.. banyak kena buat presentation slide utk big2 bos, kena analyst data utk tentukan hala tuju AmBank. Monitor project2 yg AmBank dah plan. Hehehee tu yg selalu gak gaduh ngan bos nie sbb suka bagi kije last minit. Hahahaha...

Menari? hehehehe.. itu part time jer. Hanya utk suka2 jer. Lagipun aku meminati seni. Better for me to join this kind of activity rite? daripada aku habiskan masa dengan aktiviti2 yg tak senonoh. Lagipun dapat income. InsyaALLAH jika di izinkan ALLAH aku nak bukak business yg melibatkan seni gaks.. Tgklah macam mana... perancangan tu ada tapi modalnya ngak ada dong.. hehehehe... Baru2 nie masa duk lepak kat Akar Karya Studio milik sheila majid & acis (alahaii cutenya dia nie...) tiba2 aku teringat pada cita2 aku with someone satu ketika dahulu. Nak bukak satu studio yg menempatkan studio rakaman, jamming & studio menari. InsyaALLAH satu hari jika diizinkan ALLAH akan aku teruskan cita2 tu.

Anyway.. Happy 5th Anniversary to me! Thanks ALLAH...

Monday, November 6, 2006

Jiwa kacau

Last week critical betul keadaan aku. betul2 jiwa kacau sampai aku sendiri tak tahu mana hujung pangkalnya. Tapi yg aku dapat detect akhirnya mungkin because of jepun nak datang menyerang. Tapi impak dia begitu mendalam ahh... Semacam betul kekacauan yg melanda. Macam tsunami! Semua benda jadi sensitip, semua benda jadi tak kena, semua benda aku fikir. Sampai aku sendiri fed-up keadaan camtu aku nangis tak tentu pasal la. Dah la masuk2 office jer aku banyak kije. Busy menyiapkan all presentation slide utk Board meeting end of this month. Pastu at the same time aku kena buat programming balik. Uwaaa... ini pun aku curi2 mengomel tau coz takde mood nak buat kije. ;) Sejak balik dari cuti raya aku asyik gaduh jer ngan bos. Ahakss.. aku dapat rasakan bonus & increment tahun nie akan kurang. Yealah bos kata satu aku jawab 10. Kalau bengang sangat.. bos ckp apa pun.. aku diam jerkk.. hehehehehee...

Hmmm... Ntahlah... Aku pun tak faham.. People can see i'm smiling, people can see i'm laughing but do they know deep inside my heart? How i feel? What i face? Maybe some of them tahu coz tak ramai yg tahu pun masalah yg aku face sekarang nie but i dun think so they can understand. Aku tak salahkan diaorang pun kalau tak faham coz i just need their support.. So far alhamdulillah my parents amat memahami, kakak2 & adik2 semua. I love you all. Thanks... So far my 2nd sister la tempat aku luahkan apa yg terbuku dalam hati ni. Kekadang sambil luahkan perasaan tu bergenang2 air mata nie.

Tapi sib baik gak aku busy kan? At least aku dapat membusykan diri nie so tak sempat la nak melayan perasaan sangat. Takpelah.. slowly rite? Aku tahu aku kuat.. dah macam2 aku face before this. Fitnah & penghinaan, semua dah aku lalui. Semua tu asam garam kehidupan kan? Tapi even sometimes aku menangis, ada masanya aku pun happy... Aku tahu n yakin ALLAH itu Maha ADIL... Ada masanya kiter di atas n ada masanya kiter di bawah. betul tak?

Open House & Majlis Bertunang

Actually aku a bit terkilan coz tak dapat menghadirkan diri ke satu pun jemputan baik open house Nuurah, Kak Atie & Marina ataupun menghadirkan diri ke majlis pertunangan Lynn.. mmg a bit terkilan la especially majlis pertunangan tu coz baju semua aku dah prepare tp nak buat camner masa yg aku ada tak mengizinkan. I'm so sorry k kawan2? Nord takleh tetapkan masa.. kalau nord sendiri dapat setkan masa, insyaALLAH nord akan redah jugak kejap. Tapi apakan daya.

Pasal majlis bertunang tu.. actually a bit ada rasa terkilan & 'ketinggalan' pun ada coz tuan empunya diri sendiri pun takde nak inform apa2 to me. Ntahlah may be dia too busy coz yealah banyak benda yg nak di bereskan + may be jugak dia tak nak ganggu aku yg sememangnya dia tahu aku busy. Takpelah what to do... aku kan BUSY! Nak kata aku sengaja tak nak pergi.. takdelah camtu. Punya aku beria carik baju utk menepati tema majlis tu.. tapi akhirnya aku tak dapat join. Nak kata salah aku pun tak.. coz at the first place majlis tu di jadualkan pada 4th Nov tapi perubahan tarikh tak diberitahu. So aku just accept jerla show tu. Anyway CONGRATULATIONS to AZLIN & BOY. I'm so glad finally both of you berjaya jugak mengharungi segala rintangan in your relationship. So nampaknya nord mmg paling last laa kan? Paling bongsu... takpelah.. belum tiba masanya lagi.

Aura Lebaran

Akhirnya penat lelah latihan selama seminggu berakhir semalam. Busy giler aku this week... coz kekadang terkejar2 dengan latihan utk konsert gegak gemilang astro yang akan bermula 11 November ini. Semalam baru jer habis satu show.. but today aku dah start latihan balik. Fuhh...

Ahad
Show semalam habis around 11 something coz dalam jam 12 lebih baru aku dapat sampai kat umah. Jadual semalam kira padat gak ahh.. coz seawal jam 8 pagi aku dah di kejutkan utk sesi latihan 'show tiba2' utk backup Fazley bagi Majlis Rumah Terbuka Jabatan Perdana Menteri kat PWTC. Kul 9 pagi dah start latihan.. jam 11 lebih start make up.. bergegas ke PWTC.. around 4.30 show fazley habis. Aku pun ciao balik umah jap coz penat ooo.. aku ambik keputusan malas nak cuci make up dah.. tak larat nak make up balik. Duduk rileks jap kat umah. Goreng keropok lekor utk bawak ke rtm, then settle goreng keropok aku bergegas ke rtm. Sib baik 'tentera jepun' menyerang.. so takdelah rasa bersalah sangat. Itupun sib baiklah masa berkumpul keep bertukar.. memula jam 2 ptg.. pastu ke 4 ptg.. pastu tup2 jam 6 ptg. Itupun aku takleh make it at 6 dekat rtm sbb kak shikin mintak setiap sorang dancer bawak satu food. kekonon buat cam pot luck makan2 kat rtm.

Sabtu
Ingatkan hari cuti aku boleh la curi masa sikit utk berehat.. bangun lambat ker tapi ternyata hampa. Aku mmg nampak sehingga akhir tahun nie aku takkan dapat peluang mcm tu. Seawal jam 8 aku dah bangun.. kemas bilik skit + basuh baju mana yg patut. Takut tak sempat nak jumpa my parents yg dah sampai KL hari khamis lagi (my mum pun dah sms tanya tak nak jumpa ker?) aku pun bergegas ke damansara.. aku tak sempat nak packing barang show coz today ada full dress rehearsal n part yg paling tak best kena ada kat rtm jam 2 ptg dah. Geram tul aku coz aku dah tak tahu nak bahagikan diri aku nie camner dah.. Byk tempat aku nak kena pergi.. So nak tak nak kena buat kos melepas... nak lepaskan perasaan parents tu cam tak sampai hati... so aku ambik keputusan jenguk my parents coz lagipun akak aku yg sulong sibuk keep calling me tanya nak sampai jam berapa umah dia coz dia mintak tlg make upkan dia yg nak ke majlis high-tea. Sampai damansara around 9. 45 duk lepak jap.. around 11 aku start make-up my sis then 12.30 bergegas aku balik ke umah. Packing barang2 show, sidai baju yg di basuh then terus ke rtm. Penatnya ALLAH jer yg tahu.. Jam 12 tgh malam baru aku boleh sampai kat umah balik... Zzzzzzzzzzzz

Friday, November 3, 2006

Gegar Gemilang

Last nite, after sesi latihan di RTM for Aura Lebaran this Sunday, aku ngan kak ej terus ke Akar Karya Studio coz kawan2 dancer utk road tour astro sedang praktis kat sana. Aku ngan kak ej just nak passkan gambar passport utk buat tag. We all tak dapat join lagi sesi latihan coz dah bertembung dengan latihan show Aura Lebaran tu. So we all akan start latihan kat sana next Monday. tapi b4 this aku dah pernah pergi sesi latihan ini 2 kali.

Sesampainya kat sana, terkejutnya aku coz ramai artis2 yg boleh dikatakan mempunyai nama2 yg besar jugak seperti Anuar Zain, Erra Fazira, Mawi, Zahid, Farah AF2, Farhan, Marsha, Adibah Noor & tak lupa juga Aznil Nawawi.

Terpaksalah join sekejap sesi latihan nie. Ingatkan nak kejap jer.. tup2 terpaksa lama. Tapi oklah boleh berbual jap ngan mawi & zahid. Ada satu incident, aksi yg aznil buat dah menyebabkan aku melatah n from there aznil dah perasan aku nie melatah... dia dah gelakkan aku.. then zahid perasan n dia terus ckp kat aznil.. ha ahh.. dia nie memang. Aduhh... Ada satu ketika aznil sengaja buat aku melatah n kebetulan pulak that time suasana tgh sunyi seketika. Tup2 suara aku jer yg kuar melatah.. aduhh malunya.. sampaikan farah yg duduk sebelah sana tanya.. Saper yg melatah tu?? Aduhhh.. malunya aku...

Tapi syiok rasanya buat show kali nie coz artis2nya boleh dikatakan hebat2 belaka.. Tak sabar rasanya.. tapi dari 7 tempat show ini di adakan.. aku hanya akan buat 4 tempat jer.. yg lain2 aku kena tolak.. coz ada kenduri nur aishah laa, kena make up member kawin la & maybe aku ke sabah.

Hmm... lately aku jiwa kacau. Oh yea lupa nak update.. last monday aku gi jumpa lina sarawak kat klcc. Kebetulan dia ada kat sini n aku pun curi masa lunch la gi jumpa dia. kalau tak jangan harap leh jumpa dia. Dia dengan baby alia n parents dia. Ya ALLAH cutenya anak lina... comeeeelllllll....

Wednesday, November 1, 2006

Gitu-gitu

Just wanna share with you guys... i love this picture so much. Bukan yg gambar aku sorang nie tau.. but gambar aku ngan my daddy nie. Unik kan? Cam zaman dolu2 jerk. For those yg tahu cerita pasal me n my dad satu ketika dulu mesti takkan sangka bila tgk gambar nie. My mum pun tersenyum bila tgk gambar nie. Ahakss..

Tuesday, October 31, 2006

Raya 2006


This is the latest picture of my family. Punyalah susah tau nak dapatkan gambar nie. Especially nak buat budak2 nie duduk diam. Alhamdulillah raya tahun nie meriah dari last year.. Yealah coz this year semua dapat berkumpul di pagi raya. Tapi yang penatnya akulah di pagi raya tu.. dah beratur kakak2 n adik minta di make-up kan.

Eh.. ada kije nak kena siapkan.. nantilah aku update kemudian.. bising lak bos aku nanti. ahakss..

****updated****

Fuhh.. 2 hari start kerja.. banyak pulak kerja yg perlu di settlekan. Ini pun curi masa jap bos half day, so i take this chance to update my blog. Raya cam biasa n this year pun alhamdulillah adikberadik semua dapat berkumpul + ramai jugaklah yg datang beraya especially masa Open House. Sampai ke malam laa tetamu yg datang.

1st Raya seperti biasa selepas sembahyang raya, kitaorang semua berkonvoi ke Kuala Terengganu balik kampung belah my mum. Beraya bersama atok n nenek. Kebetulan masa sampai sana.. semua adikberadik my mum pun ada.. meriah laa suasana. Sanak saudara pun ramai yg datang. Tak lama barulah we all bergerak ke rumah saudara mara yang lain. Atok n nenek belah my dad dah takde.

2nd Raya my parents buat open house. Saudara mara, kawan2 my parents, kawan2 adik ramailah yg datang.
Tapi yg bosannya akulah.. kawan2 satu kampung dah tinggal beberapa kerat jer. Terus teringat kawan2 kat KL, Yealah masing2 still ingat my parents kat KL n sibuk sms tanya bila open house coz nak datang raya. Yang kelakarnya korie pun sama.. siap call aku ckp nak datang umah coz dia ingatkan rumah aku kat KL. Hampeh.. dah sah2 masa aku bertolak dari KL that day aku dah bagitahu i'm going back to Terengganu. Kerja aku kat umah.. balik2 aku layan karaoke.. sometimes melayan my dad berkaraoke. Siap berduet tu lagu Jangan Pisahkan. Ahaksss... itu jerlah kerja aku masa hari raya tempoh hari. 3rd day tu adalah aku keluar seperti biasa bersama kawan, zepi, jang, mustapha & izzie. Kitaorang meronda rumah rakan2 yg terdekat.

Raya ke 4, Adik Beradik my dad lak datang serang rumah.. Hahahaa.. yg bestnyakan.. semua ckp aku dah kurus!! Ahakssss... yeayyyy.....

Raya ke 5, Aku dah balik KL dah.. seawal jam 10.45 pagi aku bertolak dari rumah. Alhamdulillah semuanya selamat.

Friday, October 20, 2006

Salam AidilFitri


To all my dear friends...

Dah kuruskah aku?

Hehehehee... topik kali nie menarik jer kan? Hahahahaa.. Hmm tapi buat masa sekarang.. if aku jumpa saper2 pun itulah ayat yg akan keluar dari mulut diaorang. Especially kakak2 kat sini.. diaorang ckp aku dah tak cantik.. kalau dulu seksi jer.. sekarang dah kurus.. nampak ketara sangat kata diaorang. Bayangkan ini kakak2 yang tgk.. kiranya ini pandangan orang perempuan. Kalau lelaki aku tak tahulah.. Tapi bila diaorang duk ckp camnie.. barulah aku tahu yg b4 this aku di perhatikan jugak oleh kakak2 ini. Ahakss..

Tapi aku suka camnie.. Aku nak kurus.. tak nak laa berisi cam b4 this.. nak menari pun berat tau. Even kak ej pun pesan. You jangan kurus lagi.. nanti buruk sangat rupanya. Hmm.. aku pun rasa camtu.. taknak laa kurus giler2.. cukuplah badan sedap2 mata memandang.. hehehehee... kang kalau kurus sangat pakai baju apa pun dah tak cantik & dah tak seksi.. Hahahahha.. auuwww... Kalau berisi ni susah.. kalau masuk tv orang tgk cam tembam semacam jer... Cam my mum ckp.. sedara mara kat kampung duk sound kata aku nampak gemuk. Tapi my mum ckp.. takdelah dia takdelah gemuk. Hehehee.. aku tersenyum jer dengar ayat from my mum.. tapi aku sempat pesan kat my mum.. takpeeee... nanti depa tgklah masa raya. Ahaksss...

Tapi hopefully janganlah sbb bulan pose nie jer.. hehehee... Baju2 raya aku pun semua aku kena 'edit' balik. hehehee.. kena kecikkan... auww...

Hmm.. apa lagi aku nak bebelkan ek? Dah takde mood langsung nak buat kije nie.. masing2 dah mood raya.
My first sister dah on the way balik kampung dah. Rasanya dah nak sampai kot dia.. My 2nd sister dengarnya plan nak balik esok. Aku?? Hehehehe.. aku akan balik on sunday maybe tengah hari kot. InsyaALLAH... So, setakat ini jelah dulu bebelan aku sebelum hari raya nie... See you again after hari raya dengan bebelan yg ntah ke apa2 ntah lagi...

Thursday, October 19, 2006

Happy Birthday Nuurah.

Today is ur day.. To Alizatul Nuurah.. Happy Birthday. Dapat tak my sms last nite? Anyway Happy Birthday.. Semoga panjang umur, murah rezeki & di berkati hidup dunia akhirat. Semoga nuurah sentiasa bergembira di samping Suami (adam) & anak2 yang tersayang...

Amin ya rabbal alamin.

note : To CT Azlina.. hehehee.. thanks for your kad raya. Baru dapat harinie...

Penat...

Semalam aku gi shopping baju raya utk my daddy & my little bro. Alhamdulillah dah dapat akhirnya.. 2 pasang baju melayu kat butik Den Wahab. Fuhhh sakit gak ahh nak membayar tu... takpelah sekali sekala kan? Tiba2 lak aku berniat nak hadiahkan my daddy baju melayu tahun nie.. Tapi semalam tak sempat mana nak gi shopping raya pun.. sempat gi ambik baju2 raya aku kat damansara + gi beli baju utk my daddy & little bro jer.
Aku ada 2 hari jer lagi utk cari apa2 yg patut b4 raya. Coz i'm going back to terengganu on sunday. Tadi pun aku sempat gi survey CD karaoke utk bawak balik n berkaraoke kat rumah nanti. Aku siap belikan CD lagu pop yea yeah tuk my daddy.. hehehehee...
Semlm gak my mummy ada sms bagitahu yg kitaorang akan buat open house on 2nd day tu. Satu yg aku bimbangkan takut is datang. Bukan tak nak kasi dia datang but then aku kesian.. jauhhhh... dia tu dah la bawak keter macam lipas kudung. Dari haritu lagi dia tanya aku my mum buat open house bila? masa tu aku dah terdetik dah.. Nape tanya? nampak cam nak datang jer.. but that time mmg aku jawab dunno since mmg aku tak tahu. Oklah fine.. but suddenly semalam masa dalam kereta.. zepi ada call n aku terckp kuat pada zepi... yg my mum ada buat open-house. So nak tak nak i have to bagitahu la kan? Last 3 or 4 years dia pernah datang.. tapi masa tu rumah kat kemaman.

Tuesday, October 17, 2006

Shopping raya!

Esok aku ambik leave sbb nak gi shopping baju melayu utk daddy aku & adik aku. Tahun nie aku sponsor baju melayu utk diaorang.. tapi utk my daddy tu.. SURPRISE!!... dia tak tahu menahu pun.. Esok is akan bawak aku gi survey baju melayu, yealah coz aku tak tahu mana nak cari baju melayu yg ok. After that may be aku akan gi tgk kasut utk aku lak + pi kutip baju2 raya aku yg dah siap tu.. jangan tak tahu.. tahun nie aku raya sakan.. 9 pasang baju tau.. hehehehhee... giler kan? Bukan di sengajakan pun...

Td aku baru balik dari klcc ngan kak has.. survey kasut2 yg ada.. Sedih sangat rasanya coz mana2 kasut yg tangan ini capai.. harganya mesti RM200+ ke atas.. aduuhhhh.... tensionnya... paling murah yg aku pegang pun harga dia RM99. Camner nie? Inilah masalah aku sebenarnya...


Klah.. nanti hari khamis aku update apa yg berlaku.. hehehehe... excited lak rasanya... ciao

Monday, October 16, 2006

-Luahan hati-

Dunno why this few days aku rasa happy.. Alhamdulillah laa.. cuma may be ada sesetengah orang yg tak faham apa yg berlaku sekarang ini. Takpelah yg penting aku happy kan??

Aku tahu sesetengah orang takkan memahami sehinggalah diaorang berada di tempat aku. Lalui apa yg aku lalui.. Tapi apapun semua ini kehendak hati aku kan? Aku happy dengan cara ini... walaupun penat but then aku happy dengan kepenatan aku. Cam kata sultan muzaffar.. AKU PUAS... ahakss.. kepuasan hati laa.. sbb orang lain takkan happykan diri kiter melainkan diri kiter sendiri yg happykan diri kiter kan? betul tak?
Aku happy dengan cara hidup aku sekarang ini. Mungkin kalau di lihat dari perspektif agama, mmglah tak aku nafikan mmg tak elok aku menari.. tapi jika di lihat dari segi lain.. aktiviti menari inilah yg mengisi kekosongan dalam kehidupan aku. Selain mengajar aku mendisiplinkan diri. Yealah mengajar aku cammana nak menepati janji bila dah berjanji dengan orang dan komited pada kerja kite. Aku rasa ada kebaikannya. Di samping ianya merupakan satu senaman.. boleh menyihatkan badan.. tambahan pulak dapat memberikan aku pendapatan yg sedikit sebanyak dapat membantu aku di kala kesusahan.

Sometimes aku tak tahu camner nak explain pada kawan2 tentang kesibukan aku dan jugak keseronokan aku melalui pengalaman ini. Mmg ada masanya aku mengeluh.. tapi aku buat jugakkan? berhenti?? bukan tak pernah aku fikirkan... pernah.. cuma belum sampai masanya lagi. InsyaALLAH suatu hari nanti.. Pada mereka yg berdarah seni mungkin faham.. tapi pada mereka yg tidak.. aku tak menyalahkan mereka..

Sesi Berbuka Puasa AdikBeradik

Semalam berlangsungnya sesi berbuka puasa geng adikBeradik kat rumah etty. Hehehehe port biasa.

Kali nie kitaorang buat sesi pot luck, masing2 bawak food. Aku as usual di minta utk bawak ikan bilis cili padi.. fuuuhhh licin bebb... sian sarah & etty yg makan last dapat rasa sikit jer.. dah tinggal sisa2.

Lepas majlis berbuka puasa.. selepas masing2 dah menunaikan solat maghrib.. kitaorang tiba buat meeting tergempar pasal sesi cuti2 adikberadik ke langkawi tahun depan.

Gambar kat sebelah adalah antara gambar2 yg sempat di snap semasa sesi meeting. Kali ini pengarah projek ialah boy. Macam2 aktiviti yg kitaorang plan nak buat macam enjoy jer. Siap diaorang kosongkan tempat satu utk 'seseorang' yg tak tahu akan ada ker tak by that time. Hahahhaa.. siot jer dioarang nie tau.. tapi kalau that time aku tak dapat cari lagi bf.. aku boleh ajak jer saper2 kan? hehehehehee.....tapi boy bising.. dia tak kasi aku bawak saper2 sbb dia dah seronok dah katanya ada 2 puteri yg akan teman dia.. hampehh.. hahahahaha... aku banyak mendiamkan diri coz kalau takde aral melintang.. insyaALLAH aku dapat peluang ke oversea.. takutnya nak bagitahu diaorang nie coz itupun semalam diaorang dah bising.. apa2 show yg bakal aku terima ketika itu.. aku kena batalkan. Aku betul2 hope tarikhnya berlainan.. janganlah bertembung.. tapi masalahnya bimbang cuti jer laa.. Bos lepas ke tidak...

Anyway bila kitaorang berbincang pasal aktiviti kat sana.. aku cam tak sabar jer nak pergi sana... mesti enjoy kan?

Friday, October 13, 2006

Konsert Pop Yea-yeah Raya

Semalam aku tak dtg kije . Aku tak sihat.. Aku tido jer.. Bos sms tanya pun aku tak jawab.

Last Tuesday.. berakhirnya saat kesibukan aku utk bulan ramadhan ini... Alhamdulillah.. aku seronok sangat sbb akhirnya aku akan ada masa utk berehat. Dahlah tak berapa sihat nie.. sib baik gak time nie aku ber'cuti' puasa. InsyaALLAH esok atau lusa kot aku akan berpuasa balik.

Harinie tak berapa sihat gak lagi. Tapi aku gagahkan jugak diri ke tempat kerja. Kakak2 kat sini tadi ckp.. kalau dah tak sihat tu ambiklah lagi MC.. tapi aku tak nak ahh.. malasss.. cukuplah ubat yg doktor kasi 2 hari lepas.

Masa konsert pop yea yeah tu.. Mama ada datang ngan auntie sebelah umah dia... baby pun ada sekali. Hehehehe.. malunya aku rasanya.. memula aku ingat tak datang.. tapi mama siap melambai2 tangan dia kat aku.. terus aku jadi gabra semacam jer.. hehehehe.. Sib baiklah shooting tu tak melarat sampai ke 2,3 pagi.. n show lak cam running show biasa takde sebarang ulangan.. alhamdulillah... hehehehe...

Zahid ada utk show ni.. Yang kelakar masa part sesi latihan a day b4 tu. Aku tak nampak langsung kelibat zahid n dia hanya muncul bila nak nyanyi.. dia pun tak tahu akan ada dancer utk back-up dia. Sekali masa nak ending song tu.. barulah dia berpaling utk ada eye contact ngan dancer.. sekali time tu aku tgh pandang dia.. n dia lak pusing ke arah aku.. n dia boleh buat muka terkejut sbb nampak aku.. hahahaha.. aku pun gelak. Tapi selepas tu.. pantang nampak aku jer dia akan cucuk aku sbb dia mmg tahu aku nie melatah.. ahaksss..

Tuesday, October 10, 2006

I'm not feeling well...

Actually this 2,3 days i'm not feeling very well. May be because of jerebu yg tgh melanda Malaysia sekarang gak kot. Aku lak busy giler.. tido pun kalau tak jam 2,3 pagi tak sah... mulalah aku jadi lambat masuk kerja. Sib baik kakak2 kat sini semua ok. Sbb aku lambat camner sekalipun.. diaorang tak bising aku balik jam 5 ptg.. hehehee... Bulan puasa we all ada a few option.. tapi aku masuk cam biasa pun.. aku tetap berkemas barang tepat jam 5 ptg.
Aku sakit tekak, selsema n sometimes 'sinus'.. giler sakit kepala aku.. di tambah lak lagi ada ulser.. fuuuhhh... mmg best tul.. tgklah.. kalau aku tak larat adalah dalam this week aku tak datang kije.. tadi pun nyaris2 gak.. tapi aku kuatkan semangat gak datang. Masuk kije arinie lak cam best jer.. masa berlalu dengan pantas.. aku busy arinie.. even tak sihat aku dapat concentrate buat kerja arinie.. seronok lak pulak rasa kalau busy2 camnie.. especially banyak kerja tapi no pressure.. i likeeee....
oklah.. nak ciao dulu... nak sambung buat kije.. ini pun selingan jer.. saje nak ngadu.. aku sakit!!!

Monday, October 9, 2006

Teman Tapi Mesra








Last saturday-surprised-kelakar-fun-sweet n touched.

Kekasihku
Jangan bersedih lagi
Keringkanlah titisan air mata di pipi(mu)

Kekasihku
Tabahkan hatimu
Sekalipun tak pernah terduga
Halangan yang melanda
Melenyapkan Impian bersama

Jangan dikesali
Atas apa yang terjadi
Mungkin rahmat sebaliknya
Membuahkan bahagia

*Kekasihku
Aku tahu
Kita sama saling percaya
Tidak pernah
Ada dusta
Kasih antara kita

Jangan berduka (kekasihku)
Jangan berdendam pada sesiapa
Bersabarlah Menerima
Segala-galanya dengan redha

( bridge )
Mungkin suatu hari
Kita akan bersama lagi
Aku masih mengharap
Segalanya kan
Berulang semula

( korus *)

Friday, October 6, 2006

~I-N-A~

Haaa... hehehehe... actually aku tgh menahan kesakitan nie.. aduuhhh sakittttt... tapi aku nak gaks letak gambar yg baru jer aku snap semalam.. gambar aku ngan mawi.. Blurkan? sbb kamera hp kak ej tak berapa mutu gambarnya.. seblur keadaan jerebu yg sedang melanda Malaysia sekarang ni.
Hahaha.. aku saje je letak Ina Mawi Vs Ina Is nie.. Sbb aku selalu gurau ngan is.. aku ckp bukan jer ada Ina Mawi tapi Ina Is pun ada coz based on hadiah harijadi aku yg lepas, is menghadiahkan aku seutas rantai yg tertulis Ina Is. Ahaksss...

Actually aku saje jer nak ambik gambar ngan mawi sbb saje nak panaskan kakak2 kat sini yg mmg fanatik Mawi nie.. Mmg kecoh gak ah jap tadi coz akak2 nie tak puas hati.. Hahahahaa... korang pun tahu kan aku nie suka mengusik orang. Ahakss... Oklah ada kije ahh.. ciao...

Thursday, October 5, 2006

Konsert Fenomena Dayang & Jaclyn Victor

Harinie aku masuk kije lambat.. Jam 10.15 kot aku sampai office. Penat giler semalam tak habis lagi. Shooting semalam habis dalam jam 1.30 pagi. Giler kan? Aku pun dah kepenatan giler especially masa buat lagu joget raya satu tu... Apa yg tak kena pun tak tahu. Rasanya problem pada Jac rasanya dia tak tahu camner nak nyanyi lagu raya tu. Tak silap rasanya kena ulang sampai 4 kali.

Music Director kali nie sama macam minggu lepas iaitu Acis. Makin lama tgk makin cute lak si acis nie.. bertuah sheila majid. Hahahahha.. (gatal la pulak...) Drummer dia sotong tak silap aku.. hahahaa.. teringin nak belajar salsa tu. Aku malas nak berbual tanya sotong coz i know dia bukannya ingat aku pun. Alah jumpa sekali tu jer...

Semalam aku perasan cam aku dah semakin kurus.. hehehehhehe yahhooooo... sbb seluar yg biasa aku pakai dah menggelebeh.. samalah ngan seluar kije yg aku tgh pakai sekarang.. dah menggelebeh.. alamak habislah baju raya i yg dah lama tempah tu.. sure longgar... Uwaaaaa...

::Happy Birthday to Iskandar ::

Today is your day.. Happy Birthday! Sorry last nite.. habis shooting lambat la.. tapi i manage to wish you on time rite? Nantilah one day.. kiter berbuka sekali n that time kiter celebrate terus sekali k? Semalam masa gi beli makanan berbuka ngan abg korie nyaris nak belikan cake tapi bila pikir takut shooting tak tentu masa habisnya + takut abg korie akan ada bermacam2 pulak spekulasinya nanti.. so tu yg tak jadi beli tu.

Anyway.. One more time.. Happy Birthday Dear.. Semoga ALLAH memberikan kehidupan yg terbaik & sentiasa memberi perlindungan serta bimbangan di dunia ini. Tak lupa semoga ALLAH murahkan rezeki & panjangkan umur... Amin ya rabbal alamin.
Note : Tak sabar nak gi jenjalan ke sabah insyaALLAH end of this year.


Wednesday, October 4, 2006

Tomorrow is your day!

Esok birthday dia. Tapi aku tak sempat nak beli apa2 hadiah pun lagi. I'm too busy cuma aku rasa aku tahu apa yg hendak aku hadiakan pada dia. Cuma yg tak best lambat sikit ah.
Takpelah kan as long as ianya ikhlas dari hati ini rite?

Antara Aktiviti berbuka puasa

Alhamdulillah kiter dah berpuasa selama 11 hari and alhamdulillah jugak aku masih lagi berpuasa penuh buat masa sekarang. Tapi aku dapat rasakan tak lama lagi nie.. hehehehe...

Aduh tiba2 teringat sotong goreng kat umah my 2nd sis last weekend. Sedap siotttt.. rempah tu darling beli kat Singapore.. jauh lak tu.. aduuhhh.. besttt... Last weekend my 2nd sis tu buat berbuka puasa lagi.. but then kali nie more to sebelah my brother in law punya side la. Mama, Darling , May May & Baby yg datang... Bell aku rasa datang kemudian kot coz masa aku ciao dari umah my sis tu.. aku dgr mama kata bell on the way. Masakan aritu.. darling masak nasi beriani.. n barbeque lamb, udang, sotong & ikan pari... fuuhhh.. tapi paling aku tak dapat lupakan sotong goreng kunyit tu.. my favorite!!!.. perkkkhhhhhh... tangkap leleh siot.. Hehehe al kisah a day b4 that.. darling ada lepak umah my sis n kitaorang duk berborak pasal dunia seni nie.. pastu darling ajak berbuka kat OU makan steamboat.. tapi aku malas.. aku penat sangat.. aku balik umah then masak sendiri jer.

Soon aku tak tahu samada Majlis berbuka geng AdikBeradik dulu ker or Berbuka ngan korie dulu. Korie ckp nanti nak ajak gi makan kat Casablanca Restaurant. Tapi yg pasti aku tak sabar nak tunggu Majlis Berbuka AdikBeradik... memula we all decide nak gi makan buffet.. tapi pikir punya pikir cam membazir... so as usual kitaorang akan buat majlis berbuka kat rumah etty... Makanan masing2 akan bawak satu lauk sorang. Awal2 lagi aku punya ikan bilis masak cili padi dah di tempah awal2. Hehehehee... dah lama gak aku tak masak masakan tu kalau tak dulu2 aku akan masak ngan sup bodoh aku. Hehehehee.. best tauuu!!.. perkhhh kecur la pulak air liur aku nie.. hmmm sabarrrrrr... berbuka tak lama lagi...

Antara penat, penat n penat.. err bukan peanut ok?

Tak tahu nak letak title apa.. kerja ada tapi takdelah nak urgent, badan pulak penat so kesimpulan aku jadi malas nak buat kerja. boleh? Jadi kebetulan dapat update blog nie, izinkan aku nak merapu apa2 jer yg terlintas dalam kepala ok? hehehhee...

Penat? Ha ah.. penatlah.. sekarang nie lagilah dalam pada duk praktis utk show korie konsert Fenomena, aku pun ada latihan utk Konsert Pop Yea Yea Raya. Just imagine utk konsert pop yea yea tu.. sebanyak 23 lagu kena back up.. sebab tu kak shikin ckp dia kena start awal latihan.. so bertembunglah dengan latihan utk show korie ni. Berlari2 laa aku.. kalau ngan korie takde apa2 nak buat.. aku gi lari latihan ngan kak shikin. Sib baik semua kat rtm. Malam nie dah start recording tuk Konsert Fenomena, so lepas nie boleh la aku concentrate to latihan kak shikin.. sometimes buat lagu pop yea yea nie enjoy tauuu... yeaaaahaaa... You guys tahu tak tahap kepenatan aku camner? sometimes b4 aku gi latihan.. usually aku balik umah dulu coz korie kata kumpul jam 8.30. Biasanya after solat maghrib baru aku gerak.. tapi 2,3 hari nie.. bila aku sampai umah jer.. aku leh tido dulu jap.. fuhhh syiokk ooo... bila dekat nak berbuka baru bangun.. siapkan food then makan!.. Ahakss.. tapi arinie uwaaaa.. aku takleh buat camtu since aku ingat memula boleh la rest coz korie offer diri akan belikan food utk berbuka.. sekali tu.. dekat nak balik dia leh tanya aku sampai jam berapa coz dia nak aku ikut dia pergi beli food tu.. aduuhhh hampehhhh.. baru ingat leh rehat2 skit... ;( Oh yea nak aku citerkan kat korang korie berpuasa tau cam kiter semua.. tahun lepas katanya dia puasa 20hari.. but this year aku cabar dia puasa penuh n dia ckp "ok abg cuba!" hahahaha.. tak tahu nape tapi rasa bangga bila ada kaum lain yg sama2 nak merasa nikmat berpuasa tu.. aku cukup kagum!
Bila sebut korie teringat aku sebuah kisah baru2 nie.. al-kisah aku ngan is bertukar kereta. Aku lak ada latihan ngan korie + we all berjanji berbuka bersama2.. (shhhhh.. jgn bagitahu is.. kang kantoi coz dia ajak aku berbuka dengan auntie n uncle dia tapi aku tolak) Sekali bila korie tgk aku yg bawak honda tu.. dia tanya "where is ur chevy?" aku jawab "Chevy gi ipoh" then dia tgk honda n tanya... "Mana tuan honda?" then aku jawab "Tuan honda pun gi ipoh" then abg korie diam... then masa kat meja mkn tiba2 korie tanya aku lagi.. "Abg nak tanyalah satu soalan... Nord ngan is tu ada apa2 ker?" Hahahahhaha... aku punya gelak giler.. yg si nor keramat lak terkemut2 kat sebelah.. tapi aku jawab.. "Takde apa2lah bang... kitaorang baik n mmg rapat" hehehe bak kata Epah.. Teman tapi Mesra! ;)

Special Thanks

This special entry aku dedicatekan to all my friend. You guys know why rite? ;)
Thanks to my sis Yong, Shaba, Abg Azam, Nad, Etty, Jun, Kak EJ & my dearie Iskandar.
Thanks a lot n i love you all...

Internet Access Problem

Well quite sometimes AmBank ada masalah internet access nie.. geram tul... Lembab giler pastu dia 'hang'. Sakit jiwa.. semalam penat jer aku tulis wish "thanks" to everyone yg help me.. tapi tup2 ingatkan dah save.. rupa2nya tak masuk langsung.. hampeh... Ini pun aku tak tahu lepas ke idak.. Apa kata kiter test nak? Ok.. ciao..

Wednesday, September 27, 2006

Maybe it's because of me......

Yesterday i'm not working... Since Monday actually aku dah dapat simptom2 macam nak fever. Tapi dia cam seram sejuk camtu jer but then badan mmg rasa cam penat giler2... i think i know why.... Maybe it's because of me too tired.. tak cukup rehat coz if i'm not mistaken mana ada masa yg aku betul2 rehat? Semalam kira tahap maksimum dah kot badan dah tak boleh nak terima lagi kepenatan yg tak terhingga. Badan penat.. otak tak dapat jalan dengan betul.. then i cannot remember the step given to me... aduuhhh.... so aku jadi pressure...

Semalam bila aku dah rest satu hari.... hmmm.. rest ker?? heheheheh.. mmg takleh duk diam kot aku nie... tapi kira cukuplah.. lepas aku inform my collegue yg aku tak gi kije.. aku sambung tido sampai jam 12.30. Bangun tido aku leh gi basuh baju.. then sambil tu kemas dapur.. then kemas barang2 dalam fridge... pastu kemas bilik.. settle kemas bilik aku bersiap keluar umah gi pusat bandar damansara gi beli barang2 dapur apa yg patut... balik rumah.. aku rest jap.. then aku start masak... tapi kiranya badan dah ok skit ahh.. energy dah rasa ok.. Yealah mana tak oknya every nite balik jam 12 lebih... aduuuhh.. tension!...
So today is shooting time.. arkkhhh... esok??? hmmm.. my parents here.. but aku ada latihan abg korie lak... auwwwww....

Monday, September 25, 2006

Gathering Majlis Berbuka

Semalam ada gathering semua adikberadik yg ada kat KL nie. Berbuka puasa sama2 kat umah my sis yg 2nd tu. Seronok dapat berbuka sama2 tapi aku tak masak sekali la.. hehehehe.. aku hanya di tugaskan singgah ke mana2 pasar ramadhan n beli kuih muih & fruit. Itu jer.. Tapi yg tak seronoknya lepas berbuka.. aku bergegas ke RTM.. benciiiiii!!!... sepatutnya kalau ikutkan takde latihan hari nie.. tapi sebab tak sempat buat so we all kena datang gaks.. so aku lepas solat maghrib.. aku pun bergegas ke rtm. Tapi kitaorang geng2 dancer ada plan nak berbuka sama2 n terawih bersama2. InsyaALLAH...
note : I'm not feeling well today!

Friday, September 22, 2006

Ramadhan datang lagi...

salam kawan2... Nak ambil kesempatan nak wish Selamat Berpuasa... & nak mintak maaf seandainya ada salah dan silap samada secara sedar & tanpa sedar.

------- petikan dari email nuurah -------

“Do'a Malaikat Jibril Menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri; dan
* Tidak berma'afan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapat kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jum'at.

Karenanya melalui pesan ini saya memohon maaf, baik yang tidak disengaja maupun yang disengaja, Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa ini dengan khusyuk.”

Amin ya rabbal alamin.

Thursday, September 21, 2006

Kecoh satu office!

Hehehee.. Kecoh satu office kejap tadi hanya kerana ada sorang mamat handsome datang nak meeting ngan our CIO kat sini. Mmg boleh tahan ahh muka dia ala2 mix Chindian gitu... yang aku rasa kelakarnya.. kak azwa boleh tu.. tgh kawan tu baru nak bertanya kat mana nak meeting.. ehh boleh dia jerit panggil nama aku then said "OK APER?".. aduuhhh.. tergelak aku... Pastu kecoh ahh.. nak suruh aku hantarkan air laa.. macam2 ahh kakak2 kat office nie mengusik aku.. termasuklah yg paling aku tak percaya kak G.. one of the manager kat sini. Aduuhhh.. maluu... aku rasa bos aku pun leh dengar diaorang kecoh... hehehehee...

Ada-ada jer....

Antara kecewa, rindu dan gembira

ADuhh... nie aku nak marah nie.. penat2 aku tulis semalam.. idea mencurah2 datang nak tulis satu entry yg ringkas tapi penuh bermakna bagi aku.. tapi tup2 tgk bila save takde pun. Arrkkkhhh.. geram tauuu....

Nantilah.. if aku ada idea balik, aku membebel lagi k?

Tuesday, September 19, 2006

Happy Birthday Kak Has...

Yesterday is Kak Has birthday! So me & Soo Ping decide to surprise her with a bouquet of small flower. Sorrylah dah pertengahan bulan so budget pun terhad laaa.. hehehehehe... + ada klip rambut cantik utk kak has. Ahaksss...

Very funny coz when kak has tgk jer ada orang hantar bunga tu dia dah dapat agak from who.. Mana taknya if not me & Soo Ping. Dua orang budak nakal kat ISD nie. Dun worry kak has even though both of us jumpa duit RM301 semalam tapi we all tak gunakan duit tu utk belikan hadiah ini utk you tauuu... Hahahaha.. duit tu masih lagi tersimpan tersemat cantik dalam my organiser. Tak tahu nak buat apa n rasa bersalah utk aku belanjakan... nantilah one day baru aku decide what should i do with this money.

Oh yea lupa nak ckp.. nama akak nie Hasrini Indot. Dia duduk belakang i jer. Hehehehe... Orang kata kitaorang macam adik beradik.. betul ker?? Sorrylah tak sempat nak ambik gambar banyak sangat since bateri dah kong. Itupun kak has tak nak tapi kena paksa ngan soo ping (hehheh bukan aku k?) Pastu tgklah.. once dah ambik gambar kak has.. saper yg duk menyibuk nak ambik gambar gaks ngan birthday girl nie?? hehehehehe... Ishhkkk anak saperlah nie???

Monday, September 18, 2006

Shooting time!


Gambar kenangan masa shooting video clips utk Hana & Shasha (ELITE) semalam kat THE LOFT KL. Seronok shooting nie sbbnya stepnya sikit jer.. n hanya makan masa dalam 1 jam jer part we all.. tapi biasalah kena standby n menunggu dari jam 1-5 ptg.

After habis shooting aku terus menuju ke umah my sis punya mother in law coz diaorang ada buat jamuan makan sempena pertunangan Auntie Anum. Mlm dalam jam 9 malam baru aku balik ke umah.

BBQ family


Last friday my parents here in KL. Suddenly apa mimpi my daddy pun tak tahu nak buat BBQ. Tapi sayangnya Ridzuan my younger brother n my bro in law Naszeli takleh join sekali coz ridzuan ada aktiviti sekolah dia n my bro in law pulak ada seminar kat melaka. Tapi satu lagi part yg tak bestnya hujan turun dengan lebatnya.. so terpaksa bakar dalam keadaan basah camtu. So ini antara gambar yg sempat snap malam tu.. Seronok gak sekali sekala buat aktiviti macam nie. My daddy pun alhamdulillah... siap suap i makan tauuu.. jangan marahh!!!... Hahahahaha...

note: Untuk daddy.. anak2 doakan semoga project daddy berjalan lancar... Amin ya rabbal alamin... Hehehehe..

Me@office


Saje gatal2 ambik gambar jumaat lepas kat office. Sbnrnya ambik gambar orizanelli berwajah baru. Tapi i pun tumpang sekaki ambik gambor gaks... hahahahaha

Friday, September 15, 2006

Time Off or Half day!

It's Friday again... Yahhoooo.... but then rasanya baru jer seminggu duk rileks mulai hari ini aku akan kembali busy buat beberapa minggu sehinggalah ... (wait.. i open my organiser first) hmmm.... 11th October. Itupun kalau tak di kira show gentinglah... kalau kira show genting 3 hari b4 raya pun aku masih lagi ada show kat genting.

Semalam suddenly i got offer from Abg Lan AF utk buat Video Clip but i ada practise today at 3pm-4pm. Fuhhh Thank ALLAH coz latihan dia petang. Tonite aku ada sesi makan2 barbeque with my beloved family. By now my parent sure dah on the way to KL. Sedari awal my sis dah pesan to clear my activity for tonite... hehehe... but now my problem is nak time off ker half day utk sesi latihan ptg nie. Semalam dah tanya my bos.. nak ambik time off but as usual my bos nie selalu camnie.. bila time dia.. dia balik awal sesuka hati boleh.. dia masuk lambat sesuka hati boleh.. but then time aku.. dia punyalah susah nak lepaskan... ada jer alasan dia. What ever... aku tak kira.. aku akan blah jugak after lunch nanti.. hehehehehe...

Sehingga 11hb nie mmg aku akan busy giler. Sampai bersimpang siur sesi latihan yg perlu aku pergi.. but what ever it is.. even though aku akan penat but aku PUAS. Masa aku dihabiskan dengan benda2 yg berfaedah + aku dapat extra money for Hari Raya!... Baju raya for mummy aku dah belikan.. but rite now just tunggu nak belikan my daddy baju raya pulak. InsyaALLAH...

Wednesday, September 13, 2006

Alhamdulillah...

Syukur pada ALLAH rezeki datang lagi. Alhamdulillah... I'm so happy...
Thanks ALLAH.

Almari @ Handbag?

Uwaaaa... tak suka ada perasaan camnie... Inilah masalah aku sekarang.. once dah suka barang tu.. aduuhh mmg payah.. tapi sekarang hati ini berbelah bahagi coz aku mmg nak beli almari baju yg sememangnya takde tu tapi tadi dah terserempak dengan handbag yg mmg aku carik selama ini + handbag kecik yg mmg ada terlintas dalam hati utk beli.. aduuuhhhh... camner nie?? Uwaaaa.. tak suka tauu... Boleh beli semua tu boleh tapi ada rasa cam bersalah sbb penat2 simpan duit.. tapi nak habiskan dalam sekelip mata jer... uwaaaaaaaaaaaaa..... dah la raya nak dekat.. hehehehe.. salah satu tu handbag utk raya ahh.. hahahahaha.. uwaaaaaaaaaaaaa.. cunnyaaa.. cantiknyaaa.... kan ori kan? betul tak ori???

Errr..errr ker ada saper2 tak yg rasa cam nak belikan beg kecik tu sebagai hadiah kat kiter?? ada saper2 yg nak offer diri tak?? Hmm.. er err sempena hadiah harijadi tahun depan.. aci tak?? boleh tak?? uwaaaaaaaaaaaaaaaa... boleh ahhhhh....

Monday, September 11, 2006

Konsert Gemilang...

Antara gambar di konsert gemilang semalam. Gambar2 lain nanti aku update kat fotopages ahh. Sedikit terkilan coz mlm tu ada party selepas AE tapi tulah is nak balik cepat dah.. terpaksa aku follow jer. Kelakar sangat masa lagu closing Aduh Saleha.. merapu macam2 kitaorang hahahaha...

New updates!

Kat atas ialah antara gambar kenagan semasa Anugerah Era last weekend. Tak banyak yg menarik pun cam show yg biasanya jugak tapi yg menarik perhatian aku utk ku khabarkan di sini ialah.. aku perasan cam kaki aku kecik sikit.. hehehehehe.. Yahhhoooooo....

Kalau nak ckp pasal show.. hmmm.. kesimpulannya ok kecuali aku sedikit tak berpuas hati masa lagu Farawahida tu.. sound system malam tu cam sedikit tak memuaskan hati.. end-up dah laa lagu farawahida tu we all hanya ada 8 couting untuk sampai ke tempat masing2 n memulakan tarian.. n disebabkan sound sedikit tak berapa jelas.. dah sedikit kelam kabut semasa permulaan lagu tu.. mmg ketara ahh rasanya kat stadium tapi tak tahulah kat tv macammana. Mmg aku frust giler.. then masa lagu Zahid Wo! tu.. aku mmg cuak giler sbb kena duduk depan... so gabra sioott sbb selama nie ada orang kat depan.. tapi this time takde.. hehehehe..
Kesimpulan show hmmm.. penat ahhh.. sebabnya selepas show anugerah era. Esoknya we all terpaksa datang awal utk praktis step utk Konsert Gemilang malamnya pulak berdasarkan pada lagu2 yg telah memenangi anugerah era mlm sebelumnya.. mmg penat n sedikit cuak yealah especially semasa show mawi.. aku kena buat aksi "chair lift" betul tak eja ek? hehehehe.. chair lift nie aku kena duduk di bahu lelaki n lelaki kena angkat aku. Fuuhhh.. sian abg man kena angkat aku yg berat ini. Hehehehehe.. kesimpulannya oklah.. cuma KEPENATAN yg tak terhingga... sampaikan korang tahu tak.. pagi tadi bangun tido jam berapa?? Haaa.. Jam 9.20 tauuu.. itupun nasib baik eja call.. kalau tak jangan harap aku bangun lagi agaknya.

note:
1. Semasa sesi latihan sempat aku ternampak kelibat Sultan Muzaffar sedang memerhati sesi rehearsal. Tak tahu nape tiba2 aku jadi malu n terus gabra tak tentu pasal. hahahahhaa... bodoh!
2. Ada beberapa kejadian mencuit hati berlaku tapi biarlah aku simpan sebagai kenangan sendiri sahaja. Hehehehehe.
Ciao!

Friday, September 8, 2006

Pembetulan...

Hari yg memenatkan.. supposed ada AmBank CoreBanking Workshop satu hari kat Crown Princes but then tiba2 dapat arahan bos suruh balik office buat kije laks.. punyalah penat arinie ke sana ke sini.. aduuhhhh... what ever aku seronok gak bos suruh balik office balik coz aku nak cabut office awal.. tonite aku ada full-dress rehearsal utk AE06. Anyway nak buat pembetulan.. esok malam hanya 2 lagu jer aku involve.. Farawahida dengan Zahid jer.. coz Sazzy dah bawak dancer dia. Alhamdulillah sikit jer involvement tapi macam tak puas jer la kan coz lagu pun medley song..
Apapun walaupun jimat tenaga dekat situ.. we all di beritahu korie semalam.. habis jer part we all mlm esok.. kitaorang akan bergegas balik ke studio kak ala utk praktis lagu mawi utk konsert gemilang keesokkan harinya pulak. Fuuhh.. silap gaya.. perancangan b4 this.. semua kena tido kat studio kak ala tu coz tak nak orang dtg lambat ke stadium bukit jalil pagi tu...
Oklah.. ciao.. nak balik dah coz nak kena gi bukit jalil laks.. dancer2 yg tak kije dah ada kat sana nie.. tinggal yg bekerja jer masih takde di sana.. -see-u-there-

Thursday, September 7, 2006

Ada aku kisah???

Hehehe.. dun get me wrong.. ahaks.. ayat kat atas tu sebenarnya ayat baru abg korie. hampeh tul.. Skrg nie ckplah apa2 pun ngan dia... dia akan jawab "Ada aku kisah??" eeeii geram tul aku. Takpe.. tunggguuuu aku lak akan gunakan ayat tu pada dia. Semalam dia gelak besar sbb aku dah dapat peluang utk gunakan this word towards him but then aku tak sampai hati... uwaaaaaaaaaaaaaaa... punyalah abg korie ngan abg pojie gelak masa abg korie belanja makan kat Nailis semalam. hehehe.. takpe byk lagi masakan?? Rehearsal Anugerah era dah nak bermula...

Hmm.. harinie dah start sesi rehearsal utk Anugerah Era dekat Bukit Jalil. Semalam ada latihan.. recall balik step + buat step baru utk lagu Sazzy.. So akhirnya baru confirm yg we all hanya buat 3 lagu jer. Hehehee... semuanya sikit2 jer since lagu tu kebanyakkannya they all buat Medley. We all akan terlibat dengan lagu Farawahida (TanpaMu), Zahid (Wo) & Sazzy (Sempurna).

Buat lagu Wo jer boleh tahan ahh lutut aku lebam.. hehehe.. Sememangnya kulit aku nie jenis yg pantang kena something mmg akan lebam.. so apatah lagi kalau dah mmg guna lutut ni tu menari.. so korang faham2 jer laa.
Oklah.. ciaooo.. nak continue buat kije.. kang bos marah.. arinie nak balik 15 min awal skit.. hehehehehe..
Shhhhh.....

Bila la turn aku pulak....


Just nak share ngan kawan2.. Ini gambar anak kawan2 aku yg baru lahir.. Comel kan?? Bila laa turn aku pulak nie.. agaknya camner hasilnya kan??

Monday, September 4, 2006

Aku suka gambar ini...

Cam nak demam jer...


Cuti yg panjang but then boleh tahan memenatkan. Fuhh.... Mlm new year aku tak terlibat dengan mana2 show, so aku pun tak kemana just duk rileks jer kat umah. Tgk fireworks pun dari umah jer.. Suppose ada show tapi cancel.. takpelah at least aku dapat rehat..

Cuti yg panjang aku habiskan dengan pergi praktis.. praktis utk AE n praktis utk shooting di putrajaya. Shooting utk hari raya.. rancangan OGY & SALLEH.. alah satu lagu jer pun tapi boleh tahan ahhh seharian duduk tgh panas... fuuhh teruk gak aku kena sun burn. Hari sabtu baru2 nie mmg mencabar minda tul.. sbbnya dah laa bangun seawal jam 5.30pagi sbb jam 7pg dah nak kena ada kat putrajaya... 4ptg baru shooting habis.. then bergegasla aku ke hotel nikko coz aku ada show kak ala laks malamnya kat sana. aduhh.. penat giler time nie.. mlm sampai umah dalam jam 11 lebih.. then mmg aku pengsan.. sampai esoknya aku bangun dalam jam 9pagi.. then tertido balik.. sampai jam 12.30... giler kan? penat sangatlah tu...

Sepanjang cuti 4 hari nie.. hari yg betul2 aku rileks ialah 31hb tu ngan semalam.. tp tupun belah petang aku kuar ngan baby carik barang jap.. tu jer laa.. tapi aku masih ada harinie ngan esok jer lagi utk rehat.. after that aku kembali busy.

Wednesday, August 30, 2006

Thanks to someone out there...

This morning aku received mail n someone dedicated this song to me... so sweet rite?

p/s: Thanks Mohd Khairul Anuar Gulzar

Malunyaaaaaaaaaaaaaa.................

Inilah pelamin yg siti & datuk K duduk utk sesi bergambar bersama media


Gambar ini dah memalukan aku.. uwaaaaaaaaaa.... Al-kisah aku saje jer nak hantar gambar nie kat salah sorang kawan opis aku.. lelaki. Pastu nama dia lebih kurang sama ngan sorang mamat nie lagi.. n masa aku search aku rasa aku dah click betul pada email yg aku nak.. tapi tup2 rupanya aku tersilap hantar. Aduuhh.. aku tak menyedarinya sehinggalah mamat tu hantar mail balik dengan ayat " nie salah hantar ke apa nie? Hmm.. tapi nak lah jugak duk sebelah!" uwaaaaaaaaa... sebab mail aku tu bertajuk "saper nak duduk sebelah nie?".. Uwaaa.. aku nak gurau ngan kawan K aku nie.. sekali aduhhh.. tgk dah tersilap hantar mail... hampeh tul.

*************************

Alang2 aku dah sebut pasal CT.. Meh aku citer sikit pengalaman berada di salah satu "Wedding of the year" iaitu saper lagi kalau tak majlis perkahwinan antara Siti Nurhaliza & Dato' K. Hmm.. pada aku.. satu jer perkataan yg boleh aku sebut PENAT & RIMAS.. aku penat sbb yealah aku involve hanya untuk part ushering jer tapi nak kena rehearsal sampai 4,5 kali.. hari ahad tu.. one whole day aku kena stay kat klcc convention centre tu.. eeiii.. kitaorang dapat TShirt siti& DK pastu laks hehehe.. dapat tag gambor CT&DK.. ya ALLAH kena pakai seharian lak tu tag tu.. aduuhhh.. tak ku sangka.. hehehee..

Part yg aku suka ialah masa part dapat lihat pelbagai jenis orang dengan pelbagai jenis fesyen yg diperagakan.. aku mula menilik dan menilai.. hehehee.. dapat gak ilham nak buat baju raya tahun nie... Ramai gak artis2 yg datang n aku berkesempatan tgk Kris dayanti secara live, dan ramai lagilah... n tak ketinggalan aku berjumpa dengan sultan muzaffar.. ahaks!!.. hehehehe.. dia pun perasan aku.. hehehee.. Sultan muzaffar nie senior aku masa belajar dulu.. n dia nie pun salah seorang yg terlibat secara serius dalam bidang hiburan nie.. tapi dia punya aspek berbeza ngan aku sikit. Well GOOD LUCK!!!

err.. dah malas laa nak komen apa2 lagi.. tak minat sangat ct sekadar memerhati apa yg berlaku sepanjang rehearsal & hari persandingan. Wedding of the yearlah katakan...

Wednesday, August 23, 2006

Get well soon daddy...

Sian my daddy.. aku dapat berita from my mummy tadi bagitahu tangan daddy aku terbakar masa makan steamboat grill dekat Resident Resort Paka. Ini adalah kecuaian tukang masa yg tertumpahkan minyak then terkena my dad.. kebetulan lak dapur meletup then my daddy dah di sambar api.

Teruk gak kot tangan my dad. Tadi aku dah sms my dad tanya condition dia.. Alhamdulillah Dia kata oklah.. doktor kasi cuti seminggu but then dia dan rakan2 dah sepakat nak sue tempat tu atas kecuaian diaorang!...

Aku tak dapat nak balik but then aku hanya tinggalkan pesanan to my daddy "Take a good care of urself k?" That's all.... luv you...

Silonok ooooo....

Today masuk office.. bila aku check my mail.. i got email from my bos said that he is on annual leave today until friday!! Yahhoooooo...... syiok giler aku ahakss... kije lak tak banyak yg pending.. sooo.. uuuuu la la... + lak dapat tahu arinie supposed ada latihan utk wedding ct kat studio pak ngah tapi cancel!!.. hehehehe.. lagi syiok.. ahaksss... tapi yg tak syioknya on 27th tu dah kena standby kat klcc jam 11 pagi.. hampehh.. sampai malam lak tu... aduuuhhhhh.....
**************************
Dah lama aku tak gi tgk movie.. last aku tgk movie ngan ajak tak silap.. citer X-Men.. lepas tu dah tak berkesempatan dah... but sometimes people dun understand dengan aktiviti aku yg busy nie.. Ntahlah tak tahu nak explain to others camner.. rutin aku biasanya dihabiskan dengan latihan menari.. bila ada masa rehat tu.. time tulah aku akan isikan dengan rehat di rumah atau pun masa tulah aku selitkan aktiviti2 lain seperti futsal ngan geng adik beradik.. gathering ker... pergi gym ker.. gi buat lawatan umah my sis ker... tapi usually people dun understand..
Mungkin pada sesetengah orang dia akan pandang serong atau hina dengan aktiviti menari aku.. tapi tahukah korang.. aktiviti nielah yg mengajar aku berdikari.. aktiviti nielah yg telah memenuhkan masa lapang aku... aku tak hisap rokok.. aku tak minum arak.. Aku bukan kaki clubbing... Yup, aku akui sesetengah perangai dancer mmg tak di nafikan buruk pada pandangan mata but alhamdulillah even though aku bergaul dengan diaorang nie.. mana yg baik aku jadikan panduan yg buruk aku cuba jauhkan. For me biarlah apa yg diaorang nak buat yg penting aku tahu mana batas2 aku.. Selain tu.. secara tak langsung aku bersenam.. dapat kawan2 baru.. + yg best sekali.. aku dapat good income. Alhamdulillah....

Bukan nak kata aku takde kawan2.. ada.. tapi kebanyakkan kawan2 dah berkahwin.. ada komitmen sendiri.. ada hubby n ada anak yg perlu di jaga. So kesimpulannya aku dah takde member utk sama2 gi shopping.. sama2 lepak minum ker.. sebab tu aku lebih selesa menghabiskan masa lapangku dengan aktiviti yg aku minat.. but at the same time aku bersyukur dapat kawan2 yg always be by my side when ever i need them.. cuma sekarang keadaan dah terbatas.. Tapi diaorang tak pernah melupakan aku.. Mmg dulu aku menari nie utk buktikan pada seseorang coz dia cuba utk menjatuhkan aku dalam grup aku sendiri.. but alhamdulillah aku berjaya meneruskan minat aku di dunia luar dari ESTETIKA. Aku buktikan aku mampu utk meneruskan minat aku tanpa dia.. and alhamdulillah aku mampu melangkah lebih jauh sekarang dengan usaha sendiri.

Buat masa sekarang.. mmg masih tiada sesiapa lagi dalam hati ini... cuma cukup sekadar adanya kehadiran "teman tapi mesra" .. I'm so happy with my life now.. n i hope one day... masanya akan tiba jua... ;)

p/s: korang perasan tak apa yg aku melalut nie??? hahahaha....

Monday, August 21, 2006

M.A.T.A

Nape ek? lately aku asyik berkedip mata kiri jerk.. minggu lepas lak aku duk berkedip mata kanan. Kata orang kalau mata kanan berkedip nak tgk orang.. then kalau mata kiri berkedip nak nangis.. uwaaaa...Sabtu lepas mmg betul pun nak nangis sbb gaduh ngan si is tu.. tapi sib baik takdelah aku nangis betul2 cuma cam sebak jer laa.. hehehehe.. but then after that masih lagi mata ku ini berkedip2 belah kiri. Perselisihan faham between aku ngan is pun dah settle.. dah kembali pada biasa.. ;)

Tapi semua nie takleh percaya sangat kan? Hanya kebetulan jer kekadang.. ntahlah no komen.. cuma kekadang terpikir gak ahh apsal duk berkedip2 sangat nie?...
Anyway.. aku nak ambik kesempatan ini nak wish Norzunita & Faizan CONGRATULATIONS coz dah selamat melahirkan baby girl. Korang dah jadi mummy tau.. hehehehe... Sorry tak berkesempatan lagi nak gi tgk.. tapi insyaALLAH one day k??

Busy Me

Fuhh.. last week merupakan minggu yg teramat busy for me but this coming week also dah menjanjikan yang aku takkan dapat balik rumah awal... Semalam... even niat dalam hati nie nak pergi tgk faizan yg baru bersalin + nak join geng adik beradik yg pergi berpicnic dekat PD, tapi akhirnya aku pendamkan jer semua niat tu coz i'm too tired!.. Sampai jer umah akak aku.. aku boleh tido kat sana sampai petang... sampai pening2 kepala aku di buatnya. Sampai akak aku ckp.. ini tak cukup tidolah nie yea?..

Sorry yea geng adik beradik.. tak dapat nak join.. sbb nord pikir nanti this week nord akan face minggu yg teramat busy lagi.. sebab tu nord ambik keputusan utk berehat dulu sementara ada waktu. Sorry k?

Last week ada masa free jerr aku ke gym.. Kesimpulannya aku nie mmg busy dengan macam2 aktiviti laa... Itupun sebab aku dah janji ngan etty ngan shaba.. kalau tak.. hehehe.. dah selamat aku lepak rehat duk rumah. Cam ada satu haritu.. dalam masa 1 malam.. aku kena bergegas ke 3 tempat. Aduuuhhh.. penat siot...

This week pulak.. aku ada perjumpaan ngan abg korie pasal show AE & konsert gemilang... dunno why but then suddenly dia ckp ada perjumpaan tonite. Pastu aku akan busy ngan latihan show tasha.. + latihan utk CT punya wedding... uwaaaa... so far aku akan extra busy sehinggalah 10hb Sept kot.


Whatever it is.. even pun penat but then aku PUAS.. at least masa aku tak dibuang sebegitu sahaja. Alhamdulillah... rezeki mencurah2 lately... Syukur....

Monday, August 14, 2006

Terengganurian (hehehe)

Ahaks.. akhirnya 2 warga terengganu ini sempat berborak
dan beramah mesra

Exhausted!!

Ya ALLAH penatnya aku arinie.. tak tahu camner nak explain.. tapi i cannot concentrate on my work today. Badan betul2 rasa tak larat.. dunno why? is it because bahana futsal semalam or pasal Festival Filem Malaysia.. but what ever it is.. aku betul2 penat nieeee... tulunnn...

On saturday dah la aku sampai umah dalam jam 2 pagi.. then tido.. esok early in the morning dah dapat wake up call dari etty.. tanya aku nak gi main futsal tak? hehehehe... aduhh.. penatnya aku rasa.. tak cam rasa tak best ah pulak if aku tak gi sana... then aku pun cepat2 bangun... siapkan dulu segala apa yg perlu aku bawak ke PWTC malamnya.. bila tgk dah settle cepat2 aku mandi.. then bersiap ke futsal... Lynn pun ada call ajak gi sekali but then aku rasa tak dapat kot since aku kena rushing.. yealah i need to be at PWTC 12pm. Dah la 2 hari b4 that aku selalu lambat sbb tunggu si is tu.. kitaorang gi sekali... Alhamdulillah.. kitaorang dapat berkumpul gak semalam utk main futsal.. ahli cam biasa.. tapi kali ni lin & boy join sekali.. hehehehe..

Balik jer dari futsal dah kul 11.. aku rehat jap n mandi mana yg patut.. tak mau lambat lagi.. kang korie dah call mampus.. Sampai pwtc just nice.. aku terserempak ngan korie.. so we all park keter sama2.. sampai sana rehearsal mana yg patut.. pastu menunggu.. then ada full dress rehearsal.. pastu menunggu.. jam 6ptg.. we all dapat bilik utk bersiap.. then we all semua ke sana.. mandi n make up.. pastu balik PWTC n it show time!!.. giler kelam kabut.. dengan nak rushing.. pastu kena kongsi bilik ngan budak2 india laks.. aduuhh gerammmm.. tak reti bahasa lak diaorang nie... takpelah what to do diam jerlah. tapi aku sempat gak ahh kena marah ngan is time nak tukar baju... eeeeeeeeeee... hehehhehee... show time ni mmg dah tak sempatlah nak pandang kiri kanan... rileks skit masa time rehearsal laa.. masa rehearsal aku leh sempat lepak ngan zahid.. buat lawak.. korang tahulah bila zahid nampak aku.. dia dah tahu aku melatah.. termasuk budak perlude AF4 tu.. si shaz.. seronok dia usik aku.. uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..... aznil pun tak ketinggalan mengusik tauu.. hampeh tul... Bila dah habis show barulah kitaorang dapat rileks jap... aku tak sempat nak grab mawi.. takutttt.. tapi aku sempat grab Faizal!!!!.... heheheheh.. kitaorang borak dengan bahasa ibunda kitaorang ahh.. heheheheh...

Monday, August 7, 2006

Kenangan di AF4

Alhamdulillah aku di berikan peluang melibatkan diri dalam AF4 kali ini. Anyway thank to Corrie n Linda Jasmine. Apa yg boleh aku katakan ialah.. aku cuak giler!... sesi latihan boleh di katakan hanya sehari jer.. itupun dalam masa berapa jam jer.. Friday we all dah ada rehearsal dah.. n saturday is a show time! Permulaan nak start tu.. aku sejuk kaki tangan... tapi selepas lagu pertama.. then aku dah biasa dah.. masa tu aku dah block dah mind aku.. daripada memikirkan yg satu malaya sedang tgk... ini ayat epahlah nie.. buat aku cuak... hehehehee..

Frust tak dapat borak lama ngan faizal coz we all tak dibenarkan utk berborak dengan finalist2. Apa yg sempat aku katakan pada faizal b4 show start ialah "Buat molek eh!".. n di jawab oleh faizal.. "ok berehhhh"... hehehee.. itu jerk. After show.. diaorang semua dah di kawal ketat dengan bodyguard2 yg ada. Tapi part yg best tu.. masa pengumuman keputusan tu.. aku menjerit gembira sambil tgk pada corrie yg kebetulan jugak tgk aku sambil kitaorang bersorak gembira. Hehehe.. sbb abg korie mmg tahu aku sokong faizal!!!!... hehehehehe yeayyyyyyyy!!!!

Aku dapat tahu faizal (cousin aku - which is kawan kepada Faizal AF4) ada dtg kat stadium tu tapi aku tak berkesempatan pun jumpa dia. Hehehee.. after show.. PA linda , Saiful ajak aku join gi tgk press conference + makan2 kat atas... sempat aku bergambar ngan zahid & Reza.. 2 orang nie mmg giler.. n masing2 bila tahu aku melatah.. then tahu2 jer lahh mengusiklahh.. kat tempat makan2 tu kebanyakkannya semuanya artis yg ada.. tapi aku tak nampak mawi. Aku penat nak tunggu semuanya habis.. last2 aku ciao dalam jam 1 lebih pagi.

Thursday, August 3, 2006

AFUNDI FAIZAL!!

Ahaks.. mintak maaf yea.. nak kata minat sangat tu takdelah tapi semangat KENEGERIAN tu terserlah nampak. Hehehehehe lagipun tak di nafikan suaranya not bad n aku really terpikat dengan kelurusan diri dia especially masa dia nak borak ngan lotter tu.. Aduhh.. kebetulan masa astro siarkan diari tu aku kat umah akak aku yg 2nd. Sedihnya aku tgk dengan apa yg dah terjalin antara diaorang nie.. Sebak jap.. sib baik ada ramai orang kalau tak mau mengalir air mata rasanya..

Aritu aku dah pesan kat abg korie.. kirimkan salam kat dia coz aku betul2 rasa terhibur dengan aksi dia masa dia tlg sama2 berlakon masa persembahan velvet tu. Abg korie ckp faizal kirim salam balik pada aku.. hehehehe.. This saturday insyaALLAH aku dapat jumpa dia LIVE so hehehe tak sabar nok kecek bahasa ibunda dengan dia. Mesti abg korie gelak giler nanti tgklah..

Klah takde apa nak bebelkan dah.. nak kena sambung buat kije. Jgn lupa yea Afundi faizal.. n jangan lupa Afundi Dzarina.. See u in konsert final!!...

Shopping!!!

Sebut pasal shopping macam sesuai jer sekarang nie mmg musim Karnival Membeli belah.. Dah lama rasanya tak shopping. Ahakss.. hmmm.. betul ker? ahakss.. for me takde bezanya waktu karnival ke tak.. coz aku ni jenis yg kalau rasa nak beli barang.. beli jer.. as long as i really like the things. Fuuhh.. terukkan?? Takpelah.. it's my money.. i earn it.. n i deserve to use it in my way... tul tak?

Semalam.. aku ngan ori plan gi Mid-Valley.. Saje ronda2.. ambik ko.. dah laa masa lunch hour aku dah beli 2 pasang kasut.. then masa kat mid-valley aku boleh beli 2 helai seluar sukan + 3 helai t-shirt utk latihan menari. Hehehehe.. dekat MyDance Shop.com hehehehe.. giler kan?

Alamakk.. line tak clear lak... oklah.. ciao... Esok aku cuti lagi..